X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Prebiotik Penting Untuk Usus Yang Sihat, 10 Jenis Makanan Ini Tinggi Prebiotik Untuk Anak

6 min bacaan
Prebiotik Penting Untuk Usus Yang Sihat, 10 Jenis Makanan Ini Tinggi Prebiotik Untuk Anak

Prebiotik adalah serat yang jadi "makanan" untuk bakteria baik dalam usus. Ia membantu pertumbuhan probiotik (bakteria baik) dalam pencernaan

Usus yang sihat adalah asas kepada tumbesaran anak yang baik. Salah satu cara terbaik untuk memastikan usus si kecil berada dalam keadaan optimum adalah dengan memberikan makanan yang kaya dengan prebiotik. Namun tidak ramai ibu ayah yang tahu prebiotik untuk apa.

▲▼Isi Kandungan

  • Prebiotik Untuk Apa?
  • Kenapa Prebiotik Penting Untuk Anak?
  • Sumber Makanan Prebiotik
  • Cara Memperkenalkan Prebiotik Pada Anak

Prebiotik Untuk Apa?

Prebiotik adalah sejenis serat khas yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus, membantu ia berkembang dan mengekalkan keseimbangan mikroflora usus. Apabila mikroflora seimbang, usus dapat berfungsi dengan baik dan menyokong sistem tubuh secara menyeluruh.

Kenapa Prebiotik Penting Untuk Anak?

Prebiotik memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan usus anak berada pada tahap terbaik. Berikut adalah beberapa manfaat utama prebiotik:

1. Meningkatkan Sistem Imun

Prebiotik untuk membantu meningkatkan sistem imun. Usus yang sihat mempunyai hubungan rapat dengan sistem imun tubuh.

Prebiotik membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang melawan patogen berbahaya, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit.

2. Memperbaiki Penghadaman

Prebiotik membantu melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus, mengelakkan masalah sembelit dan memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan lancar.

3. Meningkatkan Penyerapan Nutrien

Dengan usus yang sihat, penyerapan vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan zat besi menjadi lebih berkesan, menyokong tumbesaran tulang dan perkembangan keseluruhan si manja.

4. Menyokong Perkembangan Otak

Prebiotik adalah untuk menyokong perkembangan otak. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kesihatan usus dan fungsi otak. Usus yang sihat membantu penghasilan neurotransmitter yang menyokong mood, tumpuan, dan perkembangan kognitif si manja.

Sumber Makanan Prebiotik

Berikut beberapa sumber makanan prebiotik yang boleh anda berikan pada anak di rumah: 

1. Pisang

Sumber makanan prebiotik adalah buah pisang. 

Pisang, terutamanya yang belum terlalu masak, adalah sumber prebiotik yang hebat. Ia mengandungi serat inulin yang menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Cara hidangan:

  • Potong kecil sebagai snek.

  • Campurkan dalam smoothie bersama yogurt.

  • Jadikan pisang lenyek sebagai pemanis semula jadi dalam bubur.

2. Oat

Oat bukan sahaja kaya dengan serat larut, tetapi juga mengandungi beta-glukan yang bertindak sebagai prebiotik. Beta-glukan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan meningkatkan imuniti tubuh.

Cara hidangan:

  • Bubur oat dengan buah-buahan segar.

  • Biskut oat buatan sendiri.

  • Overnight oats dengan madu dan kacang.

3. Epal dengan Kulit

Sumber makanan prebiotik seterusnya adalah epal dengan kulit. Epal mengandungi pektin, sejenis serat prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria baik. Pektin juga membantu mengawal kadar gula dalam darah dan memperbaiki sistem penghadaman.

Cara hidangan:

  • Potong kecil sebagai snek.

  • Campurkan dalam salad buah.

  • Jadikan puri epal sebagai pencuci mulut.

4. Bawang Putih dan Bawang Merah

Kedua-dua bahan ini kaya dengan fruktooligosakarida (FOS) dan inulin, yang merupakan prebiotik semula jadi. Selain menyokong kesihatan usus, ia juga mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang.

Cara hidangan:

  • Tumis dalam masakan harian

    Stories Rakan Kongsi
    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
    Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
  • Jadikan bahan perapan untuk ayam atau ikan

  • Campur dalam sup sayur

5. Asparagus

Sumber prebiotik yang lain adalah asparagus. Asparagus mengandungi inulin yang membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral yang menyokong kesihatan keseluruhan.

Cara hidangan:

  • Kukus dan jadikan snek

  • Campur dalam pasta atau nasi goreng

  • Jadikan sup asparagus yang berkrim

6. Yogurt Dengan Prebiotik Tambahan

Walaupun yogurt lebih dikenali sebagai sumber probiotik, banyak jenama kini menambah prebiotik untuk kesan yang lebih baik. Gabungan prebiotik dan probiotik ini membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dengan lebih berkesan.

Cara hidangan:

  • Makan begitu sahaja

  • Campur dengan buah-buahan dan bijirin

  • Jadikan smoothie sihat

7. Barli

Sumber makanan prebiotik yang lain adalah barli. Barli kaya dengan beta-glukan, sejenis serat yang berfungsi sebagai prebiotik. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol dan mengekalkan kesihatan jantung.

Cara hidangan:

  • Bubur barli dengan sus

  • Sup barli dengan ayam

  • Salad barli dengan sayuran

8. Kacang Almond

Almond mengandungi serat prebiotik yang menyokong kesihatan usus. Ia juga kaya dengan vitamin E dan lemak sihat yang baik untuk perkembangan otak anak.

Cara hidangan:

  • Sebagai snek

  • Campur dalam granola atau muesli

  • Tambah dalam kek atau biskut

9. Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi serat larut dan tidak larut yang bertindak sebagai prebiotik. Ia juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

Cara hidangan:

  • Rebus atau kukus

  • Buat jejari keledek panggang

  • Jadikan puri keledek

10. Tempe

Tempe juga antara sumber makanan prebiotik yang baik. Tempe adalah produk fermentasi kacang soya yang kaya dengan prebiotik dan probiotik. Ia juga mengandungi protein berkualiti tinggi yang menyokong perkembangan otot.

Cara hidangan:

  • Goreng garing

  • Masak sambal tempe

  • Tambah dalam salad

Cara Memperkenalkan Prebiotik Pada Anak

Memperkenalkan prebiotik untuk anak sebenarnya tak susah, tapi perlahan-lahan je ya — jangan terus bagi dalam jumlah banyak, sebab usus anak masih sensitif. Nah, ni cara mudah dan berkesan:

1. Mulakan dengan makanan semula jadi

Prebiotik banyak dalam makanan harian yang mesra anak. Cuba perkenalkan:

  • Pisang – Mudah, manis, dan kebanyakan kanak-kanak suka
  • Oat – Buat bubur oat atau overnight oats, sedap dan sihat
  • Ubi keledek – Boleh rebus, bakar, atau buat puree untuk anak kecil.
  • Yogurt dengan prebiotik – Pilih yogurt tanpa gula tambahan, tambah buah untuk rasa.

2. Gabungkan Dengan Makanan Kegemaran

Kalau anak cerewet, campurkan prebiotik dalam hidangan kegemaran si manja:

  • Tambah pisang dalam pancake atau smoothie
  • Letak oat dalam biskut homemade
  • Campur sayur macam asparagus atau brokoli dalam nasi goreng atau pasta

3. Bagi Dalam Jumlah Kecil Dahulu

Perut anak mungkin ambil masa nak sesuaikan diri. Mulakan dengan sikit dan tengok reaksi dia. Jika baik, baru tambah sikit demi sikit.

4. Buat Hidangan Kreatif

Kadang anak lebih tertarik kalau makanan nampak menarik. Buat bentuk comel dengan potongan buah, atau hidang dalam pinggan berwarna-warni.

5. Pastikan Anak Cukup Air

Prebiotik ni serat, jadi penting untuk pastikan anak minum air dengan mencukupi supaya pencernaan lebih lancar dan elak sembelit.

6. Elakkan Suplemen Tanpa Nasihat Doktor

Kalau nak bagi prebiotik dalam bentuk suplemen, bincang dulu dengan doktor. Lebih baik fokus pada sumber semula jadi seperti makanan.

Kesimpulannya, prebiotik untuk membantu pertumbuhan probiotik (bakteria baik) dalam sistem pencernaan. Makanan kaya prebiotik kepada anak bukan sahaja membantu menjaga kesihatan usus, tetapi juga menyokong perkembangan fizikal dan mental si manja.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Begin Health, Children Hospital of Philadelphia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Anak Sakit Perut & Infeksi Pencernaan: Kenali 5 Jenis Masalah Penghadaman, Gejala & Rawatan

Baca juga:  5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

Baca juga:  Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Prebiotik Penting Untuk Usus Yang Sihat, 10 Jenis Makanan Ini Tinggi Prebiotik Untuk Anak
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham