X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Luka Terbuka : Bagaimana Merawatnya Dengan Pantas?

6 min bacaan
Luka Terbuka : Bagaimana Merawatnya Dengan Pantas?

Luka terbuka, cara rawatan awal di rumah 1. Cuci Tangan Terlebih Dahulu 2. Bersihkan Luka dengan Air Bersih 4. Sapukan Antiseptik

Pernah tak anda terhiris pisau semasa memotong bawang, atau jari tergores kertas semasa bekerja? Nampak macam kecil je, tapi luka-luka begini sebenarnya termasuk dalam kategori luka terbuka. alau tak dirawat dengan betul, boleh mengundang masalah yang lebih besar seperti jangkitan kuman.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Luka Terbuka?
  • Jenis-Jenis Luka Terbuka
  • Cara Merawat Luka Terbuka di Rumah
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Apa Itu Luka Terbuka?

Luka terbuka ialah kecederaan yang menyebabkan kulit dan tisu di bawahnya terdedah atau koyak, selalunya disebabkan oleh benda tajam, kemalangan, atau trauma fizikal.

Bila kulit iaitu pelindung utama badan sudah terdedah, bakteria senang masuk dan boleh menyebabkan jangkitan. Walaupun banyak luka kecil boleh dirawat sendiri di rumah, ada juga luka yang memerlukan rawatan perubatan segera, terutamanya jika dalam, berdarah tak berhenti, atau berlaku di kawasan yang sensitif.

Jenis-Jenis Luka Terbuka

Setiap luka terbuka tak sama. Ada beberapa jenis utama yang biasa berlaku, dan setiap satu perlukan perhatian berbeza:

1.Luka Lecet 

Berlaku bila kulit tergesel permukaan kasar, contohnya jatuh atas jalan tar atau lantai kasar. Biasanya cetek, tapi boleh jadi pedih dan senang dijangkiti jika tak dibersihkan dengan betul.

2.Luka Sayatan 

Luka yang tajam dan lurus, biasanya disebabkan oleh benda tajam seperti pisau atau kaca. Kadang-kadang boleh dalam sampai kena otot atau salur darah.

3.Luka Koyak 

Terjadi bila kulit terkoyak akibat hentakan kuat atau objek tumpul. Luka ni biasanya tak kemas, berbentuk tak sekata dan mungkin disertai lebam.

4.Luka Tikam 

Disebabkan oleh objek tajam dan runcing seperti paku, jarum, atau gigitan haiwan. Nampak kecil di luar, tapi boleh jadi sangat dalam dan berbahaya.

Cara Merawat Luka Terbuka di Rumah

Jangan panik! Kalau luka tu kecil dan tak serius, anda boleh rawat sendiri di rumah. Berikut langkah-langkah mudah:

1. Cuci Tangan Terlebih Dahulu

Sebelum menyentuh atau merawat luka, pastikan tangan anda bersih untuk mengelakkan kuman masuk ke dalam luka. Tangan yang kotor boleh menyebabkan jangkitan dan memperlahankan proses penyembuhan.

Basuh tangan menggunakan sabun antibakteria dan air yang mengalir selama sekurang-kurangnya 20 saat. Jika tiada air, gunakan hand sanitizer berasaskan alkohol (70% ke atas).

2. Bersihkan Luka dengan Air Bersih

Bersihkan kawasan luka untuk membuang kotoran, habuk, atau sisa asing yang boleh menyebabkan jangkitan. Gunakan air paip bersih yang mengalir untuk mencuci luka. Elakkan menggunakan sabun terus pada luka kerana ia boleh merengsakan tisu yang tercedera.

Jika terdapat kotoran yang susah dibuang, gunakan kain kasa steril atau kapas yang lembut. Jangan gunakan alkohol, hidrogen peroksida atau iodin secara langsung kerana ia boleh merosakkan tisu sihat dan melambatkan penyembuhan.

3. Hentikan Pendarahan

Jika luka berdarah, langkah seterusnya adalah menghentikan pendarahan. Pendarahan ringan biasanya akan berhenti dalam beberapa minit, tetapi luka dalam mungkin memerlukan lebih masa. Ambil kain bersih, tuala kecil, atau kapas steril.

