Kenapa ibu akan rasa sakit ketika nak bersalin dan apa patut dibuat waktu ini?

lead image

Anda tak akan tahu sakit bersalin sehingga anda alaminya. Tapi dengan pengetahuan tentang sakit bersalin ini, anda boleh bersiap-sedia untuk menghadapinya.

Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan. Lebih-lebih lagi jika ini adalah kandungan pertama.

Tapi, tak dapat dinafikan, kita tetap akan tertanya-tanya macam mana sakit bersalin ini. Tahap sakit setiap kelahiran adalah berbeza, dan sehingga anda mengalaminya sendiri, anda tak akan tahu bagaimana tahap sakit yang akan anda hadapi.

Tapi jangan risau, ini adalah apa yang anda perlu tahu tentang sakit bersalin dan harapnya ia dapat membantu anda sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran permata hati anda.

Apakah punca sakit bersalin?

sakit bersalin, kontraksi, rasa sakit bersalin, tanda sakit bersalin, kurangkan sakit bersalin, masa bersalin,

Rahim ialah organ otot yang akan menguncup dengan kuat untuk mengeluarkan bayi dan pengucupan ini lebih dikenali sebagai kontraksi adalah penyebab utama anda sakit ketika bersalin.

Sekuat mana sakit yang anda alami adalah bergantung pada beberapa faktor:

  • Kekuatan kontraksi anda (akan bertambah dari masa ke semasa).
  • Induce. Ia menyebabkan kontraksi jadi lebih kuat.
  • Saiz bayi dan kedudukan mereka pada pelvik.
  • Posisi bayi. Sama ada mukanya menghadap ke depan atau ke belakang.
  • Berapa lama masa yang diambil untuk bersalin

Selain kekejangan otot yang kuat pada abdomen dan kadang-kadang di seluruh badan dan kawasan pelvik, anda juka akan merasa tekanan pada belakang anda, vagina, pundi kencing dan usus.

Kesemua ini digabungkan menjadikan anda lebih sakit.

Kombinasi genetik dan pengalaman hidup juga akan menentukan tahap ketahanan atau kebolehan anda untuk menahan sakit.

Sokongan sosial, ketakutan, kecemasan dan juga cerita-cerita bersalin yang anda dengar juga boleh menyumbang pada persepsi sakit anda.

Sakit bersalin: Ini bagaimana ia akan bertambah secara berperingkat 

sakit bersalin, kontraksi, rasa sakit bersalin, tanda sakit bersalin, kurangkan sakit bersalin, masa bersalin,

Sakin bersalin biasanya datang secara berperingkat dan semakin sakit apabila anda melalui beberapa peringkat bersalin.

1 – Peringkat awal bersalin (sehingga lapan jam atau lebih)

Biasanya bukaan servik anda akan terbuka sepanjang 3cm ke 4cm dan ia mula menipis. Biasanya, kontraksi ringan ke sederhana akan bertahan 30 hingga 60 saat.

Anda akan mengalami kontraksi ini setiap lima ke 20 minit dan menjadi bertambah kuat dan sering.

2 – Peringkat bersalin aktif (dua ke lapan jam)

Kontraksi akan terus menjadi lebih lama, kuat dan semakin rapat.

Bukaan servik anda akan terbuka ke 7cm dan ini adalah masa yang biasa untuk wanita minta ubat sakit (epidural), walaupun kadang-kadang ia akan diberi lebih awal.

3 – Peringkat peralihan (satu jam atau lebih)

Sakit akan jadi lebih kuat apabila bukaan servik anda mencapai bukaan penuh iaitu 10cm.

Dengan tambahan ketegangan yang anda rasai apabila kontraksi anda semakin cepat, anda juga akan rasa sakit belakang, pangkal paha, tepi badan dan rasa mual.

4 – Meneran (beberapa minit ke tiga jam)

Anda akan jadi lebih sakit apabila anda merasa desakan yang kuat untuk meneran bayi keluar -beberapa wanita menggambarkan situasi ini seperti “hendak mengeluarkan buah tembikai atau bola boling.”

Walaupun sakit yang anda rasai berterusan, ramai wanita mengatakan mereka merasa lega untuk meneran kerana ia membantu melegakan tekanan.

Apabila kepala bayi mula keluar, anda akan rasa ngilu dan terbakar di sekitar bukaan apabila vagina merenggang.

5 – Mengeluarkan uri

Peringkat ini biasanya lebih mudah kerana kontrasi ringan dan kejang akan mengeluarkan uri. Di peringkat ini biasanya anda akan lebih fokus pada bayi anda yang baru lahir.

Cara mengurangkan sakit bersalin

sakit bersalin, kontraksi, rasa sakit bersalin, tanda sakit bersalin, kurangkan sakit bersalin, masa bersalin,

Langkah selesa boleh membantu anda meningkatkan keupayaan untuk mengawal kesakitan dengan menggunakan beberapa teknik relaksasi.

Nafas berirama, visualisasi, meditasi dan strategi relaksasi yang lain boleh membantu untuk menenangkan minda anda dan melonggarkan otot anda.

Teknik lain yang berkesan termasuk:

  • berurut
  • berjalan
  • bercakap
  • mandi
  • letak ais atau haba

Sama ada anda merancang untuk menggunakan ubat tahan sakit atau tak, cuba untuk jadi fleksibel. Anda tak akan tahu apa yang anda perlukan sebelum mengalaminya sendiri. 

Setiap pilihan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Jika anda memilih untuk melahirkan secara semula jadi tanpa ubat, ia akan memberikan perasaan yang berbaloi dengan pencapaian anda. Tapi jika anda tak boleh nak tahan sakit, ubat dapat mencegah anda dari terseksa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fit Pregnancy

Baca juga

5 cara mudah bersalin TANPA koyakan – ibu hamil jangan lupa buat!