Anak Susah Tidur Pada Waktu Malam & Kerap Berjaga, Ini Punca-Puncanya

Kami bercakap kepada pakar untuk mengetahui sebab mengapa bayi tidak dilahirkan untuk tidur sepanjang malam. Jom baca untuk mengetahui lebih lanjut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah perlu memberi lebih perhatian jika bayi tidak tidur lena terutamanya pada waktu malam. Bayi sukar tidur malam pastinya menimbulkan rasa gelisah dan penat buat ibu dan ayah. Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara tidurkan bayi namun bayi masih tidak tidur sepanjang malam, mungkin ada beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan.

Perkara pertama yang ibu dan ayah perlu lakukan adalah mengenal pasti punca susah tidur malam. Adakah kerana bayi perut kembung ataupun bayi lapar? Bagaimana pula jika bayi menangis malam? Adakah ia terlalu kerap dan bingit atau tangis yang perlahan?

Adakah bayi tidak selesa dengan baju newborn yang dipakai atau dia memerlukan krim ruam lampin? Semua ini sering menjadi persoalan buat ibu dan ayah dan kami di sini ada jawapannya.

Ketahui Pola Bayi Tidur & Punca Bayi Sukar Tidur Malam

Antara sebab mengapa bayi tidak tidur lena kerana ketika berusia bawah satu tahun, mereka biasanya tidur untuk tempoh yang pendek.  Pada usia ini mereka kerap bangun untuk menyusu atau bangun tengah malam, jika dibandingkan dengan orang dewasa. Bayi juga biasanya menghabiskan lebih banyak masa tidur mereka dalam mod ‘tidur aktif’ dan bukannya mod ‘tidur senyap’.

 

Semasa dalam tidur aktif, bayi selalunya bernafas dengan pendek, menggerakkan kaki dan tangan mereka atau mengalami refleks moro. Mata mereka terkebil-kebil di bawah kelopak mata. Mereka juga biasanya mudah terjaga dari tidur aktif.

Berbanding dengan orang dewasa, mereka biasanya tidur dengan lebih tenang, berbaring dan nafas dalam-dalam. Setiap bayi adalah unik dan istimewa. Jadi pola tidur bayi juga mungkin sedikit berbeza mengikut individu. Berikut pola tidur bayi mengikut usia mereka:

0-3 bulan

  • Bayi yang baru lahir tidur dan bangun di sepanjang hari sama ada pada siang hari atau malam.
  • Jumlah tidur adalah berbeza mengikut bayi. Sama ada antara 8 hingga 18 jam sehari.
  • Bayi biasanya tidur untuk tempoh yang singkat kerana mereka kerap bangun untuk menyusu dan menukar lampin dengan kerap (bayi baru lahir kerap membuang air besar dan kencing).
  • Bayi yang baru lahir biasanya tidur sangat ringan: mereka menghabiskan separuh masa tidur mereka dalam tidur aktif.
  • Bayi yang baru lahir juga tidak belajar lagi untuk tidur apabila keadaan gelap. Bayi mula mempelajari irama siang dan malam ini apabila mereka berumur sekitar 6 minggu. Ibu dan ayah boleh membantu mengajar bayi untuk tidur lebih lama pada malam hari dengan mendedahkan bayi kepada cahaya dan banyak bermain semasa siang hari dan menyediakan persekitaran yang redup, gelap dan tenang pada waktu malam.

3-6 bulan

  • Pada usia ini, bayi anda mungkin sudah mempunyai rutin tidur siang sebanyak 3 kali sehari pada waktu siang dan tidur kira-kira 2 jam pada setiap sesi. Kebanyakkan bayi akan tidur di antara 14 hingga 15 jam sehari secara keseluruhannya. Bagi sesetengah bayi, mereka akan tidur sehingga 8 jam pada waktu malam.
  • Jumlah tidur aktif bayi juga mula berkurangan dan bayi mula memasuki fasa tidur yang tenang pada permulaan kitaran tidur mereka. Bayi juga cenderung untuk bangun sekurang-sekurangnya sekali pada waktu malam.