Tekan perlahan-lahan pada luka selama beberapa minit. Pastikan tekanan konsisten, jangan buka-buka semasa menekan. Namun, jika pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit tekanan langsung, segera dapatkan bantuan perubatan.

4. Sapukan Antiseptik

Selepas darah berhenti, sapukan ubat antiseptik untuk mencegah jangkitan bakteria. Ini penting terutamanya jika luka terdedah kepada kotoran atau berlaku di luar rumah. Antara contoh antiseptik adalah povidone-iodine (Betadine), chlorhexidine dan krim antibiotik (seperti Neomycin atau Bacitracin). Sapukan secara nipis, cukup untuk melindungi luka daripada kuman.

5.Tutup Luka dengan Plaster atau Pembalut Bersih

Selepas disapu antiseptik, luka perlu ditutup dengan bahan steril untuk mencegah kotoran dan bakteria masuk. Penutupan juga membantu luka kekal lembap dan mempercepat penyembuhan. Plaster kecil untuk luka ringan seperti calar atau luka kertas.

Gauze dan pembalut untuk luka yang lebih besar atau dalam. Pastikan bahan yang digunakan adalah bersih dan steril.

6. Tukar Pembalut Setiap Hari

Penjagaan luka tidak berhenti selepas hari pertama. Sangat penting untuk menukar pembalut secara berkala, supaya luka tidak menjadi tempat pembiakan kuman. Tukar pembalut setiap hari, atau lebih kerap jika lembap atau kotor.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan: Luka berbau, bernanah, kemerahan yang meluas, atau rasa sakit yang makin teruk.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun banyak luka kecil boleh dirawat sendiri di rumah, ada masa-masanya luka tu perlukan bantuan profesional. Contohnya kalau luka berdarah tak berhenti walaupun dah tekan lebih 10 minit, itu tanda luka mungkin dalam atau kena salur darah penting – jangan tunggu, terus ke klinik.

Lagi satu, kalau luka terlalu dalam atau besar sampai tak boleh bercantum sendiri, mungkin kena jahit. Jahitan bukan untuk cantik je tau, tapi juga untuk elak jangkitan dan bantu luka sembuh lebih cepat.

Kalau dalam luka tu ada benda asing macam kaca, serpihan kayu atau kotoran yang susah nak dikeluarkan, jangan cuba korek sendiri ya – nanti makin dalam pula jadinya!

Biarkan doktor yang uruskan guna alat yang betul dan steril. Sama juga kalau luka tu disebabkan gigitan, sama ada haiwan atau manusia kedua-duanya bawa risiko jangkitan tinggi. Dalam kes gigitan haiwan, mungkin anda perlukan suntikan rabies dan tetanus juga.

Tanda-tanda jangkitan pun tak boleh diabaikan. Kalau luka mula jadi merah menyala, bengkak, berdenyut-denyut, keluar nanah atau anda mula demam – itu semua petanda luka dah dijangkiti kuman.

Jangan tunggu sampai teruk, cepat jumpa doktor sebelum ia merebak lebih dalam. Rawatan awal boleh elakkan komplikasi serius macam jangkitan darah.

Akhir sekali, pastikan anda ambil vaksin tetanus, terutamanya kalau luka terkena tanah, karat atau najis. Kalau dah lebih 5 tahun tak ambil, atau tak pasti pernah ambil ke belum, baik ambil booster – better safe than sorry! Luka mungkin kecil, tapi langkah berjaga-jaga ni boleh selamatkan nyawa.

Jaga kebersihan luka, lindungi dari jangkitan, dan pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga setiap kali cedera antara langkah pastikan luka terbuka tidak membawa mudarat. Lebih baik mencegah daripada merawat, kan?

healthline, medical news today

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh, Cara Penjagaan Dan Tips Jaga Luka Bersalin

Baca juga: 7 Panduan Daripada Doktor Untuk Ibu Jaga Luka Jahitan Bersalin Dengan Baik, Sembuh Sepenuhnya

Baca juga: Tempoh Luka Jahitan Bersalin Sembuh Untuk C-Section (Czer), Beranak Normal

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Luka Terbuka : Bagaimana Merawatnya Dengan Pantas?
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham