Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

Ikuti kisah rambut gugur selepas bersalin yang tular ini. Ia mungkin menggelikan buat sesetengah orang, tapi pakar menjelaskan sebab kenapa ia terjadi.

Video rambut gugur selepas bersalin jadi viral

Terdapat satu video yang telah mendapat lebih dari satu juta tontonan dalam masa 24 jam di Instagram! Video itu tentang masalah rambut gugur selepas bersalin yang dialami oleh seorang wanita.

Video tersebut dari Instagram milik Christina Kreitel yang merupakan pemilik Intrepid Studio Salon di Utah. Dapat dilihat dalam video tersebut, Christina telah menarik segumpal rambut basah yang banyak dari seorang ibu berambut kerinting. 

Katanya di dalam video tersebut "Ini akan menggelikan ramai orang lain, tapi saya sungguh teruja!" semasa menarik gumpalan rambut pelanggannya itu.

www.instagram.com/p/BcBfpr8BD5I/?taken-by=christinakreitel

Rambut gugur selepas bersalin mungkin jadi teruk seperti ini

Kapsyennya pada video tersebut pula adalah -

"Tiada orang akan mengalami kes rambut gugur seteruk rambut gugur selepas bersalin. 4 bulan selepas bersalin dan rambut anda akan penuh satu tandas! Saya juga mengalaminya dan saya suka mengumpul rambut gugur selepas bersalin ini pada dinding tandas. Sungguh menggelikan tapi memuaskan. Ini adalah sebaik rawatan kulit kepala. Ada sesiapa lagi mengalami ini?"

rambut gugur selepas bersalin Rambut pelanggannya yang dimuat naik Christina

Ramai yang telah mengomen muat naik Christina dengan pelbagai cerita rambut gugur selepas bersalin yang mengerikan.

Ada yang menyangka ia adalah sebab pengambilan vitamin, ada juga yang tidak menyangka ia berpunca daripada hormon, ada yang menceritakan bagaimana rambut mereka jatuh ke atas bayi baru lahir.

Mengapa rambut gugur selepas bersalin?

Menurut American Pregnancy Association, rambut wanita terbahagi kepada 2, 90% yang sentiasa menumbuh dan 10% yang berada di fasa 'rehat'. Rambut yang berada di fasa 'rehat' ini akan gugur setiap 3 bulan. KECUALI semasa seseorang wanita itu hamil.

Tahap estrogen di dalam badan akan berkurang selepas bersalin dan ini akan menyebabkan masalah rambut gugur selepas bersalin. Ia selalunya bermula pada bulan ke-3 atau 4 selepas bersalin dan berakhir pada bulan ke-6.

rambut gugur selepas bersalin Blogger Ramona Michelle menunjukkan rambut gugur selepas bersalin

Beberapa bulan selepas bersalin, apabila hormon sudah menurun, ketika itulah rambut akan mula gugur. Dan disebabkan ia hasil pengumpulan rambut yang tidak gugur dalam tempoh kehamilan, jumlahnya mungkin akan lebih banyak berbanding biasa.

Keadaan ini adalah sementara saja. Jadi ibu hamil yang mengalami masalah rambut gugur janganlah terlalu bimbang. Untuk mengatasi masalah ini, sila baca artikel di bawah:

 

 

 

Sumber: Yahoo, Instagram Christina Kreitel

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

Artikel(Cerita)
app info
get app banner