Kita kerap nampak minyak zaitun dijual di pasaraya, malah produk ini mempunyai pelbagai jenis yang mungkin sesetengah daripada kita tidak pasti kegunaannya. Minyak ini berasal dari buah zaitun, buah pokok zaitun yang merupakan tanaman tradisional di kawasan Mediterranean.
Kebanyakan orang menggunakan minyak ini dalam memasak, kosmetik, ubat, sabun, dan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional. Walaupun minyak zaitun pada asalnya berasal dari Mediterranean, tetapi hari ini, ia terkenal di seluruh dunia!
Secara keseluruhannya, minyak zaitun dibahagikan kepada lima jenis iaitu extra virgin, virgin olive, pure olive, extra light/light dan pomace (gred paling rendah).
Isi Kandungan
Kenali Minyak Zaitun Extra Virgin
Ada beberapa jenis minyak zaitun, tetapi yang paling berkualiti adalah EVOO atau pun Extra Virgin Olive Oil.
Minyak jenis extra-virgin adalah produk yang tidak dimurnikan dan berkualiti tinggi yang boleh anda beli.
Terdapat standard yang sangat spesifik yang harus dipenuhi oleh minyak untuk menerima label “extra-virgin"; kerana cara pembuatan minyak zaitun extra-virgin yang mengekalkan rasa buah yang lebih asli, dan mempunyai kadar asid oleik yang lebih rendah daripada jenis minyak zaitun yang lain.
Ia juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral semula jadi yang terdapat dalam zaitun!
Extra virgin merupakan gred minyak yang paling tinggi dan mahal. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan. Namun, ia tidak sesuai untuk dimasak pada suhu lebih daripada 160 darjah selsius.
Pengambilan minyak zaitun asli yang telah diproses pada suhu tinggi atau terkandung bahan kimia tidak dicadangkan walaupun dijual pada harga yang melambung. Seperkara lagi, jangan keterlaluan menggunakan minyak zaitun kerana ia tetap mengandungi lemak.
10 Khasiat Minyak Zaitun
Minyak zaitun sarat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya 10 manfaat paling signifikan adalah:
1. Melindungi organ jantung
Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak ini dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. Minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.
2. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes
Minyak ini mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.
3. Mencegah strok
Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak ini dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.
4. Menurunkan berat badan
Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.
5. Memiliki kadar antiradang yang tinggi
Kandungan (antiradang) dalam minyak ini dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).
6. Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)
Keradangan pankreas atau pankreatitis akut mudah meragut nyawa manusia dengan mudah. Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu menghindarkan sesiapa daripada penyakit itu.
7. Mengurangi risiko depresi (stres)
Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.
8. Bersifat antibakteria
Minyak zaitun boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.
9. Tinggi antioksidan
Minyak zaitun yang terkandung vitamin K dan E bantu cegah seseorang menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.
10. Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)
Kita boleh mencegah radang pada usus besar jika makan dua hingga tiga sudu minyak zaitun setiap hari.
Tips Memilih Minyak Zaitun Extra Virgin Yang Bagus
Buat pengetahuan anda, antioksidan dalam minyak ini dapat membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel yang dapat menyebabkan pelbagai keadaan kesihatan dan penyakit.
Minyak dalam kategori extra virgin mempunyai rasa pahit, tetapi mengandungi lebih banyak antioksidan daripada jenis lain, kerana ia mengalami proses yang paling sedikit.
Memilih EVOO dari rak botol dengan harga yang berbeza-beza sangat sukar. Berikut adalah beberapa perkara mudah untuk diingati:
-
Hanya beli minyak berlabel extra-virgin.
-
Baca label. Pengeluar terbaik selalu meletakkan tarikh penuaian pada EVOO mereka. Tarikh penggunaan boleh sedikit menipu kerana biasanya 18 bulan dari pembotolan, bukan dari penuaian.
-
Elakkan pembelian dalam botol kaca jernih, tidak kira betapa cantik dan menariknya label. Cahaya adalah musuh besar minyak zaitun dan kandungan di dalamnya mungkin akan kehilangan sebahagian besar rasa dan aromanya. Cari EVOO dalam botol kaca gelap atau, lebih baik lagi, timah legap.
-
EVOO tidak bertambah baik seiring bertambahnya usia. Lebih segar lebih baik! Rasa pahit kerana menunjukkan kualiti tinggi, dan oleh pakar pemakanan kerana ini adalah bukti banyak polifenol yang sihat.
-
Cahaya adalah musuh dan begitu juga suhu panas. Pastikan botol ditempatkan di rak atau persekitaran yang sejuk dan gelap.
Orang ramai perlu belajar mengenali sama ada minyak zaitun yang dibeli adalah asli atau berbentuk tiruan.
Jika memilih minyak ini yang diimport dari luar negara, pastikan dahulu ketulenan logo pengesahan produk tersebut. Antaranya tercatat:
- International Olive Council (IOC)
- California Olive Oil Council (COOC)
- Certified Australian Extra Virgin Olive Oil
- Australia Olive Oil Association (AOOA)
- Protected Destination of Origin-Europe
8 Minyak Zaitun Extra Virgin Terbaik Di Pasaran Malaysia
Jadi kalau anda ingin mengubah gaya hidup pemakanan anda dengan lebih sihat, boleh mulakan dengan pengambilan atau penggunaan minyak dari jenis extra virgin yang kami cadangkan ini.
Colavita Extra Virgin Olive Oil
Terbaik Untuk Pelbagai Kegunaan
|
Beli di Shopee |
Bestolio 100% Extra Virgin Olive Oil
Terbaik Digunakan Dalam Masakan
|
Beli di Shopee |
Minyak Zaitun ORGANIK Al'Ard
Terbaik Kadar Asid Rendah
|
Beli di Shopee |
NATUREL Extra Virgin Olive Oil
Terbaik dengan perasa
|
Beli di Shopee |
Halagel Extra Virgin Olive Oil in Gelatine Softgel
Terbaik bentuk kapsul
|
Beli di Shopee |
Biocare Extra Virgin Olive Oil Premium Selection
Terbaik Tinggi Kualiti
|
Beli di Shopee |
Olivie Plus 30X Extra Virgin Olive Oil
Terbaik Mengandungi Lebih Antioksida
|
Beli di Shopee |
AlQuds Palestinian Extra Virgin Olives Oil
Terbaik Dari Palestin
|
Beli di Shopee |
Colavita Extra Virgin Olive Oil
Minyak Zaitun Terbaik Untuk Pelbagai Kegunaan
Colavita Premium Selection Extra Virgin Olive Oil adalah minyak setiap hari yang sempurna yang seimbang antara buah dan rempah serta rasa yang halus. Ini adalah minyak yang ideal untuk hampir semua keperluan memasak dari menumis ringan malah sesuai untuk direnjiskan di atas hidangan kegemaran anda.
Sesuai untuk memanggang, baking, hiasan, dan perapian yang diimport dari Itali, Colavita juga mendapat sijil Halal dari HQC yang diakreditasi oleh JAKIM.
Apa yang kami suka?
- Bebas gula dan garam
- Menggunakan zaitun yang ditanam dan dituai secara eksklusif dari kebun terbaik di seluruh Eropah
- Mengandungi antioksidan paling banyak di antara minyak yang boleh dimakan
- Vitamin dan mineral semula jadi yang terdapat dalam zaitun.
Bestolio 100% Extra Virgin Olive Oil
Minyak Zaitun Terbaik Digunakan Dalam Masakan
Bestolio 100% Extra Virgin Olive Oil boleh didapati dalam 3 saiz berbeza, 250ml – 500ml -1000ml dan merupakan produk keluaran Mahnaz Food. Olive Extra Virgin Olive Oil BestOlio biasanya mempunyai warna hijau keemasan, dengan rasa yang berbeza dan kemasan ringan.
Dengan aroma daun tomat hijau, artichoke dan almond, produk ini sesuai untuk digunakan sebagai dressing, dicampurkan dalam makanan laut, sebagai perasa dan cicahan.
Apa yang kami suka?
- Mengandung iantioksidan yang cukup tinggi
- Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
- Memiliki kandungan zat yang bernama Prostaglandin yang dapat membantu penggunaan rasa sakit sendi dan juga pereputan tulang.
Minyak Zaitun ORGANIK Al’Ard
Minyak Zaitun Terbaik Kadar Asid Rendah
Minyak dari jenama Al’Ard bukan sahaja boleh diminum begitu sahaja, malah diiktiraf organik & Fairtrade, Extra Virgin (Perahan Pertama) dan cold pressed. Produk ini merupakan asli daripada pokok zaitun ladang di Nablus, Jenin dab sekitar Tebing Barat Palestine.
Apa yang kami suka?
- Jenama Antarabangsa dari Palestin bukan Jenama Malaysia.
- Pengiktirafan Organik dan Fairtrade oleh Badan Dunia.
- Memenangi beberapa Anugerah dan memenuhi Standard – Piawaian Antarabangsa.
- Kandungan keasidan yang rendah hampir antara 0.5%
- Berasal dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
NATUREL Extra Virgin Olive Oil
Minyak Zaitun Terbaik Dengan Perasa
Naturel Extra Virgin Olive Oil bukan sahaja mudah didapati di pasaran Malaysia; ia disemai dengan sentuhan daun ara untuk rasa manis dan halus dengan sedikit rasa pedas. Ia sangat sesuai untuk cicahan atau salad dressing.
Rangkaian minyak dari jenama Naturel dihasilkan dari campuran varietas popular termasuk Hojiblanca & Picual dari Andalucia di Sepanyol, negara pengeluar minyak zaitun terbesar di dunia. Dan semuanya dikemas dalam kawalan kualiti yang ketat di kilang yang diperakui ISO-9002.
Apa yang kami suka?
- Harga yang berpatutan
- Boleh diminum!
- Dicampurkan terus ke salad tanpa dimasak.
- Disertakan dengan sentuhan daun ara untuk rasa manis dan halus dengan sedikit rasa pedas.
Halagel Extra Virgin Olive Oil in Gelatine Softgel
Minyak Zaitun Terbaik Bentuk Kapsul
Bagi yang ingin memudahkan pengambilan secara menelan kapsul, ini adalah jawapannya. Halagel EVOO bukan sahaja mudah didapati di pasaran, malahan boleh membantu dalam mencantikkan dan melembutkan kulit disamping melewatkan proses penuaan.
Ini merupakan suplemen tambahan semulajadi yang terbaik dan diyakini selamat serta diperakui halal oleh Jakim.
Apa yang kami suka?
- Setiap softgel mengandungi 500mg Extra Virgin Oil
- Cangkang luar setiap Halagel® Softgel dibuat dari Halagel® Gelatin yang disahkan Halal oleh JAKIM
- Melambatkan proses penuaan dan melembutkan kulit
- Mengurangkan tahap kolesterol
- Membantu mencegah barah payudara dan barah kulit
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
Biocare Extra Virgin Olive Oil Premium Selection
Minyak Zaitun Terbaik Tinggi Kualiti
Kualiti blend minyak jenis extra virgin jenama Biocare ini diekstrak menerusi “cold pressed" tanpa penggunaan sebarang haba dan bahan kimia untuk rasa semula jadi buah zaitun yang segar. Ia boleh digunakan terus dari botol ke atas salad, pasta, perapan, sup dan sos, atau untuk dijadikan pencicah yang lazat.
Apa yang kami suka?
- Menjamin jantung sihat dengan kandungan lemak monosaturated yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Baik untuk rambut dan kulit juga.
- 100% tulen
- Sesuai untuk semua peringkat usia.
- Mempunyai aroma dan rasa yang terbaik.
- Memenuhi standard kualiti minyak zaitun tertinggi.
Olivie Plus 30X Extra Virgin Olive Oil
Minyak Zaitun Terbaik Mengandungi Lebih Antioksida
Olivie Plus 30X mengandungi khasiat vitamin A, D, E, K, Omega 3 & 6, Asid Oleik dan Asid Palmitik. Menariknya, minyak ini juga mengandungi antioksida yang tinggi iaitu lebih 30 kali ganda berbanding minyak zaitun biasa (Hydroxytyrosol, Oleocanthal & Oleuropein).
Ia sangat membantu dalam merendahkan kadar masalah kardiovaskukar dan kanser serta peningkatan dari aspek fungsi ‘endothelial’ yang dapat menstabilkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah, menyeimbangkan paras kolesterol, menstabilkan paras Insulin dan glukos serta penagregatan platlet.
Apa yang kami suka?
- Extra virgin (mechanically cold press).
- 100% asli, tanpa sebarang campuran minyak lain atau bahan kimia.
- Tidak ditapis, khasiat yang maksimum.
- Diimport dari El-Borouj, Maghribi. Syarikat besar berpengalaman lebih 131 tahun.
- Boleh juga diguna sebagai sapuan luaran.
AlQuds Palestinian Extra Virgin Olives Oil
Minyak Zaitun Terbaik Dari Palestin
AlQuds Extra Virgin Olive Oil diimport terus dari Palestine adalah minyak zaitun yang terbaik di dunia. Terdapat di dalam dua saiz kuantiti 500ml dan 250ml.
Khasiat dan kegunaan minyak ini sangat banyak untuk kesihatan tubuh badan manusia melalui kajian-kajian yang dijalankan secara tradisional dan saintifik. Ia dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian, menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis, mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone) serta membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
Apa yang kami suka?
- Kandungan acidity rendah <0.8%.
- Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
- Diiktiraf organik & Fairtrade, Extra Virgin (Perahan Pertama) & cold pressed.
- Hasil dari ladang di Nablus, Jenin & sekitar Tebing Barat Palestine.
- Pokok tua sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine.
- Minyak zaitun diproses mengikut standard & piawaian International Olive Oil Council.
- Mempunyai sifat anti-radang yang kuat.
Perbandingan Harga Minyak Zaitun Extra Virgin
Produk | Berat/Isipadu (ml) | Harga | Harga per ml |
Colavita Extra Virgin Olive Oil | 1000ml | RM69.90 | RM0.07 |
Bestolio 100% Extra Virgin Olive Oil | 500ml | RM38.00 | RM0.08 |
ORGANIK Al’Ard | 500ml | RM99.00 | RM0.20 |
NATUREL | 500ml | RM38.00 | RM0.08 |
Halagel Extra Virgin Olive Oil in Gelatine Softgel | 60s | RM32.00 |
RM0.50 (per kapsul)
|
Biocare Extra Virgin Olive Oil Premium Selection | 500ml | RM27.99 | RM0.06 |
Olivie Plus 30X Extra Virgin Olive Oil | 250ml | RM129.90 | RM0.52 |
AlQuds Palestinian Extra Virgin Olives Oil | 500ml | RM65.00 | RM0.13 |
Berdasarkan perspektif Islam, minyak daripada buah zaitun memang terbukti hebat. Dalam al-Quran, buah itu disebut sebanyak tujuh kali bersama dengan buah lain iaitu kurma, delima, anggur dan buah tin. Kesemuanya memiliki ‘kuasa‘ hebat untuk kesihatan.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.“ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).
Diharapkan yang artikel ini dapat membantu anda mencari jenama minyak extra virgin yang banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh kita.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil, Boleh Bantu Perkembangan Otak Bayi!
Baca juga: 8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!
Baca juga: Bahaya Guna Minyak Masak Terpakai Berulang Kali, Boleh Jadi Punca Kanser!