Ya Tuhan betapa sakit dan berdenyut kepala ini dirasakan sewaktu seawal kehamilan sampai kadang-kadang ia menganggu ruti seharian ibu. Namun, sakit kepala ketika hamil ini adalah satu keadaan normal yang berlaku pada ibu mengandung.
Malah kalau tidak bernasib baik, mereka akan mengalami mabuk dan pening yang berlanjutan setiap hari.
Tapi kalau nak makan ubat dibimbangi jika ia boleh memberi risiko buruk pada kandungan pula nanti.
Jadi nak tak nak, terpaksalah ibu menahan rasa sakit kepala ketika hamil ini.
Bahkan, Dr. Zubaidi Hj Ahmad turut menasihatkan agar ibu hamil tidak mengambil ubat-ubatan tertentu untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu kerana mungkin ia tidak berbahaya pada ibu namun mungkin boleh
memberi kesan kepada bayi.
Sakit kepala ketika hamil

Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai wanita hamil yang mengalami sakit kepala sewaktu mengandung.
Namun disebabkan banyak pendedaan ilmu dan maklumat, ibu mengandung pada hari ini lebih bijak untuk tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit bagi mengurangkan gejala ini.
Malah ada juga yang sudah berjumpa doktor dan diberikan ubat tapi masih ragu-ragu untuk makan ubat tersebut. Semuanya demi kepentingan bayi dalam kandungan ibu.
Dr Zubaidi berkata ubat tahan sakit ini selamat tapi haruslah dikurangkan pengambilannya terutamanya ketika berbadan dua.
Malah ada cara lain yang ibu-ibu boleh lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Cara menghilangkan rasa sakit kepala semasa mengandung
#1. Menggunakan minyak zaitun
Pertama sekali apa yang ibu boleh lakukan adalah mengurut sendiri pada bahagian yang sakit di kepala itu.
Misalnya di bahagian kening di mana ibu boleh menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa dan essential oil untuk menghilangkan rasa sakit itu.
#2. Mandi dengan air hangat
Sebut pasal mandi ni memang ramai yang suka. Jadi ambil kesempatan itu dengan mandi sekerap yang mungkin sekaligus dapat menenangkan jiwa.
Paling baik adalah berendam seketika dalam tab mandi untuk beberapa minit tapi ingat jangan pula terlalu lama.
#3. Minum air kosong
Kalau boleh sepanjang hamil ibu banyakkan minum air kosong yang secukupnya kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit kepala.
Jika tak cukup air, maka anda akan berhadapan dengan situasi yang lebih buruk.
#4. Elak makanan manis

Rata-rata perempuan mengandung memang suka makanan yang manis-manis, kan? Kononnya baby suka.
Tapi sebenarna mereka yang selalu sakit-sakit kepala ketika hamil perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis.
Kalau boleh lebihkan makanan yang berkhasiat dan jangan lupa untuk minum susu setiap hari.
#5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Selain itu, ibu hamil ini pada awal kehamilan akan sering mengalami mengantuk sampai kadang-kadang selalu terlena sewaktu melakukan urusan harian.
Jadi usah menganggu jika mereka sedang tidur kerana wanita hamil sebaiknya mendapatkan paling kurang 8 jam sehari waktu tidur dan tidurlah lebih awal agar boleh bangun seawal pagi dengan ceria dan semangat baru.
#6. Makan buah-buahan
Kalau rasa nak menguyah sesuatu, ibu boleh makan kudapan ringan seperti buah-buahan.
Jika nak masak makanan lain boleh juga tambah minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan lain-lain.
#7. Dapatkan khidmat berurut

Akhir sekali, cara yang dapat bantu sakit kepala ketika hamil adalah dengan berurut yang boleh dilakukan pada bahagian leher, belakang badan dan bahu.
Anda boleh cari mereka yang berpengalaman dan terlatih dalam perkhidmatan ini.
Inilah antara kaedah yang boleh dilakukan ibu sekiranya mengalami sakit kepala sewaktu mengandung. Jika keadaan berlanjutan sampai tak boleh bangun atau pengsan, anda boleh terus berjumpa doktor untuk melakukan sebarang pemeriksaan yang lebih terperinci.
Ini kerana mungkin ia ada kaitan dengan darah tinggi atau apa saja masalah kesihatan yang sering kali dikaitkan dengan wanita mengandung. Jadi sebaiknya ibu kenal pasti dari awal supaya anda dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comibu-mengandung-pantang-larang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!