Tanda menopause atau putus haid wanita kebiasaannya terjadi ketika usia antara 45 hingga 55 tahun. Ia menandakan bahawa berakhirnya kitaran menstruasi haid yang semula jadi dan ovari wanita berhenti menghasilkan hormon progesteron serta estrogen.
Menopause sememangnya berlaku kepada semua wanita dewasa. Namun setiap orang mengalaminya dengan cara yang berbeza.
Isi Kandungan
Maksud menopause dan tanda menopause
Maksud menopaus adalah proses biologi semula jadi yang menandakan berakhirnya tahun pembiakan wanita. Ia ditakrifkan sebagai putus haid secara kekal dan biasanya berlaku akibat proses penuaan.
Maksud menopaus juga menandakan berakhirnya keupayaan wanita untuk hamil dan melahirkan anak secara semula jadi.
Ia adalah peristiwa penting dalam kehidupan wanita, dan pengalaman menopause boleh berbeza-beza bagi setiap orang.
Sesetengah wanita mengalaminya dengan sedikit simptom menopause, manakala yang lain mungkin mengalami perubahan yang lebih ketara.
Umur menopause wanita
Menopaus adalah peringkat normal dalam kehidupan wanita, dan usia menopause normal berlaku di antara umur 45 dan 55, dengan purata umur bermula sekitar 51 tahun.
Walau bagaimanapun, jika seseorang mengalami menopaus sebelum umur 40 tahun, ini dirujuk sebagai “menopaus pramatang” atau “menopause awal.”
Sebaliknya jika umur menopause wanita berlaku selepas umur 55 tahun, ia dipanggil “menopaus tertunda.”
Tanda perimenopause
Tanda tanda menopause awal juga dikenali sebagai perimenopause, berlaku apabila ovari wanita berhenti berfungsi dan mengalami permulaan menopause sebelum umur 40 tahun.
Tanda tanda menopause awal adalah serupa dengan menopause biasa, walaupun ia mungkin muncul pada usia yang lebih muda.
Tanda monopos ini boleh berbeza bagi setiap wanita. Berikut simptom menopause awal:
- Kitaran Haid Tidak Teratur: Tanda menopause awal yang paling biasa adalah mengalami haid yang tidak teratur atau terlepas. Kitaran haid tidak dapat diramal, dan haid mungkin menjadi lebih ringan atau lebih berat.
- Sensasi Panas: Sensasi panas yang tiba-tiba boleh menyebabkan berpeluh dan tidak selesa. Ia mungkin kerap berlaku dan mengganggu aktiviti harian.
- Perubahan Faraj: Menopause awal sering membawa kepada kekeringan faraj, yang boleh mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual. Tisu faraj mungkin menjadi lebih nipis dan lebih terdedah kepada kerengsaan.
- Perubahan Mood: Perubahan hormon boleh membawa kepada perubahan mood, peningkatan kerengsaan, kebimbangan dan juga kemurungan.
- Gangguan Tidur: Ramai wanita yang mengalami tanda monopos awal berdepan kesukaran untuk tidur.
- Perubahan Kognitif: Sesetengah wanita mungkin mengalami penurunan kemampuan ingatan dan tumpuan. Perubahan kognitif ini dikaitkan dengan turun naik hormon.
- Perubahan dalam Libido: Ramai wanita mengalami penurunan keinginan terhadap seks, selalunya disebabkan oleh perubahan hormon dan ketidakselesaan faraj.
Punca wanita menopause awal
Berikut beberapa punca wanita menopause awal sebelum usia 40 tahun:
- Genetik: Sejarah keluarga menopause awal boleh meningkatkan risiko.
- Penyakit Autoimun: Keadaan seperti rheumatoid arthritis, lupus, dan gangguan tiroid boleh menyebabkan kegagalan ovari pramatang.
- Rawatan Perubatan: Campur tangan perubatan tertentu, seperti kemoterapi atau terapi radiasi, boleh merosakkan tisu ovari, menyebabkan menopause awal.
- Histerektomi: Pembuangan rahim, kadangkala dengan pembuangan ovari, mengakibatkan menopaus sebelum usia 40 tahun.
- Keabnormalan Kromosom: Keadaan genetik seperti sindrom Turner boleh menyebabkan kegagalan ovari pramatang.
- Faktor Persekitaran: Merokok, pendedahan kepada toksin, dan ubat-ubatan tertentu boleh mempengaruhi permulaan menopaus awal.
