Ada kajian menyatakan memilih suami atau teman lelaki yang ada adik-beradik perempuan ramai tidak kiralah kakak atau adik adalah pilihan yang paling tepat.
Lebih-lebih lagi jika suami atau teman lelaki anda itu rapat dengan kakak atau adik perempuannya. Lagi bagus katanya! Sejauh mana tepat atau benar kajian ini masih belum dapat dipastikan, tetapi bagi anda yang pernah melaluinya sendiri, pasti anda rasa perbezaannya.
Tetapi jika tidak dapat teman lelaki atau suami yang punya adik beradik wanita, jangan tinggalkan mereka pula ya jika tiada sebarang masalah timbul.
Ini sebenarnya penjelasan pakar!
Suami & Teman lelaki ada kakak, adik perempuan lebih bagus
Menurut perkongsian daripada laman Cosmopolitan, pakar psikoterapi mengesahkan lelaki yang punya adik beradik perempuan lebih digemari wanita.
Mereka ini lebih memahami wanita berbanding lelaki yang langsung tidak membuat kakak atau adik perempuan.
Golongan lelaki yang memiliki adik beradik perempuan ini dilihat lebih peka dan lebih mudah memahami apa yang wanita mahukan.
Jadi tidak hairanlah mereka ini dapat ‘markah tinggi’ di kalangan wanita untuk dijadikan teman lelaki malah lebih serius dijadikan pasangan atau teman hidup sebagai suami.
Kenapa patut pilih lelaki sebegini?
#1. Lebih peka terhadap wanita
Lelaki yang mempunyai adik beradik perempuan biasa terdidik dengan pelbagai ragam wanita di rumahnya. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai teman wanita atau isteri mereka ini lebih peka dengan segala perubahan.
Disebabkan sudah terlalu biasa dengan wanita, jika ada kurang sikit pun mood pada teman wanitanya, lelaki daripada golongan ini dikatakan akan perasan cepat.
Tidaklah teman wanita makan hati, kerana memang wujud lelaki yang langsung tidak tahu teman wanitanya sebenarnya sedang merajuk.
Ramai wanita yang hanya mampu menjeruk rasa saja kerana memiliki teman lelaki yang langsung tidak perasan perubahannya.
#2. Lebih mudah dibawa berbincang
Mereka ini lebih mudah dibawa berbincang kerana dia sudah terbiasa mengendalikan wanita di rumahnya. Ketika menyuarakan pendapat, mereka ini dikatakan lebih berdiplomasi dan pandai mengikut rentak wanita kerana sejak kecil sudah bersama-sama adik beradik perempuan.
Wanita mana yang tidak suka lelaki yang pandai berdiplomasikan? Lega jadinya bila apa yang tidak puas hati boleh disuarakan kedua-dua pihak. Tidaklah menjunjung ego dan tidak mahu dengar langsung pendapat wanita.
#3. Tahap kesabaran tinggi
Disebabkan terlalu selalu berhadapan dengan kerenah wanita yang kadang-kala mendatangkan pening kepala, golongan lelaki yang mempunyai adik beradik wanita dikatakan tinggi kesabarannya.
Bak kata orang practice makes perfect. Mungkin sejak kecil sudah diajar perlu bersabar dengan ragam wanita, jadi ia membawa ke dewasa perangai penyabar itu.
Bukan semua lelaki ya boleh menjadi penyabar, jadi bila anda dapat lelaki seperti ini hargailah mereka ya!
Jika sudah berkahwin, mereka yang dikategorikan sebagai penyabar ini juga dianggap tidak gelojoh di ranjang kerana mereka sudah biasa tunggu ‘turn’ dan sabar menunggu waktu yang sesuai.
#4. Faham isu wanita
Disebabkan hidup dengan wanita dalam rumahnya, lelaki sebegini akan mudah faham dengan isu yang dialami wanita antara termasuklah senggugut. Malah mereka ini sudah biasa kena beli tuala wanita dan jangan terkejut jika mereka tahu jenisnya.
Mereka juga akan lebih memahami mood swing wanita yang sering terjadi jika mereka datang bulan. Jadi ini bukan sesuatu yang untuk mereka.
Ibaratnya kacang saja selesaikan isu yang dihadapi wanita-wanita ini terutama teman wanita atau isterinya.
Jika mereka faham, sudah pasti boleh bertoleransi bila sakit senggugut menyerang isteri atau teman wanitanya. Hanya yang pernah merasai senggugut saja tahu sakitnya bagaimana dan jika mereka ini dapat memahami sangat-sangatlah dihargai.
Jika sudah jadi suami, mungkin lebih mudah jika anda mengandung kerana mereka ini tahu lebih banyak isu mengenai wanita kerana sudah hidup dengan insan bernama wanita sejak kecil.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: cosmopolitan
Baca juga: Ini Hukum Isteri Merajuk Lebih 3 Hari, Tapi Suami Kena Pandai Pujuk Juga Ya!