X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Masih Belum Duduk Mungkin Tanda Perkembangan Fizikal Bayi Terbantut!

4 min bacaan
Anak Masih Belum Duduk Mungkin Tanda Perkembangan Fizikal Bayi Terbantut!

Tanpa kita sedari, kita akan mula membanding-bandingkan perkembangan fizikal bayi kita dengan cahaya mata rakan-rakan kita dan akan cepat rasa risau serta sedih apabila melihat si manja kita masih tidak dapat duduk bersama rakan-rakan sebayanya walaupun sudah mencapai usia di mana mereka sepatutnya dapat cukup menstabilkan diri untuk duduk. Ini mungkin petanda perkembangan fizikal bayi anda terbantut, dan anda perlu ketahui punca-punca serta cara membendungnya.

Pada usia beberapa hari hingga ke 6 bulan, ibu bapa sering menanti saat-saat bahagia bayi mereka iaitu fasa awal di mana mereka akan mula duduk dengan sendiri. Namun, jika anak anda mengalami masalah kelewatan untuk duduk, mungkin perkembangan fizikal bayi terbantut disebabkan punca-punca tertentu.

Andai kata anak anda mengalami masalah kelewatan untuk duduk, rujuk pakar kanak-kanak yang dipercayai untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang yang boleh menyebabkan kelewatan ini. 

Sebelum itu, mari kita kenali serba sedikit apakah punca-punca berlakunya kelewatan dalam perkembangan fizikal bayi anda. 

Punca-Punca Perkembangan Fizikal Bayi Terbantut

perkembangan fizikal bayi terbantut

Kredit: Pexels

Pakar kajian telah menemui pelbagai punca yang boleh menyebabkan perkembangan fizikal bayi anda terbantut. Punca yang menyumbang kepada permasalahan tersebut boleh berlaku sebelum bayi dilahirkan, semasa proses kelahiran atau selepas bayi dilahirkan. 

Antara punca-punca yang menyumbang kepada kelewatan perkembangan fizikal bayi kebanyakan berkaitan dengan masalah medikal yang lebih mendalam, termasuklah:

  • Gangguan spektrum autisme (ASDs)
  • Cerebral palsy
  • Gangguan spektrum alkohol janin
  • Sindrom Landau Kleffner
  • Miopati, termasuk distrofi otot
  • Penyakit genetik seperti sindrom Down atau sindrom X rapuh

Walaupun begitu, anda janganlah terlalu risau dan panik. Kadang-kala si manja anda mungkin menunjukkan perkembangan fizikal yang lewat walaupun tiada masalah. 

Sekiranya anda masih risaukan perkembangan fizikal bayi terjejas, cuba anda beri perhatian kepada tanda-tanda yang bakal kami kongsikan. Sekiranya anda mendapati si manja menghadapi simptom-simptom ini, segeralah berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapat rawatan nasihat seterusnya.

  • Menginjak usia 3 ke 4 bulan
    • Tidak mencapai apa-apa mainan atau objek
    • Tidak dapat menstabilkan pergerakan leher lagi
    • Tidak membawa objek ke mulut sendiri
    • Tidak meletakkan tekanan pada kaki apabila didirikan pada permukaan rata
  • Menginjak usia 7 bulan
    • Pergerakan otot kelihatan tegang atau terlalu lembik
    • Leher masih tidak stabil apabila didudukkan
    • Mencapai objek dengan satu tangan atau tidak mencapainya langsung
    • Sukar menyua objek ke mulut
    • Tidak berguling ke mana-mana arah
    • Tidak dapat duduk sendiri
    • Tidak meletakkan tekanan pada kaki apabila didirikan pada permukaan rata

Apakah Perkembangan Fizikal Normal Bagi Seorang Bayi?

perkembangan fizikal bayi terbantut

Kredit: Pexels

Penting untuk anda tahu bahawa perkembangan fizikal bayi adalah sama sahaja dengan perkembangan motor kasar, kerana kedua-duanya melibatkan kekuatan otot dan tulang-belulang untuk si manja bergerak dengan baik.

Apabila kita bercakap tentang perkembangan, ia tentulah bermaksud terdapat tahap-tahap di mana si manja akan mula mahir dan biasa dengan kemahiran tersebut dan penting untuk anda tahu tahap perkembangan fizikal si manja bermula dari beberapa hari setelah kelahiran mereka hinggalah mereka berusia 6 bulan sekurang-kurangnya.

  • Baru lahir hingga 2 bulan
    • Mula memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan untuk melihat persekitaran
    • Mula mengangkat kepala waktu meniarap dan boleh melihat kiri dan kanan
    • Pergerakan tangan dan kaki seimbang apabila dibaringkan
    • Boleh melakukan tummy time tanpa kesukaran (boleh mengangkat kepala, kaki boleh menendang-nendang)
  • 3 hingga 4 bulan
    • Menolak badan menggunakan tangan ketika ditiarapkan sambil melihat persekitaran sekeliling
    • Boleh meniarap tanpa mengalami ketidakselesaan
    • Boleh menerbalikkan diri dari meniarap ke posisi baring
  • 5 bulan
    • Boleh menerbalikkan diri dari baring ke meniarap
    • Membawa kaki ke mulut sendiri apabila sedang baring
    • Menolak badan dengan lebih tinggi apabila meniarap
    • Boleh memusingkan badan menggunakan perut untuk melihat persekitaran sekeliling
  • 6 hingga 8 bulan
    • Boleh duduk dengan sendiri
    • Mencapai mainan ketika duduk
    • Dapat menstabilkan diri sendiri ketika hendak jatuh sewaktu duduk
    • Merangkak menggunakan perut

Jika si manja anda sudah mencapai usia-usia ini, tetapi masih tidak menunjukkan perkembangan seperti yang telah dikongsikan, anda boleh menggunakan beberapa cara ini untuk menggalak perkembangan fizikal cahaya mata anda.

Bagaimana Hendak Menggalakkan Perkembangan Fizikal Si Manja

Anak Masih Belum Duduk Mungkin Tanda Perkembangan Fizikal Bayi Terbantut!

Kredit: Pexels

Ketika si manja masih bayi, tidak terlalu banyak aktiviti yang ibu dan ayah boleh lakukan untuk menggalakkan perkembangan fizikal anak tetapi anda boleh kerap melakukan tummy time bersama mereka supaya dapat membina kekuatan otot bahu, lengan, pinggang dan kaki bayi. Anda juga boleh meletakkan mainan kesukaan si manja supaya menarik minat mereka untuk mencapainya.

Selain dari itu, dapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak dan pakar fisioterapi kanak-kanak yang anda percayai untuk membantu anak anda berkembang dengan baik dari aspek fizikal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline, Children’s Hospital of Richmond

Baca juga: Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Anak Masih Belum Duduk Mungkin Tanda Perkembangan Fizikal Bayi Terbantut!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham