Mungkin rezeki ibu ini. Dia masih boleh berselera makan seperti tiada sakit langsung walaupun tahap sakit contraction sudah tinggi dan terpaksa ditahan di wad.
Nurse pun bingung, wanita ini seolah-olah langsung tidak sakit. Kalau wanita lain mungkin dah bergegar katil hospital agaknya. Mungkin tahap toleransi kepada kesakitan wanita ini tinggi, disebabkan itu dia masih boleh relaks walaupun tahap contraction sudah tinggi.
Sakit contraction dah level tinggi, tapi bab makan still on! Macam tak sakit langsung
Menerusi perkongsian di tiktoknya, wanita ini, katanya, “nurse sampai bingung, kenapa saya steady sangat asyik makan je. Padahal kena warded special case sebab contraction tinggi.
Mungkin benar ada orang yang tahap toleransi kesakitan memang tinggi, jadi bila sakit contraction dah tahap yang tinggi pun dia boleh menahannya dengan tenang.
Malah netizen lain turut teruja dan hairan kerana ada yang berkongsi mereka yang baru level rendah pun dah tak boleh tahan.
Semoga dipermudahkan urusan bersalin ibu ini!
Pain scoring atau tahap toleransi kesakitan setiap individu berlainan
Menurut perkongsian Delegation Of Nurses, setiap kali seorang pesakit yang mengadu ‘sakit’ hadir ke mana-mana unit kesihatan di Malaysia, antara soalan yang ditanya oleh staf kesihatan adalah tahap keterukan kesakitan. Ini merupakan suatu prosedur wajib bagi staf kesihatan.
Soalan yang dilontarkan doktor sebenarnya adalah suatu prosedur yang dipanggil sebagai pain scoring (pemarkahan tahap kesakitan).
Sakit adalah salah satu daripada tanda dan gejala yang paling kerap dialami oleh seseorang pesakit, tidak kira apa jenis penyakit atau diagnosis yang dihidapinya. Sakit juga merupakan tanda-tanda universal sebarang permasalahan kesihatan.
Sakit itu sebenarnya bersifat abstrak dan personal, dan hanya boleh dialami oleh individu itu sendiri, yang mana ia tidak boleh diuji dan diukur tahap keterukannya. Maka antara tindakan yang boleh staf kesihatan lakukan untuk dapatkan data berkenaan sakit tersebut adalah dengan melakukan prosedur pain scoring.
Seorang staf kesihatan bukan hanya sekadar bertanya soalan, akan tetapi pemerhatian dan penilaian respon pesakit juga akan diambil kira dalam data tersebut. Oleh kerana itulah, setiap kali soalan “berapa tahap kesakitan yang dialami” ditanyakan, pesakit perlu menjawab dengan betul.
Pain scoring perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap 4 jam, atau jika perlu, bergantung kepada tahap keterukan pesakit (critically ill, severely ill, ill, weak, awake and obey).
Setiap pesakit mempunyai keperluan pemeriksaan tahap kesakitan yang berbeza-beza, bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri.
Amaran sakit contraction yang ibu hamil wajib ambil tahu
Bila sampai masanya untuk bersalin, apa yang anda akan rasakan adalah sakit contraction. Bagaimana sakit contraction itu? Ia adalah satu rasa kesakitan dengan rasa yang berbeza-beza bagi setiap wanita hamil.
Tetapi secara umumnya sakit contraction ini rasanya seperti senggugut, tapi tahap tinggi lagi.
#1. Keluar tanda-tanda awal
Tanda yang dimaksudkan adalah keluarnya cecair likat atau darah pekat yang mengalir dari lubang faraj. Atau cecair coklat bercampur darah. Jika keluar tanda ini, itu maksudnya dinding rahim anda semakin menipis dan pangkal rahim sudah matang bagi proses kelahiran.
Tanda ini mungkin akan menimbulkan panik, lebih-lebih lagi bila sudah rasa sakit. Jika keluar tanda beserta sakit, ada eloknya anda ke hospital.
#2. Contraction lebih kerap
Ada sesetengah wanita kata, sakit kontraksi ini seperti sakit senggugut yang teruk. Kalau sakit sekejap datang sekejap pergi, tahan dulu. Tapi kalau semakin kerap, terus saja bersiap dan ke hospital.
Disebabkan itu dinasihatkan anda kemas barang hospital siap-siap apabila sudah hampir tarikh due, supaya bila sakit anda boleh terus ke hospital tanpa tergesa-gesa berkemas barang lagi.
#3. Pecah air ketuban
Ada wanita hamil yang bila air ketuban pecah, barulah dia rasa sakit contraction. Jadi pastikan anda pantau sakit anda ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips & Panduan Untuk Bakal Ibu Meneran Dengan Betul Untuk Elak Koyak Besar Semasa Bersalin
Baca juga: 6 benda anda TAK BOLEH dan TAK DIGALAKKAN buat masa meneran
Baca juga: 5 cara mudah bersalin TANPA koyakan – ibu hamil jangan lupa buat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!