Senaman atau tidur: yang mana lebih baik untuk kurangkan berat badan?

Apabila ingin kurangkan berat badan dengan berkesan, kita perlu tahu kepentingan menggabungkan tidur yang secukupnya bersama dengan senaman yang kerap!.

Adakah suami selalu mengadu anda patut bersenam dan bukannya asyik tidur kalau ingin kurangkan berat badan? Ha.... tapi tahukah anda, satu kesan sampingan kekurangan tidur, adalah kegemukan?

Tetapi, kita selalu ingat kita tidak perlu tidur yang begitu banyak dan rela menggunakan masa itu untuk menyiapkan tugas yang tak habis-habis.

Namun kini pakar mengatakan, kita juga perlu mementingkan tidur jika ingin kurangkan berat badan, walaupun senaman itu penting juga!

"Apabila anda hanya tidur selama 7-8 jam setiap malam, ini akan meningkatkan peratusan lemak di dalam badan anda.

Kajian menunjukkan mereka yang hanya tidur dengan purata 6 jam semalam adalah 27% lebih kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan.

Mereka yang tidur sebanyak 5 jam sahaja, peluang kemungkinan itu akan naik sehingga 73%!" kata Dr. Guy Meadows.

Bagaimana nak kurangkan berat badan kalau tidur tak cukup?

kurangkan berat badan, petua kurangkan berat badan, cara kurangkan berat badan, tips kurus, tips mengurangkan berat badan, menurunkan berat badan, berat badan

Apabila kita kekurangan tidur, ini akan memberi kesan pada 2 hormon di dalam badan kita:

"Ghrelin mengawal selera makan dan rasa lapar. Leptin pula mengawal rasa kenyang dan memberi isyarat untuk berhenti makan," jelas Meadows.

Kajian menunjukkan apabila seseorang kekurangan tidur, kadar Ghrelin mereka akan meningkat dan tahap Leptin dalam badan akan menurun. Kita akan cepat lapar dan tidak kenyang.

Jadi, kalau nak kurangkan berat badan, baik tidur awal dan jangan tergoda untuk keluar makan di kedai mamak berdekatan, okay!

Bagaimana nak kurangkan berat badan tidur kalau selalu makan dengan lebih!

Pernahkah anda terasa nak makan McD tertiba? Kajian mengatakan apabila kekurangan tidur, ini akan meningkatkan selera kita sebanyak 45% dan menyebabkan kita makan dengan lebih.

kurangkan berat badan, petua kurangkan berat badan, cara kurangkan berat badan, tips kurus, tips mengurangkan berat badan, menurunkan berat badan, berat badan

Tetapi bukan itu sahaja ya. Kekurangan tidur juga akan menyebabkan kita memilih makanan yang kurang sihat seperti makanan segera dan makanan yang berkalori tinggi, kata pakar sains dari Universiti Uppsala di Sweden.

Disiplin diri juga akan berkurang dan anda lebih berkemungkinan untuk memilih makanan mengikut hati tanpa berfikir panjang. Kalau hari-hari macam ni, senaman pun takkan kurangkan berat badan!

Boleh tak kurangkan berat badan dengan bersenam tapi tak cukup tidur?

Pakar pemakanan Lily Soutter menekankan sebarang senaman badan apabila dilakukan ketika kekurangan tidur akan menjadi kurang berkesan.

"Apabila anda tidur, tisu otot akan membaiki diri dan sel-sel dalam badan akan diperbaharui. Oleh itu, apabila seseorang kekurangan tidur otot-otot ini tidak akan membakar lemak dengan berkesan," kata Soutter.

Sekiranya anda betul-betul ingin kekal sihat dan cergas, ia adalah lebih baik untuk mengutamakan tidur. 

Mana yang lebih penting? Tidur atau senaman? 

kurangkan berat badan, petua kurangkan berat badan, cara kurangkan berat badan, tips kurus, tips mengurangkan berat badan, menurunkan berat badan, berat badan

Sebenarnya kedua-duanya sangat penting, dan saling berkaitan, menurut Edward Laskowski, profesor perubatan di Mayo Clinic. 

Tidur yang secukupnya adalah asas untuk kesihatan badan dan minda. Ia boleh memberi kesan kepada fungsi imun, mood, tenaga, selera makan, dan proses fisiologi yang lain.

Jika asas itu lemah, ini akan mempengaruhi fungsi-fungsi badan yang lain sehingga menjejaskan kesihatan anda.

Cuba tidur pada masa yang sama setiap malam dan tidur sekurang-kurangnya 7 jam. Anda boleh ubah sedikit masa tidur anda jika terpaksa, tetapi jangan terlalu jauh dari rutin tidur yang ditetapkan.

Apabila digabungkan dengan senaman minimum 2.5 jam seminggu, ini patut menolong anda untuk kurangkan berat badan dengan berkesan.

 

 

Sumber: Time, Cosmopolitan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/berat-badan-anak-tak-naik/