Jangan Takut Nak Periksa Tanda Rahim Jatuh, Ini 3 Cara Kesan Dari Rumah

lead image

Kadang-kadang kita tak sedar tanda rahim jatuh kerana kita tidak tahu simptom-simptomnya. Sedangkan ia boleh terjadi pada mana-mana wanita saja!

Ramai wanita tak sedar peranakan mereka rendah atau jatuh kerana tak tahu tanda rahim jatuh yang sering terjadi kepada wanita yang pernah bersalin. Tapi jangan terkejut, ada juga anak dara atau mereka yang belum pernah bersalin mengalami situasi rahim jatuh ini!

Puncanya mungkin kerana angkat barang berat, tidak jaga pantang selepas bersalin, sembelit, otot vagina longgar dan dinding rahim tak kuat. 

Jom kita lihat tanda rahim jatuh ini supaya semua wanita di luar sana lebih peka tentangnya:

9 tanda rahim jatuh, setiap wanita perlu tahu!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/pama 2.jpg Jangan Takut Nak Periksa Tanda Rahim Jatuh, Ini 3 Cara Kesan Dari Rumah

Kredit :PAMA

  1. Kencing tak lawas 
  2. Rasa berat di bahagian ari-ari 
  3. Tak boleh nak kawal kencing terutama ketika batuk dan bersin 
  4. Sakit ketika bersama suami
  5. Rasa senak dan tidak selesa di bahagian perut
  6. Sakit tumit
  7. Sakit pinggang yang berpanjangan 
  8. Paha dan betis rasa kebas
  9. Rasa badan seperti demam terutama selepas Asar

3 cara mengesan peranakan jatuh, boleh dilakukan di rumah saja!

Sebenarnya, tanda rahim jatuh ini boleh dikesan sendiri dari rumah dan anda boleh ikut 3 langkah-langkah ini.

Namun begitu, anda masih perlu mendapatkan nasihat pakar sakit puan bagi bantu merawat masalah rahim jatuh. 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/09/obgyn uterine prolapse.jpg Jangan Takut Nak Periksa Tanda Rahim Jatuh, Ini 3 Cara Kesan Dari Rumah

 

  • Duduk dalam kedudukan berbaring. Kmudian, tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut, tandanya rahim dalam kedudukan betul. 
  • Duduk bercangkung, kemudian masukkan jari dalam vagina. Jika jari dapat menyentuh objek lembut dengan mudah, maksudnya peranakan rendah. Jika mahu memastikannya, guna cermin untuk lihat. Jika ada daging terkeluar, anda harus perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.
  • Dalam posisi baring, ambil minyak kelapa atau minyak zaitun dan urut perut. Jika terasa ada benjolan kecil di bahagian tundun, itu tandanya rahim jatuh. 

 

Bila patut jumpa doktor jika risau tentang tanda rahim jatuh? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sirap limau 3.jpg Jangan Takut Nak Periksa Tanda Rahim Jatuh, Ini 3 Cara Kesan Dari Rumah

Kredit : Sirap Limau

Anda patut jumpa doktor jika mengalami simptom-simptom ini:

Ujian fizikal jika anda mengalami rahim jatuh 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/tawaurians.jpg Jangan Takut Nak Periksa Tanda Rahim Jatuh, Ini 3 Cara Kesan Dari Rumah

Kredit : Tawaurians

Doktor akan mendiagnosis rahim jatuh dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal pelviks seperti berikut:

  • Doktor melakukan pemeriksaan dalam kedudukan berdiri dan semasa anda berbaring. Kemudian, anda diminta batuk bagi meningkatkan tekanan dalam perut. 
  • Dalam keadaan tertentu, mungkin ia memerlukan intravenous pyelogram (IVP) atau renal sonography. Kemudian, pewarna disuntik ke dalam urat dan satu siri sinaran X diambil untuk melihat perkembangannya melalui pundi kencing. 
  • Transvaginal Ultrasound boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelvik yang lain dan akan dimasukkan ke dalam vagina bagi memudahkan lagi pemeriksaan dilakukan. 

Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda. Jom periksa tanda rahim jatuh ini di rumah!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Pantang plus 

Sumber : Karangkraf , Webmd

Baca juga:

Jangan dibuat main jika peranakan jatuh – Ini punca, simptom dan rawatannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!