Pengalaman menopos awal ketika usia muda
Jika sebelum ini kita sering terdengar bahawa gejala menopause sering terjadi pada wanita lebih berusia. Namun berbeza bagi gadis ini yang diibaratkan satu dalam sejuta apabia disahkan mengalami menopause sewaktu usia 19 tahun.
Gadis berkenaan, Corrine Bass berkongsikan kisah yang dilaluinya dalam Hastag Our Stories. Dia berdepan masalah kesihatan dan menghidap Anemia Aplastik melibatkan kegagalan fungsi utama sumsum tulang.
Menurut Corrine, tubuh badan seorang manusia yang normal boleh menghasilkan kira-kira 150,000 sehingga 400,000 platelet. Akan tetapi dirinya cuma memiliki sekitar 6,000 sahaja.
”Ketika usia 16 tahun, saya menyedari kedua-dua kaki dipenuhi dengan bintik-bintik merah. Ia sungguh menakutkan. Kemudian saya membuat temu janji dengan doktor. Beliau mengatakan platelet saya hanyalah 6,000. Ia adalah sangat sedikit berbanding manusia normal yang lain.” katanya.
Platelet adalah garisan sel yang dihasilkan oleh badan di bahagian sumsum tulang. Ia berfungsi untuk membekukan darah. Jika anda terjatuh, platelet akan membantu proses pembekuan darah dengan cepat. Selain itu ia juga dapat menyembuhkan luka pada mana-mana bahagian anggota badan.
”Saya mengalami kekurangan platelet. Disebabkan itu di bawah kulit saya kelihatan seperti berdarah. Doktor telah melakukan biopsi tulang sumsum dan mendapati selurariti sumsum tulang saya hanyalah lima peratus.”
”Ia bermakna tubuh saya tidak menghasilkan sel darah merah, sel darah putih atau platelet yang baharu.” jelasnya.
Tidak sangka alami menopause lebih awal
Disebabkan masalah ini juga petugas kesihatan telah mengesahkan Corrine menghidap anemia aplastik.
”Perkara yang paling saya tidak jangkakan berlaku adalah tanda menopause. Ketika usia 19 tahun, platelet saya adalah sangat rendah. Doktor benar-benar terpaksa menghentikan segera sebarang pendarahan yang berlaku.”
”Selain itu saya juga merasai kepanasan melampau sehingga terpaksa bangun setiap malam. Badan banyak keluarkan peluh sehingga saya menukar katil hospital dan keseluruhan pakaian untuk beberapa kali dalam satu malam.” katanya.
Pemindahan sumsum tulang Corrine dijadualkan pada 2 Februari 2017. Dua minggu sebelum itu dia telah menjalani kemoterapi.
Dengan pemindahan sumsum tulang ini, pesakit pada asasnya membina sistem imunisasi baharu daripada penderma yang sesuai.
Turut mengalami masalah yang sama, Jacalyn Kelly juga berkongsikan beberapa siri rawatan yang terpaksa dilaluinya sebelum membuat pemindahan sumsum tulang.
Disebabkan prosedur berkenaan boleh menjejaskan tahap kesuburan, dia telah membuat keputusan melakukan rawatan egg extraction terlebih dahulu sebagai persediaan awal.
Setelah pemindahan dibuat, mereka kembali pulih seperti biasa dan ia seakan-akan diberikan peluang kedua bagi meneruskan hidup. Perkara penting yang difokuskan adalah bagaimana kedua-dua wanita ini tabah dan kekal positif ketika melalui fasa kesukaran tersebut.
Berapa lama perimenopause berlaku?
Perimenopause biasanya berlangsung kira-kira 4 tahun secara purata. Akan tetapi pengalaman setiap orang adalah berbeza!
Sesetengah wanita melaluinya lebih cepat daripada yang lain; ada yang berumur 40-an sudah mengalami tanda tanda menopause; yang lain mungkin tidak mengalami sebarang tanda sehingga mereka berumur 50-an atau 60-an.
Cara berdepan dengan tanda monopos awal
Berdepan dengan gejala perimenopause boleh menjadi sukar, tetapi ada cara untuk menjadikannya lebih mudah.
Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda menguruskan tanda menopause awal:
- Bertenang: Sensasi panas dan sukar tidur malam adalah simptom biasa perimenopause. Cuba pastikan persekitaran anda sejuk dengan menghidupkan penghawa dingin atau menggunakan kipas.
- Kekal aktif: Senaman yang kerap boleh membantu anda berasa lebih baik dari segi fizikal dan emosi semasa perimenopause. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman setiap hari dalam seminggu.
- Pemakanan sihat: Makan diet yang sihat dengan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh boleh membantu anda berasa lebih baik. Ia juga penting untuk mengehadkan pengambilan alkohol, kafein dan makanan pedas yang boleh mencetuskan hot flashes.
- Dapatkan tidur yang mencukupi: Berjaga malam dan insomnia boleh menyukarkan anda mendapat tidur yang berkualiti. Cuba buat rutin tidur biasa dan cipta persekitaran yang santai di bilik tidur anda.
- Berjumpa doktor: Jika gejala anda teruk, berbincang dengan doktor tentang pilihan rawatan. Terapi hormon, ubat-ubatan atau rawatan lain mungkin dapat membantu anda menguruskan gejala.
Bolehkah anda hamil semasa perimenopause?
Ya, adalah mungkin untuk hamil semasa perimenopause, walaupun peluang untuk hamil semakin kurang apabila menghampiri usia menopause.
Semasa perimenopause, ovari menghasilkan kurang estrogen, dan kitaran haid anda mungkin menjadi tidak teratur, menjadikannya lebih sukar untuk meramalkan ovulasi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mempunyai haid yang teratur.
Katakan anda ingin mengelakkan kehamilan semasa perimenopause. Justeru adalah penting untuk menggunakan kontraseptif sehingga anda mengalami sekurang-kurangnya 12 bulan berturut-turut tanpa haid, yang menunjukkan bahawa anda telah mencapai menopaus.
Beberapa jenis perancang keluarga boleh didapati, termasuk kaedah hormon, kaedah penghalang, dan peranti intrauterin (IUD). Berbincang dengan doktor tentang pilihan perancang keluarga yang terbaik untuk anda.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun kemungkinan untuk hamil semasa perimenopause berkurangan, risiko komplikasi kehamilan seperti keguguran akan meningkat seiriing dengan usia.
Ciri-ciri haid menjelang menopause
Haid menjelang menopause, juga dikenali sebagai peri-menopause, adalah tempoh peralihan antara kitaran haid biasa dan menopause sebenar.
Dalam tempoh ini, hormon pembiakan seperti estrogen dan progesteron, mula turun naik dengan ketara hingga menyebabkan beberapa gejala dan ciri.
Berikut ciri-ciri haid menjelang menopause yang perlu anda perhatikan:
- Tempoh Haid Tidak Teratur: Kitaran haid menjadi tidak teratur, dengan perbezaan dalam panjang kitaran dan jumlah pendarahan. Anda mungkin mengalami haid yang lebih pendek atau lebih lama daripada biasa.
- Pendarahan Lebih Berat atau Lebih Ringan: Sesetengah wanita mengalami pendarahan haid yang lebih berat daripada biasa, manakala yang lain mengalami pendarahan yang lebih ringan.
- Pendarahan Antara Kitaran: Kadangkala, pendarahan mungkin berlaku di luar tempoh haid biasa.
Hubungan intim suami istri setelah menopause
Hubungan intim suami istri setelah menopause boleh diteruskan. Namun adalah penting untuk anda mengetahui beberapa perubahan fizikal yang terjadi pada tubuh wanita dalam tempoh ini.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Perubahan Fizikal
- Kekurangan Pelincir Faraj: Salah satu perubahan yang berlaku ialah kekurangan pelincir semula jadi dalam faraj. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan semasa hubungan seksual. Menggunakan pelincir tiruan atau krim estrogen yang ditetapkan oleh doktor boleh membantu mengatasi masalah ini.
- Perubahan Keanjalan Faraj: Faraj juga boleh mengalami perubahan dalam keanjalannya. Senaman kegel dan pelbagai jenis terapi fizikal boleh membantu mengekalkan kekuatan otot pelvis dan keanjalan faraj.
2. Perasaan Emosi
- Komunikasi Terbuka: Adalah penting untuk mengekalkan komunikasi terbuka dengan pasangan anda. Bincangkan perasaan dan keperluan anda dan cari penyelesaian bersama-sama untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.
- Keintiman Bukan Seksual: Ingat bahawa keintiman dalam perhubungan tidak terhad kepada hubungan seksual. Kebanyakan pasangan mendapati bahawa keintiman emosi dan keintiman bukan seksual seperti berpelukan, bercium, dan bersama mampu memberikan kebahagiaan.
