TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

4 Tanda Ibu Lepas Bersalin Dalam BAHAYA & Perlukan Bantuan!

4 min bacaan
4 Tanda Ibu Lepas Bersalin Dalam BAHAYA & Perlukan Bantuan!

Ibu lepas bersalin adalah individu yang sangat berisiko. Ini antara bahaya yang boleh memudaratkan jika lambat dirawat atau tidak diambil perhatian.

Ibu lepas bersalin antara individu berisiko yang perlu diberi perhatian rapi. Apakah tanda ibu itu dalam bahaya dan dia sebenarnya perlukan bantuan?

Dalam musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, berlaku pertambahan kelahiran bayi di negara ini sekaligus menambah kapasiti ibu bersalin.

Dalam keadaan PKP ini juga, urusan berpantang ibu lepas bersalin menjadi agak rumit. Ada yang sudah biasa berpantang di kampung terpaksa berpantang sendiri.

Bahaya yang dialami ibu bersalin ini perlu segera bantuan

Apabila berpantang sendiri terutama bagi ibu bapa baharu, ia menjadi fasa yang amat mencabar kerana masing-masing belum ada pengalaman mengendalikan bayi dan ibu berpantang.

Bagi yang berkemampuan, tiada masalah kerana mereka boleh mengunakan khidmat confinement lady yang mana mereka perlu menggunakan pakej dan confinement lady  ini akan menyediakan segala keperluan ibu hamil mengikut tempoh pakej yang mereka ambil.

Ada yang ambil sehingga 44 hari, ada juga yang hanya ambil untuk tempoh tujuh hari saja bergantung kepada keperluan dan juga bajet yang ada.

Jadi, keadaan bagaimanakah yang perlu diambil perhatian jika ia membabitkan ibu selepas bersalin? Kadang kala orang di sekeliling mahu membantu, tetapi mereka ini tidak tahu. Mungkin tiada pengalaman mengendalikan ibu bersalin.

#1. Ibu hamil mengadu pedih/panas bila buang air kecil

Bahaya

Kredit: theasianparent-sg

Endometritis atau pembengkakan pada dinding rahim. Punca keadaan ini biasanya disebabkan oleh bakteria normal faraj atau bakteria enterik (enteric bacteria).

Rawatan dengan antibiotik intravena perlu berlangsung 48 jam selepas kehilangan hyperthermia dan gejala lain yang dihadapi seorang ibu yang menghadapi keadaan Endometritis.

Tetapi harus diingat bahawa ibu yang sedang menyusu bayi mungkin membawa kesan antibiotik yang diambil. Semuanya bergantung kepada sifat antibiotik tersebut.

Jangkitan saluran kencing atau disebut Urinary tract infection (UTI) adalah sifat keradangan bakteria yang terjadi pada bahagian pundi kencing atau salurannya.

Patogen yang sering dikaitkan sebagai punca penyebab masalah ini adalah E coli. Semasa hamil, UTI boleh berlaku berpunca daripada kumpulan B Streptococcus.

Ibu hamil akan rasa pedih atau panas bila buang air kecil. Tanda-tanda ini perlu diambil perhatian dan bawa ibu hamil jumpa doktor.

#2. Mengadu payudara bengkak/bernanah

Bahaya

firstcryparenting

Payudara bengkak memang perkara bagi ibu lepas bersalin kerana penghasilan susu selepas melahirkan bayi. Tetapi dalam tempoh ini apa yang lebih teruk berlaku adalah mastitis.

Dalam tempoh nifas, masalah mastitis juga boleh berlaku. Ia didefinisikan sebagai keradangan kelenjar susu. Simptom yang boleh dialami ibu adalah demam, tubuh menggigil dan bengkak pada payudara.

Ia disebabkan oleh susu terkumpul dalam payudara kerana ia dihasilkan lebih cepat dan tidak dikeluarkan dengan segera. Ibu-ibu perlu menyusukan bayi dengan betul, mengepam susu dengan kerap dan melakukan urutan untuk melegakan keadaan tersebut.

Jika dibiarkan, puting ibu boleh jadi bernanah dan akan menyebabkan kesakitan yang lebih teruk kepada ibu. 

#3. Nanah pada jahitan episiotomi/pembedahan

Jangkitan luka selepas bersalin merangkumi jangkitan pada perineum yang berkembang di tempat episiotomi serta jangkitan pada luka di perut selepas pembedahan C-Sec.

Keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan penjagaan luka yang tidak sempurna selepas tempoh bersalin atau luka lambat sembuh disebabkan faktor diabetes atau berat badan berlebihan.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan menjaga kebersihan dan keadaan persekitaran. Penting untuk ibu pastikan luka pembedahan tidak dibiarkan lembab.

Bagi ibu yang berlebihan berat badan, disarankan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan cuba pastikan kadar gula dalam tubuh berada dalam keadaan stabil.

#4. Gangguan psikiatri

bahaya
Stories Rakan Kongsi
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

kredit: medicalnewstoday

Gangguan psikiatri mungkin timbul dalam tempoh nifas adalah kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan postpartum boleh disebabkan beberapa faktor termasuklah penurunan hormon tertentu secara mendadak selepas kelahiran dan tekanan tinggi semasa bersalin.

Jika ada tanda-tanda ibu lepas bersalin tiba-tiba tidak suka pada bayi, marah-marah, sedih tiba-tiba ada baiknya berikan segera perhatian pada mereka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: 25 Set Makanan Berpantang Yang Ibu Boleh Cuba Sendiri di Rumah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Uncategorized
  • /
  • 4 Tanda Ibu Lepas Bersalin Dalam BAHAYA & Perlukan Bantuan!
Kongsikan:
  • Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

    Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

  • 6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
    Stories Rakan Kongsi

    6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

    Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

  • 6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
    Stories Rakan Kongsi

    6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham