X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kurap Kering: Ini Cara Efektif Untuk Hilangkan Kegatalan & Parut

5 min bacaan
Kurap Kering: Ini Cara Efektif Untuk Hilangkan Kegatalan & Parut

Kurap kering boleh dihilangkan dengan sapu ubat topikal, ambil ubat oral, syampu kulat untuk kulit kepala dan kerap cuci fabrik pakaian.

Pernah tak rasa malu bila kulit penuh dengan kurap kering? Memang boleh buat rasa tak selesa, bukan hanya sebab kemerahan dan gatal, tapi juga sebab ia boleh merosakkan keyakinan diri.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Kurap Kering?
  • Apa Punca Kurap Kering?
  • Jenis-Jenis Kurap
  • Tanda Kurap Kering
  • Adakah Bahaya Kurap Kering
  • Cara Menghilangkan Kurap

Apa Itu Kurap Kering?

Kurap kering atau dikenali juga sebagai tinea, ringworm, atau dermatophytosis, adalah masalah kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

Kurap ni memang tak selesa! Ia biasanya muncul dalam bentuk cincin atau bulatan yang menyerupai bentuk cacing pada kulit.

Selain menyebabkan gatal-gatal, ia juga boleh menyebabkan kemerahan dan ketidakselesaan yang mengganggu.

Jadi, jaga kebersihan diri dan pastikan kulit sentiasa kering untuk elakkan masalah kurap!

Apa Punca Kurap Kering?

Boleh ke kurap kering hilang? Jawapannya, boleh! Dengan rawatan yang betul, kurap boleh sembuh sepenuhnya.

Cuma, pastikan anda menggunakan ubat anti-kulat yang sesuai dan menjaga kebersihan kulit dengan baik.

Kenapa kurap boleh terjadi? Penyakit kulit ini disebabkan oleh kulat yang hidup pada lapisan luar kulit.

Kulat-kulat yang menjadi punca kurap adalah jenis seperti Trichophyton, Microsporum, Epidermophyton, dan Dermatophyte.

Kulat ini boleh berpindah dari seorang ke seorang melalui kontak kulit atau melalui haiwan, tanah, dan objek yang tercemar.

Yang lebih mencabar adalah kulat ini boleh hidup lama dalam persekitaran selain kulit manusia, dan agak sukar untuk dimatikan, walaupun di persekitaran yang ekstrem.

Oleh sebab itu, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan mengelakkan kontak dengan punca jangkitan supaya dapat mengelakkan kurap daripada merebak.

Jenis-Jenis Kurap

Biasanya, ia menyerang kulit yang tidak bersih dan boleh berlaku pada pelbagai bahagian tubuh. Ada beberapa jenis kurap yang biasa terjadi, antaranya:

  • Tinea capitis – Terjadi pada kulit kepala
  • Tinea corporis – Menyerang kulit badan
  • Tinea cruris – Berlaku di kawasan alat sulit
  • Tinea pedis – Menyerang kulit kaki (lebih dikenali sebagai “athlete’s foot”)
  • Tinea unguium – Menyerang kuku

Tanda Kurap Kering

Kurap kering ni memang mudah nak kesan, sebab dia suka tunjukkan diri dengan cara yang tak boleh terlepas pandang! Beberapa tanda-tanda biasa kurap adalah:

  1. Bentuk Cincin atau Bulat – Kurap ni suka bentuk bulat atau cincin dengan tepi yang jelas. Kalau nampak macam ada corak cacing, itu memang tanda kurap.
  2. Gatal-Gatal – Siapa yang tak rasa terganggu dengan gatal? Kurap ni boleh buat kulit rasa gatal yang teruk, kadang-kadang sampai tak tahan
  3. Kulit Mengelupas – Makin lama, kulit yang terjejas akan mula mengelupas atau jadi bersisik. Tak seronok langsung kalau kena kat tempat yang terdedah.
  4. Kemunculan Ruam Merah – Kulit jadi kemerahan, macam merah padam. Ada juga yang boleh jadi sedikit bengkak di kawasan yang terjejas.
  5. Kulit Kering – Kulit di tempat yang terkena kurap tu akan rasa kering dan kasar, macam kulit ular nak tukar kulit baru.

Adakah Bahaya Kurap Kering

Secara amnya, kurap kering ni tak berbahaya kalau dirawat dengan cepat. Tapi kalau dibiarkan berlarutan, ia boleh buat hidup anda jadi tak selesa.

Kalau ia merebak ke kawasan lain, boleh jadi masalah besar dan lambat sembuh. Kadang-kadang, kalau tak rawat, kurap boleh menyebabkan kulit menjadi jangkitan sekunder yang lebih teruk.

So, walaupun kurap ni tak membawa maut, jangan tunggu sampai ia merebak!

Rawatlah segera supaya tak ganggu aktiviti seharian, dan supaya keyakinan diri anda kekal tinggi. Bila dah rawat, kurap ni boleh hilang dengan sendirinya, dan kulit kembali sihat!

Cara Menghilangkan Kurap

Nak hilangkan kurap kering? Jangan risau, ada beberapa cara mudah yang boleh buat kulit kembali sihat! 

1. Sapu Ubat Topikal

Cara pertama yang paling senang adalah dengan sapu ubat topikal. Anda boleh dapatkan krim, gel atau minyak di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Pastikan ubat yang dipilih betul untuk bunuh kulat penyebab kurap. Cuma sapu pada kawasan terjejas, dan buat secara konsisten! Kurap boleh hilang dengan cara ini.

2. Ambil Ubat Oral

Jika krim atau gel tak memberi kesan yang diingini, masa untuk jumpa doktor.

Doktor boleh bagi ubat oral (pil) yang perlu diambil dalam tempoh tertentu. Pastikan ikut arahan doktor untuk hasil yang terbaik.

3. Syampu Antikulat Untuk Kulit Kepala

Kurap boleh terjadi pada kulit kepala, dan untuk itu, syampu antikulat adalah penyelamat!

Cari syampu yang mengandungi bahan seperti ketoconazole atau selenium sulfide. Ini akan bantu kurangkan gatal dan kemerahan pada kulit kepala. Tapi, pastikan tanya pakar terlebih dulu, ya!

4. Biakanr Kulit Bernafas

Kadang-kadang kita rasa nak balut atau tutup bahagian kulit yang ada kurap untuk elakkan merebak.

Tapi, sebenarnya, kulit yang tertutup lama boleh jadi lebih kering dan lambat sembuh. Jadi, biarkan kulit anda ‘bernafas’ supaya proses penyembuhan berjalan dengan lancar!

5. Kerap Cuci Fabrik Pakaian

Kurap boleh berjangkit dengan cepat! Jadi pastikan anda cuci cadar, selimut, tuala, dan pakaian yang selalu digunakan.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Cuci dengan air panas dan sabun untuk pastikan kulat tak terus merebak. Juga, elakkan pakai pakaian dalam atau sarung tangan yang lembap kerana ia boleh jadi tempat pembiakan kulat.

Dengan langkah-langkah ni, kurap boleh hilang dan kulit kembali licin!

Jangan lupa untuk selalu jaga kebersihan dan perhatikan perkembangan kulit supaya kurap tak datang balik!

mayo clinic, cleveland clinic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Gatal Sebab Kurap? Guna 4 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Pulihkan Kurap

Baca juga: Vaksinasi HPV Malaysia: Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu, Cegah Risiko Kanser Serviks

Baca juga: Imunisasi Tetanus Umur Berapa? Ini Jadual Vaksin Dan Jenis-Jenis Vaksin Tetanus Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kurap Kering: Ini Cara Efektif Untuk Hilangkan Kegatalan & Parut
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham