X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Buat Stok Serbuk Oat Untuk Bayi, Cuma Tambah Air Saja! Mudah Bawa Travel!

4 min bacaan
Cara Buat Stok Serbuk Oat Untuk Bayi, Cuma Tambah Air Saja! Mudah Bawa Travel!

Oat antara makanan berkhasiat untuk bayi. Jadi kali ini kami kongsikan cara buat serbuk oat untuk bayi supaya ibu lebih mudah sediakannya dengan cepat!

Bila anak sudah mencecah usia 6 bulan, mulalah ibu mencari pelbagai resepi untuk anak makan. Bila sudah meningkat bulan kadang-kadang hilang idea jadinya. Kali ini kami kongsikan cara buat serbuk oat untuk bayi yang boleh anda cuba.

Seperti yang diketahui, oat kaya dengan serat dan amat sesuai diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan dan ke atas sebagai makanannya.

Oat bukan sahaja baik untuk kita yang dewasa, malah ia juga memberi pelbagai manfaat pada bayi. Walaupun berbentuk whole-grain food, oat masih mengekalkan kebaikan bijirinnya walaupun setelah dimasak.

Cara buat serbuk oat untuk bayi

oat untuk bayi

Kredit: vix

Oat untuk kanak-kanak selamat untuk diberikan pada bayi apabila dia berumur enam bulan dan keatas, sama seperti makan pertama bayi yang lain.

Begini caranya untuk buat serbuk oat untuk bayi anda seperti yang dikongsikan Sheril Hazirah!

Bahan-bahan:

  • Rolled oat
  • 1/2 sudu perahan lemon
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air masak

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, rendamkan rolled oat bersama semua bahan di atas selama 12 jam dalam suhu bilik atau dalam peti sejuk.
  2. Selepas 12 jam, oat akan kembang. Buang air rendaman dan toskan untuk buang lebihan airnya.
  3. Seeloknya tunggu selama 3 jam supaya air agak kering. Boleh dijemur atau kering di depan kipas. Pastikan ia kering sedikit supaya teksturnya tidak melekat-lekat bila nak disangai nanti.
  4. Seterusnya, sangaikan / goreng tanpa minyak. Pastikan sentiasa dikacau supaya oat tidak hangit. Memang makan masa agak lama untuk tunggu betul-betul kering. Anda juga boleh sangaikan sehingga oat sudah tidak melekit melekit dan kisarkan. Selepas kisar, sangai sekali lagi hingga betul-betul kering. 
  5. Apabila sudah betul-betul kering, boleh simpan di dalam bekas. Apabila mahu beri bayi makan, boleh ambil 1-2 sudu dan tambahkan air panas. Oat akan kembang dengan banyak.
  6. Boleh juga campurkan buah-buah, kismin atau minyak zaitun dalam oats dan sedia untuk dimakan!

9 khasiat oat untuk bayi

oat untuk bayi

Kredit: orami

Oat untuk kanak-kanak selamat untuk diberikan pada bayi apabila dia berumur enam bulan dan keatas, sama seperti makan pertama bayi yang lain.

Antara khasiatnya termasuklah:

#1. Meningkatkan sistem imunisasi badan

Gandum atau oat mengandungi beta-glukan untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh bayi daripada virus dan bakteria. Ia sangat baik untuk perkembangan tubuh si manja yang sihat.

#2. Mengelakkan sembelit

Gandum merupakan makanan yang kaya dengan serat yang dapat memudahkan pencernaan bayi dan juga membantu mengatasi masalah sembelit.

#3. Mengelakkan asma

Pengambilan oat ketika bayi (enam bulan dan ke atas) seperti puri oat (khas untuk kanak-kanak), dapat membantu mengurangkan risiko penyakit asma berterusan.

#4. Zat besi tambahan

Setelah bayi berusia enam bulan, keperluan zat besinya semakin meningkat. Zat besi adalah penting untuk kesihatan sel darah merah dan juga untuk perkembangan otak si manja. Penambahan oat dalam menu bayi dapat meningkatkan keperluan zat hariannya.

#5. Sumber magnesium

Oat merupakan sumber semula jadi yang mengandungi magnesium, fosforus, zat besi, kalsium dan vitamin B1. Ini menjadikan oat sebagai sumber makanan yang bernutrisi tinggi, sesuai untuk seisi keluarga.

#6. Membantu perkembangan otak

Mengambil oat sebagai sarapan pagi anak anda dapat membantu dalam meningkatkan daya konsentrasinya di dalam kelas.

#7. Kaya protein dan lemak

Oat sebenarnya mempunyai lebih banyak kandungan protein dan lemak berbanding bijirin yang lain. Oat yang kaya dengan protein dan lemak sangat sesuai untuk diberikan pada si manja yang sedang membesar.

Ini dapat membantu dalam menambahkan berat badan serta peningkatan jisim otot bayi.

#8. Tulang yang lebih sihat dan kuat

oat untuk bayi
Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

kredit: shutterstock

Kandungan zink yang terdapat dalam oat juga membantu dalam pembentukan tulang bayi yang lebih sihat dan kuat.

#9. Mengurangkan keradangan, melembabkan kulit

Oat mengandungi lebih 20 polifenol unik, dan ‘avenanthramides’. Berdasarkan kajian tersebut, polifenol yang terkandung dalam oat membantu dalam meredakan keradangan yang sering berlaku pada kulit bayi.

Disebabkan itu oat sering digunakan sebagai bahan semulajadi dalam produk mandian dan kecantikan untuk mengurangkan keradangan seperti kegatalan, ruam-ruam, dan kulit kering. Malah, kulit si manja juga akan menjadi lebih lembab.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak DIET, Tapi Risaukan Bayi Yang Masih Menyusu Badan? Ini Caranya!

Baca juga: Resepi Oat Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Jom Ibu-Ibu Kita Cuba Hari Ini!

Baca juga: Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Cara Buat Stok Serbuk Oat Untuk Bayi, Cuma Tambah Air Saja! Mudah Bawa Travel!
Kongsikan:
  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.