X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

7 min bacaan
Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

Perut mengeras akibat kontraksi berlaku kerap iaitu antara 5-10minit, manakala kontraksi palsu (Braxton Hicks) tidak kerap dan akan hilang

Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, perut ibu mengandung kini semakin membesar dan anda sudah dapat merasai pergerakan janin dengan lebih kerap. Namun adakah ia normal jika perut mengeras apabila memasuki trimester ketiga?

Sebagai ibu baru, anda pasti berdebar menantikan kelahiran cahaya mata ini dan tertanya-tanya perut mengeras ketika hamil ini petanda bakal bersalin atau sebaliknya? 

Perut mengeras semasa hamil membuatkan ramai ibu risau

perut mengeras ketika mengandung

Apabila perut mengeras dengan kerap, ibu juga mungkin mempertimbangkan untuk ke hospital. Namun ada juga yang kekal bertenang memandangkan due date masih lambat lagi.

Dalam situasi ini, pastinya timbul beberapa persoalan seperti:

  • Perlu tak panggil si suami untuk bawa ke hospital?
  • Ok tak bayi saya, kalau awal-awal sudah menunjukkan tanda nak bersalin perut mengeras macam mana?

Kebimbangan paling besar untuk kebanyakkan ibu baru ialah “apa akan terjadi kalau saya terlambat ke hospital?” Mungkin mereka banyak membaca kisah ibu-ibu yang tiba-tiba melahirkan anak di tepi jalan, di dalam laut dan di dalam kereta.

Tapi, kita tidak boleh menyalahkan ibu baru yang kurang berpengalaman untuk mengenali kontraksi sebenar. Akibat ini, ramai wanita panik dan masuk hospital terlalu awal sebelum tiba masa bersalin sebenar.

Tanda nak bersalin perut mengeras dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah 2 jenis kontraksi yang berbeza. Mari kita baca beberapa cara untuk membezakan antara kedua-dua jenis kontraksi ini.

Perbezaan perut mengeras akibat kontraksi palsu dengan tanda bersalin sebenar

Kontraksi palsu atau Braxton Hicks boleh berlaku seawal trimester kedua. Sekali sekala bahagian depan perut si ibu akan mengeras beberapa kali sehari dengan tidak teratur, kemudian hilang sendiri.

Braxton Hicks sebenarnya tidak membahayakan walaupun ia kerap berlaku dan sepatutnya tidak rasa sakit. Namun, ada juga ibu-ibu yang mengatakan kontraksi Braxton Hicks lebih teruk daripada kontraksi biasa.

Pakar sains tidak tahu mengapa wanita akan mengalami Braxton Hicks.  Walau bagaimanapun, mereka berpendapat kontraksi palsu adalah cara untuk badan si ibu bersedia untuk kontraksi sebenar apabila tiba masa untuk bersalin. Lebih kurang macam trial run!

Tetapi ibu-ibu baru tidak perlulah terlalu bimbang, kerana tidak semua wanita mengandung bakal mengalami kontraksi Braxton Hicks.

Namun ia amat berguna jika ibu-ibu dapat membezakan kedua-dua jenis kontraksi ini agar tidak panik dan bergegas ke hospital tanpa sebab.

Punca perut mengeras ketika hamil

Perut mengeras ketika hamil membuatkan ibu-ibu berasa tidak selesa. Selain itu ia boleh menganggu rutin harian kerana anda mungkin perlu berehat seketika daripada melakukan sebarang pekerjaan.

Ada beberapa sebab kenapa perut mengeras. Antaranya ialah:

#1. Round ligament di sisi kiri dan kanan rahim

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, sebab kenapa perut mengeras adalah kerana adanya round ligament di sisi kiri dan kanan rahim wanita di kawasan perut bahagian bawah.

Ligamen ini berfungsi untuk memastikan rahim anda kekal pada kedudukannya. Ia akan menyerap sebarang tekanan yang dialami oleh rahim wanita dengan menegang dan mengendur.

Ketika berbadan dua, rahim akan mengalami perubahan dan membuatkan round ligament ini bekerja keras hingga menyebabkan ibu berasa perut mengeras semasa hamil.

#2. Rahim ibu sedang membesar

baby mengeras dalam perut ketika mengandung

Rahim akan membesar seiring peningkatan usia kehamilan. Hal ini kerana janin dalam kandungan sedang berkembang dan memerlukan ‘tempat’ bagi menampung tumbesarannya.

Biasanya apabila memasuki trimester akhir kehamilan, ibu cenderung berasa kurang selesa di kawasan perut kerana otot-oto sedang meregang.

#3. Irritable uterus

Ia adalah kontraksi yang hampir sama dengan Braxton-Hicks tetapi lebih kuat dan kerap. 

Otot rahim yang menegang boleh membuatkan perut ibu mengeras semasa hamil. Ia boleh menjadi bahaya dan juga tidak. Berdasarkan kajian yang dilakukan, irritable uterus berisiko menyebabkan kelahiran pramatang.

Jika anda sedang mengalaminya, minum air yang air mencukupi setiap hari. Selain itu, sentiasa posisi duduk atau tidur bagi mengurangkan perut mengeras dan sakit bawah perut.