3. Kesihatan Am:
- Kepentingan Kesihatan Umum: Untuk mengekalkan hubungan suami istri setelah menopause yang berkualiti, kesihatan tubuh badan adalah kunci. Ini melibatkan aspek-aspek seperti mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam, makan makanan seimbang, dan tidur yang cukup.
Cara melambatkan menopause
Menopaus adalah kesan semula jadi ovari berhenti menghasilkan telur dan penurunan tahap hormon, termasuk estrogen.
Walaupun anda tidak boleh menangguhkan tanda monopos, terdapat campur tangan perubatan tertentu yang boleh melambatkan menopause buat sementara waktu:
- Terapi Penggantian Hormon (HRT): Terapi penggantian hormon melibatkan pengambilan ubat yang mengandungi estrogen atau gabungan estrogen dan progestin (pada wanita yang masih mempunyai rahim) untuk menggantikan hormon yang badan tidak lagi menghasilkan. HRT boleh membantu mengurangkan banyak tanda monopos seperti hot flashes, kekeringan faraj, dan perubahan mood. Walau bagaimanapun, HRT mempunyai potensi risiko dan kesan sampingan, jadi ia harus digunakan di bawah bimbingan doktor.
- Pil Perancang Kelahiran: Sesetengah wanita mungkin menggunakan pil perancang untuk mengawal kitaran haid mereka dan mengawal tanda monopos.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pengambilan ubatan ini tidak direka untuk melambatkan permulaan tanda monopos yang sebenar tetapi untuk menguruskan gejala yang berkaitan dengannya.
Masa menopaus ditentukan oleh faktor genetik dan sebahagian besarnya di luar kawalan individu.
Vitamin untuk wanita menopause
Wanita yang mengalami monopos mungkin memerlukan pengambilan nutrisi khas untuk menyokong kesihatan tulang, kardiovaskular dan kesejahteraan umum.
Berikut adalah beberapa vitamin untuk wanita menopause:
- Kalsium: Penting untuk mengekalkan tulang yang sihat. Selepas menopause, penurunan tahap estrogen boleh mengakibatkan ketumpatan tulang berkurangan, menjadikan pengambilan kalsium yang mencukupi lebih penting. Anda boleh mendapatkan kalsium melalui makanan seperti susu rendah lemak, yogurt, keju, dan sayur-sayuran berdaun hijau.
- Vitamin D: Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium dalam badan. Pendedahan matahari adalah satu cara semula jadi untuk mendapatkan vitamin D, tetapi dalam beberapa kes, suplemen vitamin D mungkin diperlukan.
- Vitamin K: Vitamin K juga penting untuk kesihatan tulang. Ia membantu dalam pembentukan dan pembaikan tisu tulang. Makanan yang mengandungi vitamin K termasuk brokoli, bayam, dan kubis.
- Vitamin B6: Vitamin B6 boleh membantu mengawal perubahan mood dan gejala mood yang sering berlaku semasa tanda tanda menopause.
- Vitamin E: Vitamin E mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu melegakan demam panas dan tanda monopos lain pada sesetengah wanita.
- Magnesium: Magnesium boleh membantu mengurangkan gejala menopaus seperti kebimbangan dan insomnia. Ia juga penting untuk kesihatan tulang.
Kesimpulannya, menopause adalah fasa semula jadi dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan wanita, menandakan berakhirnya tahun reproduktif.
Ia adalah masa perubahan fizikal dan hormon ketara yang boleh membawa kepada pelbagai gejala dan cabaran. Walaupun menopaus tidak boleh dihalang atau ditangguhkan, wanita boleh mengambil langkah proaktif untuk menguruskan peralihan hidup ini dengan lebih berkesan.
Memahami gejala, mendapatkan sokongan, dan mengekalkan gaya hidup sihat adalah faktor utama dalam berdepan perubahan ini dengan baik. Adalah penting untuk diingati bahawa menopaus memberi kesan berbeza pada setiap wanita.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kitaran Haid Wanita: Tempoh Haid Normal, Fasa Haid & Cara Kira Kitaran Haid
Baca juga: Bolehkah wanita menopause ada susu badan dan menyusu semula?
Baca juga: Pads, Tampon & Menstrual Cup: Produk Haid Mana Yang Terbaik Ketika Datang Bulan?