TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

11 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Pada Wanita Yang Perlu Diperhatikan

3 min bacaan
11 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Pada Wanita Yang Perlu Diperhatikan

Tanda-tanda kolesterol tinggi pada wanita yang dikongsikan ini tidak boleh diabai kerana ia mungkin boleh beri kesan bahaya pada jantung.

Kandungan kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memantau tahap kolesterol dalam tubuh. Isu ini agak sensitif terutama bagi wanita, jadi penting untuk mengetahui tanda-tanda kolesterol tinggi pada wanita. 

▲▼Isi Kandungan

  • Punca-Punca Kolesterol Tinggi
  • 11 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Pada Wanita
  • Kesimpulan

Punca-Punca Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi, atau dikenali sebagai hiperkolesterolemia, merujuk kepada peningkatan kolesterol dalam darah. Kolesterol merupakan sejenis lemak yang penting untuk pembinaan sel dan penghasilan hormon dalam tubuh. Terlalu banyak kolesterol terutamanya jenis LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), boleh membahayakan kesihatan.

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat menyebabkan seseorang mengalami kolesterol tinggi:

  • Pemakanan tinggi lemak tepu dan lemak trans
  • Kurang aktiviti fizikal yang dapat menurunkan HDL dan meningkatkan LDL
  • Kegemukan yang meningkatkan risiko kolesterol tinggi dan diabetes
  • Merokok yang merosakkan arteri dan meningkatkan risiko penyakit jantung
  • Faktor genetik dari keluarga yang mempunyai sejarah kolesterol tinggi
  • Diabetes
  • Hipotiroidisme
  • Penggunaan beberapa jenis ubat seperti pil perancang dan ubat tekanan darah tinggi 

tanda-tanda kolesterol tinggi pada wanita

11 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Pada Wanita

1.Sakit Dada

Rasa tekanan atau ketegangan di dada disebabkan oleh pengumpulan plak dalam arteri yang menghalang aliran darah ke jantung.

2.Sesak Nafas

Kesukaran bernafas disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen kepada jantung akibat arteri yang tersumbat.

3.Pening

Kekurangan aliran darah ke otak boleh menyebabkan pening, mual atau keletihan.

4.Kaki Atau Tangan Sejuk

Aliran darah terhad ke kaki atau tangan menyebabkan rasa sejuk atau kebas.

5.Sakit Pada Kaki Semasa Berjalan

Pengumpulan plak dalam arteri kaki mengurangkan aliran darah

6.Bengkak Pada Kaki, Pergelangan kaki Atau Tangan

Pengumpulan cecair disebabkan oleh kegagalan jantung memproses darah dengan berkesan disertai dengan keletihan yang teruk.

7.Luka Lambat Sembuh

Kurangnya aliran darah dapat menghalang penyembuhan luka, menyebabkan kemerahan, bengkak, atau bernanah.

8.Benjolan Kuning Pada Kelopak Mata 

Bagi sesetengah individu, tanda-tanda kolesterol tinggi dapat dilihat dengan kehadiran benjolan kuning pada kulit sekitar kelopak mata mereka. Benjolan ini dikenali sebagai xanthelasma yang merupakan pengumpulan lemak di bawah kulit. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.

9.Strok

Hilang kawalan pada wajah, lengan atau kaki (biasanya pada sebelah sisi tubuh), kesukaran bercakap, masalah penglihatan, kekeliruan, pening, kesukaran berjalan, kehilangan keseimbangan dan koordinasi sert akit kepala yang sangat teruk.

10.Mudah Mengantuk

Disebabkan kadar kolesterol yang tinggi boleh menghalang aliran oksigen dalam darah, ia boleh mengakibatkan seseorang sering rasa mengantuk.

11.Kurang Selera Makan

Sekiranya anda mengalami penurunan selera makan secara tiba-tiba, ini mungkin merupakan petunjuk bahawa paras kolesterol anda tinggi.

Kesimpulan

Kolesterol tinggi adalah masalah kesihatan yang serius yang boleh menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung dan strok jika tidak diurus dengan betul.

Oleh itu, penting untuk memeriksa tahap kolesterol secara berkala dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menjalani pemakanan yang sihat, melakukan senaman secara teratur, dan berhenti merokok.

Jika anda mengalami salah satu tanda-tanda di atas, sangat penting untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan penjagaan yang sesuai.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Makanan Kurangkan Kolestrol Dalam Darah, Amalkan Setiap Hari Elak Risiko Penyakit Bahaya

Baca juga: Cara Turunkan Kolestrol Dengan Petua Orang Lama, Guna Air Rendaman Kacang Bendi

Baca juga: Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 11 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Pada Wanita Yang Perlu Diperhatikan
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham