7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Resepi minuman berbuka puasa yang menyegarkan ini boleh dicuba untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Ibu pun tidak susah payah ke bazaar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedapnya dapat minum minuman berais waktu berbuka. Tapi malas nak singgah ke bazar Ramadan beratur masuk semata-mata untuk membeli air. Tidak mengapa, di sini ada 7 resepi minuman berais untuk berbuka puasa pembuka selera anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi minuman berbuka puasa yang menyegarkan dan menyejukkan tekak

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati di kedai dan pasar raya. Boleh buat dengan kuantiti yang banyak untuk dinikmati bersama-sama keluarga.

Resepi minuman berbuka puasa yang menyegarkan dan menyejukkan tekak

#1- Bandung strawberi laici

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan sirap
  • 5 sudu makan susu cair
  • 1 biji strawberi dibelah empat
  • 5 biji laici dalam tin
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

Cara-cara

  • Larutkan gula dalam air
  • Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
  • Masukkan strawberi dan laici.
  • Tambahkan air dan ais. Sedia untuk dihidangkan.

#2- Jus mangga pudina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar yogurt
  • 2 gelas air
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit daun pudina

Cara-cara:

  • Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
  • Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
  • Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
  • Tambah air gula jika suka.
  • Masukkan ais dan letakkan dauh pudina.

#3- Soda serai bermadu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan madu
  • 1 cawan soda
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Asam boi

Cara-cara:

  • Letakkan madu di keliling dinding gelas.
  • Masukkan soda.
  • Masukkan serai dan asam boi, biarkan seketika.
  • Letakkan ais (mengikut kesukaan anda). Sedia untuk diminum waktu berbuka.

#4- Peppermint lemonade

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 3 tangkai pudina
  • 500 ml air
  • 2 biji lemon diperah jus dan tapis
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

  • Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas.
  • Isikan air, kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
  • Masukkan jus lemon.
  • Tambahkan ais. Siap untuk diminum.

#5- Jus limau asam boi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan gula
  • 3 biji asam boi
  • 3 biji limau kasturi
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

  • Buat air gula dalam periuk kecil, ketepikan.
  • Rebus asam boi dalam sedikit air, ketepikan.
  • Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya serta tapis.
  • Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
  • Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.

#6- Blue ocean

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 botol kecil minuman soda warna biru
  • 1 sudu besar oren Sunquick
  • Nata de coco secukupnya (anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas)
  • 1 sudu teh biji selasih (rendam dengan air panas hingga kembang)
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  • Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
  • Kemudian masukkan nata de coco
  • Tuangkan air soda biru
  • Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
  • Sedia dihidangkan. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang kerana air ini perlu dikacau bila ingin dinikmati.

#7- Milky rambutan

 

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah rambutan dalam tin
  • 1 tin susu cair atau susu segar
  • Gula secukup rasa (jadikan air gula)
  • Ketulan ais
  • Air jika perlu
  • Biji selasih yang direndam

Cara-cara:

  • Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug.
  • Masukkan air gula dan rasakan secukup rasa.
  • Tambah air jika perlu
  • Letakkan ketulan ais dan biji selasih. Sedia dihidangkan dingin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jom Masak Sotong Padprik Untuk Buka Puasa! Jika Anda Hamil Ia Bagus Untuk Kawal Gula Dalam Darah

Baca juga:  Berbuka Puasa Dengan Makanan Pencuci Mulut Lazat, Tak Sabarnya!

Baca juga: 5 Resepi Puding Cocktail, Makan Sejuk-Sejuk Buka Puasa Nanti, Nikmatnya!