Setiap wanita mempunyai pengiraan haid yang berbeza-beza. Jadi, sukar untuk tentukan berapa kitaran haid normal atau yang tidak normal.
Namun jangan bimbang. Hari ini, kami akan memberi panduan lengkap kepada anda tentang kitaran ini. Sebenarnya pengiraannya mudah sahaja! Penting tau untuk anda ambil tahu agar anda boleh mengira waktu subur.
Berapa kitaran haid normal dan tidak normal?
KreditL Freepik
Kitaran boleh jadi sependek 22 hari atau selama 36 hari. Apabila doktor tanya tentang kitaran anda, mereka akan kira juga hari anda haid.
Jika kitaran anda 28 hari, anda akan dapat haid setiap 4 minggu. Jika kitaran 22 hari, anda akan dapat haid setiap 3 minggu.
Secara purata, haid akan keluar selama 3-4 hari. Ia boleh menjadi lebih panjang atau pendek di antara satu ke tujuh hari.
Baca juga: Ini Fakta & Mitos Tentang Haid Yang Anda Perlu Tahu Serta Ciri Darah Haid!
Kebanyakan wanita mengovum pada hari ke 12 dan 14 sebelum haid. Ini adalah jumlah purata, jadi ia boleh berlaku beberapa hari cepat atau lambat.
Jika kitaran anda berjumlah 28 hari, anda akan mengovum pada pertengahan kitaran. Jika kitaran anda 22 hari, anda boleh mengovum beberapa hari selepas haid.
Jika anda mempunyai kitaran tetap, maka mudah untuk mengetahui bila anda akan ovum. Jika kitaran anda tidak tetap, agak sukar untuk memberitahu bila waktu subur.
Kitaran haid dan kaitannya dengan kehamilan
Kredit: Freepik
Jika anda sedang cuba hamil, catatkan kitaran untuk memudahkan kerja “perancangan” anda.
Sama ada haid anda tetap atau tidak, jika anda cuba mendapatkan anak, peluang anda akan meningkat jika anda melakukan hubungan seks setiap dua atau tiga hari sepanjang kitaran anda.
Melakukan seks yang kerap dapat mengurangkan tekanan berbanding anda fokus mencuba pada masa anda fikir anda sedang ovum saja.
Jika kitaran tidak tetap, anda mungkin jarang ovum atau tidak ovum sama sekali. Catatkan tarikh anda mendapat haid.
Anda patut rujuk doktor anda jika:
Kredit: Freepik
- Anda tidak hamil dalam tempoh setahun mencuba dan berhubungan seks dua atau tiga kali seminggu
- Pendarahan antara kitaran atau selepas seks
- Berumur lebih 36 tahun
- Masalah kesihatan yang boleh memberi kesan pada kesuburan
Doktor anda akan maklumkan mengapa anda tidak hamil dan berikan anda cadangan yang ada untuk anda.
Semoga panduan ini berguna untuk anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Baby Centre Malaysia
Baca juga: 5 risiko bahaya jika anda melakukan hubungan seks ketika haid
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!