Perut Masih Buncit Selepas Bersalin Lama? Ini Mungkin Kondisi Diastasis Recti

Anda masih nampak macam hamil walaupun lepas berbulan beranak? Keadaan perut buncit selepas bersalin mungkin kerana Diastasis Recti. Ini apa yang anda perlu tahu...

Anda masih kelihatan seperti masih hamil walaupun sudah beberapa bulan bersalin? Anda ada perut buncit selepas bersalin seolah-olah anda belum beranak?

Jangan terkejut, tapi anda mungkin mengalami kondisi badan selepas bersalin yang dipanggil sebagai Diastasis Recti. Diastasis Recti adalah keadaan di mana ada lebihan pada bahagian kiri dan kanan perut.

Apa terjadi pada perut semasa hamil?

Untuk pengetahuan ibu, perut nampak masih buncit selepas bersalin adalah perkara normal. Ia terjadi kerana janin dalam rahim semakin membesar, yang menyebabkan perut ibu membesar seiring dengan tumbesaran usianya.

Otot perut dan kulit bersifat elastis. Ia boleh membesar mengikut saiz janin dalam rahim bahkan setiap bakal ibu mempunyai bentuk perut yang berbeza ketika hamil. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya berat badan, ukuran janin, posisi bayi dalam kandungan dan lain-lain lagi.

Selain masalah perut buncit, selulit perut selepas bersalin juga sering terjadi. Ia normal ya ibu-ibu, jangan risau jika perkara ini berlaku kepada anda terutama buat ibu baru. Ada beberapa cara untuk kurangkan selulit secara semula jadi, antaranya:

  • Guna minyak pati

Penggunaan minyak pati seperti minyak zaitun bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit. Minyak zaitun sangat membantu untuk mengurangkan kerengangan pada kulit. Sapu selama 30 minit setiap hari di kulit anda. Lebih baik lagi, amalkan petua ini semasa anda mengandung untuk melihat hasilnya selepas bersalin nanti.

  • Pelembab buatan sendiri

Bagi ibu yang mempunyai kulit kering atau kombinasi. Cuba buat pelembap sendiri campurkan gel aloe vera, dan minyak zaitun dan urut pada kawasan stretch mark.

  • Losyen buatan sendiri

Campurkan suku cawan gel aloe vera dengan setengah cawan minyak zaitun extra-virgin bersama-sama dan tambah minyak daripada enam Vitamin E dan empat kapsul vitamin-A. Simpan krim tanda regangan semulajadi ini dalam bekas kaca atau botol di dalam peti sejuk dan gunakannya untuk urutan harian anda.

  • Krim buatan sendiri

Campurkan dua sudu besar lilin lebah parut dan satu sudu minyak Vitamin E dalam setengah cawan mentega koko. Menambah minyak kuman gandum dan minyak isirung aprikot dalam kuantiti yang sesuai juga akan membantu. Rebus campuran ini sehingga lilin lebah cair sepenuhnya. Simpan krim ini dalam botol dan sejukkan untuk kegunaan harian.

Mengapa perut masih nampak buncit selepas bersalin dan bila perut akan kembali normal?

Sekali lagi kami tekankan bahawa, ia perkara yang normal bagi wanita untuk mempunyai perut buncit selepas bersalin. Ia selalunya akan hilang selepas beberapa ketika. Dan ia juga lebih biasa dilihat pada wanita yang sudah bersalin lebih dari satu kali atau wanita yang hamil selepas berusia 35 tahun.

Setiap dari kita mempunyai otot panjang dan leper di kiri dan kanan abdomen yang dipanggil sebagai rectus abdominis. Ia sangat penting untuk memberi kekuatan tengah pada badan dan juga untuk memastikan organ dalaman berada di tempat yang sepatutnya.

Semasa hamil, otot ini (rectus abdominis) akan mengembang dan terpisah bagi menyediakan ruang untuk bayi. Hormon semasa hamil pula menyebabkan otot mengembang dengan lebih relaks. 

