Berapa kitaran haid yang normal? Berapa pula kitaran yang tak normal?

lead image

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza. Jadi bagaimana untuk kita tahu apa itu kitaran haid normal atau tidak?

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza. Jadi, sukar untuk tentukan berapa kitaran haid normal atau yang tidak normal.

Namun jangan bimbang. Hari ini, kami akan memberi panduan lengkap kepada anda tentang kitaran haid. Mari kita ambil tahu tentang kitaran haid kita!

Berapa kitaran haid normal dan tidak normal?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/kitaran haid.jpg Berapa kitaran haid yang normal? Berapa pula kitaran yang tak normal?

Gambar dari – Mingguan Wanita

Kitaran haid normal boleh jadi sependek 22 hari atau selama 36 hari. Apabila doktor tanya tentang kitaran anda, mereka akan kira juga hari anda haid.

Jika kitaran normal anda 28 hari, anda akan mendapat haid setiap 4 minggu. Jika kitaran normal anda 22 hari, anda akan mendapat haid setiap 3 minggu. Secara purata, haid akan keluar selama 3-4 hari. Ia boleh menjadi lebih panjang atau pendek di antara satu ke tujuh hari.

Kebanyakan wanita mengovum pada hari ke 12 dan 14 sebelum haid. Ini adalah jumlah purata, jadi ia boleh berlaku beberapa hari cepat atau lambat. 

Jika kitaran anda berjumlah 28 hari, anda akan mengovum pada pertengahan kitaran. Jika kitaran anda 22 hari, anda boleh mengovum beberapa hari selepas haid.

Jika anda mempunyai kitaran haid tetap, maka mudah untuk mengetahui bila anda akan ovum. Jika kitaran haid anda tidak tetap, agak sukar untuk memberitahu bila waktu subur.

Kitaran haid normal dan kaitannya dengan kehamilan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/Good News People Who Daydream in Meetings Are Actually Smarter 680929891 HBRH ft.jpg Berapa kitaran haid yang normal? Berapa pula kitaran yang tak normal?

Jika anda sedang cuba hamil, catatkan kitaran haid untuk memudahkan kerja “perancangan” anda.

Samaada kitaran haid tetap atau tidak, jika anda cuba mendapatkan anak, peluang anda akan meningkat jika anda melakukan hubungan seks setiap dua atau tiga hari sepanjang kitaran anda.

Melakukan seks yang kerap dapat mengurangkan tekanan berbanding anda fokus mencuba pada masa anda fikir anda sedang ovum saja.

Jika kitaran haid tidak tetap, anda mungkin jarang ovum atau tidak ovum sama sekali. Catatkan tarikh anda mendapat haid.

Anda patut rujuk doktor anda jika:

  • Anda tidak hamil dalam tempoh setahun mencuba dan berhubungan seks dua atau tiga kali seminggu
  • Pendarahan antara kitaran atau selepas seks
  • Berumur lebih 36 tahun
  • Masalah kesihatan yang boleh memberi kesan pada kesuburan

Doktor anda akan maklumkan mengapa anda tidak hamil dan berikan anda cadangan yang ada untuk anda.

Semoga panduan ini berguna untuk anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Baby Centre Malaysia

Baca juga:

Haid tidak teratur, adakah ia sebenarnya punca mengapa anda sukar hamil?