8 Sifat Pelik Anak Nombor Tiga Yang Mungkin Anda Tak Sedar!

lead image

Tak seperti adik beradiknya yang lain, sifat anak ketiga ini lebih pelik. Jom baca apa sifat-sifat anak ketiga yang pelik ini.

Sebelum ini, kami di theAsianparent Malaysia telah membincangkan tentang sifat anak kedua yang tak ada pada adik beradik lain. Tapi, tahukah anda yang sifat anak ketiga paling pelik sekali?

Haa… Kalau tak percaya, jom baca 8 sifat anak ketiga yang aneh ini. Pasti anda tercengang!

8 sifat anak ketiga yang pelik dari adik beradik lain

1. Paling berbeza

Sifat anak ketiga yang pertama adalah, anak ketiga adalah anak yang paling berbeza.

Biasanya, anak ketiga akan menunjukkan perangai yang berbeza dengan adik beradiknya dan dia selalu membuat perkara-perkara yang luar biasa dan unik.

2. Sensitif dan senang menangis

src=https://heavyeditorial.files.wordpress.com/2018/06/l7nqtmoe.jpeg?quality=65&strip=all 8 Sifat Pelik Anak Nombor Tiga Yang Mungkin Anda Tak Sedar!

Anak ketiga lebih peka dengan persekitaran mereka dan diri mereka sendiri. Sebab ini, bila dia ada masalah, dia lebih mudah untuk menangis.

Jangan terpedaya kalau tengok anak ketiga ini sering ketawa, dalam hatinya Tuhan saja yang tahu!

3. Garang pada luaran, tapi suka ambil berat

Anak ketiga kalau kita tengok memang jarang nak senyum. Kalau sekali pandang, kita akan fikir yang mereka ini garang.

Tapi sebenarnya mereka sangat ambil berat tentang seseorang cuma malu je nak tunjuk depan-depan.

4. Keras kepala

Anak ketiga memang terkenal dengan sifat keras kepala mereka. Kalau mereka nak akan sesuatu, mereka tak akan mengalah dan akan tunjukkan pada orang yang dia tetap akan mendapatkannya.

5. Tak kisah dengan pendapat orang lain

Anak ketiga selalunya akan buat apa yang mereka suka. Jadi, bila ada orang lain yang cuba “sibuk” dengan hal yang dia lakukan, dia akan buat tak kisah dan teruskan kehidupannya.

6. Manja

src=https://www.happyfamilies.com.au/wp content/uploads/2015/04/The Kids Are Out of Control 800x530.jpg 8 Sifat Pelik Anak Nombor Tiga Yang Mungkin Anda Tak Sedar!

Anak ketiga kebanyakannya sangat manja. Mana taknya, mereka sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka dan keinginan mereka selalu dituruti.

7. Suka mengacau orang

Sifat anak ketiga yang paling orang lain tak tahan sekali adalah mereka suka mengacau adik beradiknya dan ahli keluarganya.

Orang yang selalu menjadi mangsa adalah kakak atau abangnya! Betul tak?

8. Tak suka dibandingkan

Sifat anak ketiga ini sangat unik, jadi bila ada orang lain yang cuba membanding-bandingkannya dengan orang lain, mereka memang tak suka!

9. Simpan marah

Kalau ada orang yang buatkan mereka marah, mereka biasanya akan lebih memilih untuk berdiam diri dan simpan dalam hati. Jadi, susah untuk kita tengok anak ketiga ini marah orang tak tentu pasal.

Siapa anak ketiga atau ibu yang ada anak ketiga ini setuju tak dengan sifat anak ketiga ini? Atau ada lagi nak tambah? Jom komen di bawah!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: cara.pro

Baca juga:

5 perbezaan lucu perangai ibu bapa melayan anak pertama dan anak ke-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!