Selalunya, ia akan kembali ke bentuk asal selepas 4 hingga 6 bulan selepas bersalin.

Tetapi di dalam banyak kes, ia tidak akan berakhir dan perut anda akan kelihatan seperti hamil.

Bagaimana nak kenalpasti jika perut buncit selepas bersalin adalah Diastasis recti? 

Cara yang sangat mudah untuk membezakan sama ada anda mempunyai Diastasis Recti atau hanya lemak di perut adalah dengan melakukan senaman ini:

  • baring secara terlentang di atas lantai
  • letakkan tapak tangan di bawah pusat dengan jari menghala ke kaki
  • angkat kepala ke arah dada (ini akan menyebabkan rectus abdominis mengecut)
  • jika anda dapat rasa jarak di antara kiri kanan abdomen, ini bermakna anda mempunyai Diastasis recti.

Jangan risau, ia tidak berbahaya. Tapi anda mungkin memerlukan beberapa bantuan untuk menghilangkannya.

Adakah Diastasis Recti boleh sebabkan masalah kesihatan?

Secara amnya tidak. Tapi terjadi juga kes di mana perut buncit selepas bersalin ini menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain seperti:

Apa yang boleh saya buat jika ada perut buncit selepas bersalin?

Anda boleh memulakan pemulihan dengan melakukan senaman yang membantu menguatkan otot abdomen. Berikut adalah antara senaman yang akan disarankan oleh terapi fizikal untuk masalah Diastasis Recti:

#1- Bersenam

Lakukan senaman ringan setiap hari sekurangnya 15-30 minit. Seperti bermain tali pinggang atau mengikat kain di pinggang dan buat 'mini crunches' untuk menguat dan mengetatkan otot.

Antara senaman lain yang boleh anda lakukan ialah Teknik Tupler akan membantu menguatkan transverse abdominis yang bertindak sebagai 'korset' untuk abdomen anda.

Nak tahu otot yang mana? Jika anda menyebut shhh dengan kuat, anda boleh rasa otot ni. Senaman harian yang diselit bersama aktiviti harian anda, seperti mengangkat bakul atau senam duduk.

#2- Diet

Penjagaan pemakanan turut memainkan peranan untuk memastikan ibu mendapatkan semula bentuk badan idaman selepas bersalin. Pastikan anda sudah mengamalkan diet yang betul.

Amalkan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijian sebagai makanan diet anda. Pastikan anda kurangkan gula dan pengambilan makanan lemak yang tidak sihat daripada menganggu pemakanan seimbang anda.

#3- Minum minuman detox

Buat air minuman detox untuk mengempiskan perut selain menjaga pemakanan. Amalan minum detox ini akan mempercepatkan proses pencernaan.

Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri dirumah bahan yang diperlukan teh hijau dan limau nipis. Campurkan bahan tersebut ke dalam gelas. Rendamkan beberapa minit minit ketika suam atau sejuk. Ia dapat bantu proses pembakaran lemak dan lancarkan proses pencernaan.

Pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Pastikan juga kesihatan anda telah kembali pulih dan betul-betul baik. Sekiranya Diastasis Recti yang lebih teruk (dengan jarak melebihi 3 jari), pembedahan mungkin pilihan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda tidak merancang untuk hamil lagi.

Semoga manfaat!

Sumber:

  1. Healthline. (2017, April 2017). Disastis Recti Exercises for New Moms. https://www.healthline.com/health/pregnancy/disastis-recti-exercises
  2. WebMD. Diastasis Recti: Why Ab Separation Happens and How It's Treated. https://www.webmd.com/baby/guide/abdominal-separation-diastasis-recti#1
  3. Wellness Mama®. (2020, February 17). How to Idensis Rectitify and Fix Diasta. https://wellnessmama.com/60398/diastasis-recti/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin Dengan 7 Cara Ini! 

Baca juga: Perut Buncit? Ini Jenis-Jenis Perut Buncit & Ketahui Cara Menanganinya 

Baca juga:  5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

Penulis

Aqma