6-12 bulan

  • Memasuki usia 6 bulan, corak tidur bayi akan menjadi seperti pola tidur orang dewasa. Purata bayi tidur sepanjang hari adalah kira-kira 13 jam sehari. Bayi juga cenderung untuk tidur lebih lama pada waktu malam iaitu kira-kira sekitar 11 jam.
  • Bayi akan mula mengurangkan rutin tidur mereka pada siang hari kepada 2 kali sehari pada waktu siang. Mereka akan tidur sekitar 1 hingga 2 jam pada setiap sesi.
  • Secara amnya, bayi akan mula kurang bangun pada waktu malam kerana mereka tidak lagi perlu untuk menyusu dengan kerap. Bagi kebanyakkan bayi, mereka bangun sekali sahaja pada waktu malam dan akan kembali tidur semula. Tetapi ada juga bayi yang masih kerap terjaga pada usia ini.
  • Pada usia ini, bayi biasanya akan mula risau sekiranya berjauhan dengan ibu ayah atau penjaga. Ini mungkin akan menyebabkan bayi mengambil lebih lama masa untuk tidur dan boleh meningkatkan bangun malam buat sementara waktu. Rutin bermain pada siang hari dan rutin tidur yang tetap pada malam hari mungkin dapat membantu bayi anda untuk mudah tidur dan kekal tidur di sepanjang malam.

12 bulan dan ke atas

  • Mula dari usia 12 bulan, bayi biasanya sudah mula tidur dengan lebih nyenyak. Bayi juga akan mula tidur dengan lebih lama, kurang terjaga, tidur siang sekali atau dua kali pada siang hari dan akan tidur lebih lama pada waktu malam.
  • Memasuki usia 12 bulan ke atas, bayi biasanya tidur 8 hingga 12 jam sepanjang malam dan hanya bangun sekali atau dua kali sahaja sepanjang malam.

Mengapa Bayi Sukar Tidur Malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa sebab mengapa bayi tidak tidur lena pada waktu malam, antaranya ialah :

1. Keletihan

Bayi yang terlalu letih mungkin akan sukar tidur pada waktu malam. Mereka mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk memudahkan tidur seperti ibu dan ayah bolehlah mendodoikan bayi atau ibu bolehlah menyusukan bayi sampai ia tertidur.

Untuk mengelakkan bayi menjadi terlalu letih, kekalkan rutin tidur bayi pada siang hari walaupun ketika anda bersama bayi pergi bercuti atau menyertai sebarang aktiviti.

2. Bayi tidak sihat

Sekiranya bayi susah tidur malam, cuba periksa sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda mereka sedang tidak sihat seperti demam, selsema, batuk, jangkitan pada telinga, sedang tumbuh gigi dan sebagainya.

Apabila bayi tidak sihat, ini akan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan sakit seterusnya menyebabkan bayi sukar tidur malam dan bayi tidur tak lena. Contohnya apabila bayi sedang selsema, ia akan menyebabkan bayi tidak selesa dan sukar bernafas. Ini akan menyebabkan bayi kerap bangun tengah malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ketidakselesaan

Ketidakselesaan juga boleh menjadi salah satu punca kenapa bayi susah tidur malam. Lampin yang basah, suhu bilik yang panas atau sejuk, lampu bilik yang terlalu terang atau gelap dan bunyi-bunyian yang membingitkan juga boleh menyebabkan bayi sukar tidur malam.

Selain itu walaupun sekecil-kecil perkara seperti tag pakaian yang menyebabkan bayi merasa gatal, pakaian yang tidak selesa atau lampin dipakaikan terlalu ketat atau longgar juga boleh menyebabkan bayi tidur tak lena.

4. Bayi lapar

Sebelum ibu dan ayah menidurkan bayi, pastikan perut bayi benar-benar kenyang untuk membantu mereka untuk mudah tidur. Bayi lazimnya akan bangun pada tengah malam untuk menyusu, terutamanya bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Walaupun selepas bayi tidur sepanjang malam, bayi kadang-kadang mungkin akan lapar dan bangun untuk menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang lapar akan menunjukkan isyarat seperti mencebik bibir, menjelirkan lidah dan menghisap tangan, bayi mungkin hanya mahu menghisap atau bayi mungkin akan merengek dan menangis.

5. Bayi masih tidak pandai bezakan siang dan malam

Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin masih tidak pandai membezakan ritma siang dan malam. Bayi anda sepatutnya tahu perbezaan antara waktu siang dan malam. Ibu dan ayah boleh mengajarkan bayi membezakan ritma siang dan malam dengan cara menetap rutin bermain dan tidur bayi.

Pastikan bayi banyak bermain pada siang hari. Dedahkan mereka kepada cahaya matahari. Ajak bayi bermain atau bersiar-siar di taman.

Apabila mahu mengajak bayi tidur, mandikan atau lap bayi, tukarkan lampin, pakaikan mereka dengan pakaian yang selesa, bacakan bayi buku cerita dan pasang bunyi-bunyian yang menenangkan. Malapkan atau tutup lampu bilik tidur dan sebaiknya tetapkan masa tidur bayi yang sama pada setiap malam. Ini akan memberi isyarat kepada otaknya bahawa “sudah tiba masanya untuk tidur”.

Cara Mengatasi Bayi Sukar Tidur Malam

Menidurkan bayi merupakan satu cabaran buat ibu dan ayah. Bayi yang baru lahir mungkin akan kerap bangun pada tengah malam kerana perut mereka yang kecil menyebabkan kerap bangun malam untuk menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seiring dengan peningkatan usia, kekerapan bayi bangun tengah malam akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan ibu dan ayah mengantuk dan keletihan kerana perlu bangun untuk menenangkan dan menidurkan bayi semula pada malam hari.

Berikut merupakan tips yang boleh dicuba untuk membantu bayi mudah tidur sekiranya bayi sukar tidur malam.

1. Tetapkan rutin tidur bayi

Rutin tidur yang konsisten pada setiap malam mungkin dapat membantu bayi tidur dengan mudah. Kajian menunjukkan bayi yang mempunyai rutin waktu tidur yang konsisten cenderung untuk tidur dengan lebih cepat, tidur lebih lama, dan kurang kerap bangun sepanjang malam.

Antara rutin yang boleh dilakukan untuk memudahkan bayi tidur adalah seperti berikut :

  • Memandikan atau mengelap bayi
  • Menukar lampin dan memakaikan bayi dengan pakaian yang selesa dan sesuai
  • Mengurut bayi dengan lembut.
  • Menyanyi atau memasang bunyian yang menenangkan
  • Membacakan buku cerita
  • Menyusukan bayi
  • Tetapkan suhu yang sesuai pada bilik tidur
  • Malapkan lampu bilik tidur

2. Jadual waktu tidur konsisten

Pada awal kelahiran, jadual tidur bayi biasanya dipengaruhi oleh waktu menyusu mereka. Tetapi sekitar usia 4 bulan, mengekalkan jadual tidur yang konsisten dengan waktu tidur yang tetap pada setiap malam, boleh membantu bayi mendapat tidur yang mencukupi.

3. Lakukan aktiviti di siang hari

Cahaya yang terang dan bunyi-bunyian yang kuat pada siang hari dapat membantu bayi untuk membezakan antara siang dan malam. Ajar bayi banyak bermain dan lakukan aktiviti bersama bayi di siang hari dan kurangkan aktiviti pada waktu malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara aktiviti siang hari yang penting ialah bayi meniarap, di mana bayi berbaring di perut mereka. Aktiviti ini membantu bayi menguatkan otot di leher dan bahu mereka. Selain itu aktiviti ini seharusnya dilakukan ketika bayi sedang berjaga.

4. Pastikan bayi sihat dan selesa

Bayi yang tidak sihat atau selesa mungkin susah untuk ditidurkan. Sebelum tidurkan bayi pastikan perut mereka kenyang, tidak kembung dan selesa. Ibu bolehlah menyusukan bayi untuk memastikan mereka benar-benar kenyang.

Selain itu mengurut perut bayi dengan minyak panas dapat mengelakkan bayi daripada kembung perut atau kolik. Ibu juga boleh periksa suhu atau hidung dan telinga untuk memastikan bayi tidak demam, selsema atau jangkitan pada telinga bayi. Sekiranya bayi tidak sihat, segera dapatkan rawatan.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!

Baca juga:  24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

Baca juga: Anak Menangis Setiap Kali Diletakkan Di Katil Bayi? Usah Gusar, Ini Cara Untuk Bantu Ibu-Ibu Sekalian

Penulis

Michelle Goh