Kehamilan 38 minggu perut sering mengeras

Ramai ibu menyatakan kehamilan 38 minggu perut sering mengeras. Menurut doktor, ketika berada trimester terakhir kehamilan adalah normal untuk anda mengalami masalah ini disebabkan oleh pergerakan bayi dalam perut, angin yang berlebihan dan regangan rahim menjelang hari bersalin.

Namun jika perut mengeras ketika hamil 7 bulan dan ke atas dan disertai dengan keluar lendir atau darah dari vagina, pecah air ketuban serta kontraksi semakin kerap, segeralah untuk ke hospital berdekatan.

Selain perut mengeras ketika hamil 7 bulan, ibu hendaklah memerhatikan sebarang perubahan lain yang terjadi. Elakkan bertahan di rumah, adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor agar tidak berlakunya sebarang yang tidak diingini.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Bagaimana pula dengan baby mengeras dalam perut?

Kebiasaannya, ada beberapa sebab baby mengeras dalam perut iaitu:

  • Ibu terlalu aktif melakukan sesuatu pekerjaan
  • Hubungan seks bersama suami
  • Melakukan senaman atau mengangkat barangan berat
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Kurang minum air
  • Mengurut pada bahagian perut
  • Makan terlalu banyak

Perut kembung dan keras ketika hamil, adakah ia normal?

Perut berangin dan kembung semasa mengandung kerap berlaku pada kebanyakan ibu. Meskipun ia merupakan masalah biasa, namun keadaan ini boleh membuatkan rasa tidak selesa terutama sekali ketika anda ingin melelapkan mata.

Perut kembung dan keras ketika hamil boleh berpunca akibat peningkatan hormon progesteron. Ia bukan sahaja menyebabkan otot menjadi regang, malah menganggu proses pencernaan. 

perut mengeras ketika mengandung

Kesannya, angin yang berkumpul dalam badan membuatkan anda sukar untuk sendawa dan kentut. Justeru bagi mengatasi masalah ini, anda hendaklah:

  • Minum air kosong secukupnya
  • Elakkan makanan yang menyebabkan angin
  • Aktif bergerak walaupun sarat mengandung
  • Supplemen tinggi serat bagi mengatasi masalah perut masuk angin

Tanda tanda bersalin

Jika ini pengalaman kali pertama anda, adalah penting untuk mempelajari tanda tanda bersalin yang sebenar atau hanya kontraksi palsu.

  • Kontraksi secara berkala, yang pada mulanya perlahan-lahan kemudian jaraknya semakin dekat dan dekat.
  • Setiap kontraksi akan mengambil masa sekitar 30 saat hingga 1 minit ataupun lebih.
  • Tanda tanda bersalin sebenar: kontraksi yang semakin kuat dan meningkat.
  • Kontaksi berterusan selepas bertukar posisi walaupun berbaring ataupun berehat.
  • Wanita boleh merasakan kontraksi di bahagian lain badan contohnya punggung dan belakang.
  • Kontraksi yang berlaku bersama tanda-tanda bersalin seperti keluar darah sedikit, cecair mukus atau selepas air ketuban pecah.

Apa harus saya lakukan jika ada tanda nak bersalin perut mengeras?

Untuk menangani rasa tidak selesa semasa kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu, ibu-ibu boleh cuba tukar posisi sehingga kontraksi itu hilang sendiri.

Rileks seketika, kemudian hitung pergerakan bayi dalam kandungan untuk tempoh 1 jam.

Sekiranya anda mengalami kontraksi secara berkala setiap 10 minit ataupun kurang (lebih dari 5 kali sejam), ini biasanya tanda nak bersalin yang sebenar. Selain itu, si ibu juga mungkin akan rasa sakit belakang atau sakit bahagian pelvis berserta dengankekejangan rahim yang kuat atau rasa mual.

Jika jarak kontraksi berlaku dalam lingkungan setiap 5 minit dalam sejam hubungi doktor anda dan pergi ke hospital dengan segera.

Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, ia adalah baik kalau ibu tahu serba sedikit cara membuat perbezaan dan keputusan betul untuk pergi ke hospital.

Untuk ibu baru, usah terlalu bimbang jika anda mula merasakan sesuatu luar biasa ketika trimester akhir kehamilan.

Biasanya kontraksi sebenar kali pertama akan mengambil masa untuk memasuki fasa aktif yang lebih menyakitkan.

Oleh itu jangan panik. Pastikan ibu sudah sediakan beg bersalin yang lengkap dengan keperluan anda dan bayi terlebih dahulu, supaya boleh terus ke hospital apabila menunjukkan tanda nak bersalin perut mengenas sebenar.

Semoga bermanfaat!

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Perkara Yang Suami Boleh Lakukan Ketika Isteri Sakit Nak Bersalin

Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin

Baca juga: Rasa Nak Kencing Rupanya Tanda Bersalin, Ibu Panik Tarik Kepala Anak Hingga PUTUS

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya
Kongsikan:
  • Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

    Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

    Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.