Tular di media sosial baru-baru ini video mengenai tiga kanak-kanak perempuan yang baru menerima adik lelaki baharu! Apa yang menarik perhatian adalah reaksi muka mereka apabila pertama kali melihat ibu menukar lampin bayi berkenaan.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Reaksi muka tiga kakak terpinga-pinga lihat ‘bebird’ adik lain dari mereka
- Reaksi wajah anak perempuan sambil tanyakan soalan lucu
- Cara mengajar anak mengenali bahagian intim mengikut jantina
Reaksi ketiga-tiganya nyata terkejut dan pelik dengan keadaan alat sulit bayi lelaki itu yang berbeza dengan mereka. Mungkin sebelum ini tidak pernah melihatnya pada bayi-bayi lain.
Reaksi muka tiga kakak terpinga-pinga lihat kemaluan adik lain dari mereka
Dalam video dikongsikan di laman facebook, Atikah Afifah itu, kelihatan tiga kanak-kanak perempuan berbaju merah jambu duduk mengelilingi adik dan dipercayai ibu mereka yang sedang menukar lampin pakai buang bayi berkenaan.
Sebaik saja lampin pakai buang dibuka, kelihatan muka kakak yang pertama seperti benar-benar terkejut hingga ternganga dan kelihatan terpinga-pinga. Manakala kakak yang kedua pula dilihat menutup mukanya dengan bantal.
Reaksi wajah anak perempuan sambil tanyakan soalan lucu
Mereka malah bertanya, adakah itu siput? Lucu betul melihat reaksi mereka yang nyata tertanya-tanya mengapa kemaluan adik lelaki itu berbeza sama sekali dengan mereka.
Perkongsian ibu itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan rata-ratanya berkongsi mengenai pengalaman mereka juga yang mendapat reaksi lebih kurang sama daripada anak-anak jika baru mendapat bayi yang lain jantina daripada anak-anak sebelumnya.
Ikuti perkongsian netizen:
Anak kawan sy yg sulung gegerl (perempuan) , Pastu bawah semua laki, Dapat pulak adik bongsu gegerl, Bila tgok dia Tanya Ummi dia , Ummi nape punggung adik Kat depan
Hahaha..sm la ank2 sy yg lelaki..tnya knpa x sm cam ulat abg?? Adehh penat umi nk cri jwpan nak oiiii
Sbjik situasi ank, 3 gurl bila last bby boy…muka pinga2..siap tnya npa ada pnjang2 tu ibu
Cara mengajar anak mengenali bahagian intim mengikut jantina
Sebagai ibu ayah penting untuk kita ajarkan pada anak mengenai alat sulit mereka terutama apabila mereka sudah berusia empat tahun dan ke atas.
Apa yang ibu ayah perlu lakukan adalah:
- Guna bahasa yang betul – Iaitu penis untuk lelaki dan vagina bagi perempuan. Elakkan daripada menggunakan bahasa seperti ‘bebird’, ‘popot’ dan sebagainya yang biasa digunakan oleh masyarakat.
- Didik anak supaya tidak bergurau di bahagian alat sulit – Jangan ajar dan biasakan diri bergurau di bahagian alat sulit mereka, contohnya seperti menampar punggung.
- Perbezaan alat sulit – Penis dan vagina adalah berlainan yang mana ia khas untuk lelaki dan juga perempuan berdasarkan kepada fungsi masing-masing.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Lelaki Dilahirkan Dengan Dua Kemaluan, Hidap Masalah Diphallia & Bakal Dibedah
Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa
Baca juga: Tiap Kali Buka Lampin, Anak Suka Main & Pegang Kemaluan? Pakar Jelaskan Ini Sebabnya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!