TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

8 min bacaan
11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Tempat mesra keluarga di Malaysia menawarkan pelbagai keseronokan untuk semua peringkat umur. Ia menjadikan percutian anda lebih berharga

Cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mencipta kenangan indah. Sama ada anda mencari pengalaman pendidikan, pengembaraan yang mendebarkan, atau sekadar hari yang menyeronokkan, ada banyak pilihan tempat mesra keluarga di Malaysia yang memenuhi pelbagai citarasa.

Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia

1. The Exchange TRX

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

The Exchange TRX bukan sekadar pusat beli-belah biasa, ia kini dikenali sebagai antara destinasi gaya hidup paling ikonik dan mesra keluarga di Malaysia.

Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, mall ini menjadi pilihan utama ramai seisi keluarga untuk berbelanja, berehat, dan meluangkan masa berkualiti bersama.

Memandangkan cuti sekolah semakin hampir, ibu ayah yang mencari aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat untuk anak-anak sambil mencari sedikit inspirasi dekorasi rumah, inilah masa terbaik untuk merancang kunjungan ke LEGO Home 2025, acara eksklusif yang bakal berlangsung di The Exchange TRX dari 28 Mei hingga 8 Jun 2025.

Apa yang menjadikan LEGO Home 2025 begitu istimewa adalah:

LEGO Home Décor 2025

1. Cipta Dunia Kreatif Bersama

Acara bertemakan “A Playful Twist to Your Home” ini bukan sekadar untuk kanak-kanak. Ia adalah pengalaman gaya hidup menyeluruh yang menyatukan kreativiti, keluarga dan inspirasi rumah dalam satu suasana yang menyeronokkan dan penuh warna.

Kanak-kanak akan teruja dengan pelbagai aktiviti ‘hands-on’ yang membolehkan mereka membina, mereka dan berimaginasi menggunakan LEGO. Aktiviti-aktiviti ini bukan saja mengasah kemahiran motor dan kreativiti mereka, tetapi juga memberi peluang untuk ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

 

2. LEGO & Dekorasi Rumah? Kenapa Tidak!

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Acara ini juga mengetengahkan LEGO sebagai elemen dekorasi rumah yang unik dan bergaya. Siapa sangka, bongkah kecil berwarna-warni ini mampu mengubah suasana rumah anda menjadi lebih ceria dan kreatif?

Bagi pengunjung dewasa, anda akan diilhamkan dengan ruang pameran dekorasi rumah berasaskan LEGO yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara! Pelajari cara menggabungkan LEGO dalam dekorasi dalaman, dari meja moden hingga rak buku interaktif yang penuh gaya.

3. Aktiviti Menarik & Zon Interaktif

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Dari 29 Mei hingga 8 Jun, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas untuk seisi keluarga. Zon-zon ini juga insta-worthy yang sesuai untuk pengunjung yang suka berkongsi gambar kenangan di media sosial.

Jangan lupa untuk bergambar di ruang pameran dan kongsikan keseronokan anda di Instagram dan Facebook. Tag @theexchangetrx dan gunakan hashtag rasmi acara untuk peluang dikongsikan semula!

4. Ganjaran Eksklusif Menanti Anda!

Sempena kemeriahan cuti sekolah ini, pengunjung yang berbelanja RM1,500 (atau RM1,200 menggunakan kad kredit atau debit UOB) di mana-mana outlet di The Exchange TRX dalam dua resit sahaja layak menebus LEGO Teal Ceramic Cup eksklusif, ia adalah satu koleksi yang pasti akan menjadi kegemaran ramai!

5. Pelbagai Pilihan Makanan, Fesyen Dan Tempat Bersantai

Dengan aktiviti menyeronokkan untuk anak-anak, dekorasi memukau untuk ibu bapa, dan ganjaran lumayan untuk pembeli, LEGO Home 2025 sememangnya acara gaya hidup keluarga yang tak wajar dilepaskan.

The Exchange TRX juga menawarkan pelbagai pilihan makanan, jenama fesyen terkemuka dan tempat bersantai yang ideal untuk satu hari penuh bersama keluarga. Sambil anak-anak bermain, ibu bapa boleh bersantai dan berinspirasi dengan dekorasi kreatif yang ditampilkan.

Maklumat Acara LEGO Home Décor 2025:

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Maklumat Acara LEGO Home Décor 2025:

???? 28 Mei – 8 Jun 2025
???? Ground Floor, Central Exchange, The Exchange TRX
⏰ Aktiviti dibuka kepada umum bermula 29 Mei

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari:

???? Facebook: www.facebook.com/TRXtheexchange/
???? Instagram: www.instagram.com/theexchangetrx/
???? Laman Web Rasmi: https://www.theexchange.my/journal/lego-home-2025/

2. Legoland Malaysia Resort (Johor Bahru, Johor)

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Legoland Malaysia adalah destinasi impian setiap kanak-kanak. Seluruh resort bertemakan LEGO, menampilkan lebih daripada 40 permainan interaktif, tarikan, dan pertunjukan. Ia bukan hanya untuk kanak-kanak—ibu bapa juga akan teruja melihat kegembiraan anak-anak ketika meneroka tempat ajaib ini.

Untuk keseronokan tambahan, kunjungi Taman Tema Legoland, di mana anak-anak boleh bermain air dan menikmati gelongsor yang menyeronokkan. Jika anda merancang untuk bermalam, hotel bertema Lego di Legoland juga menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

3. Kidzania Kuala Lumpur (Mutiara Damansara, Selangor)

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Tempat mesra keluarga di Malaysia seperti Kidzania adalah dunia mini di mana kanak-kanak boleh merasai kehidupan dewasa dengan memainkan peranan dalam pelbagai pekerjaan.

Sama ada mereka mahu menjadi ahli bomba, doktor, tukang masak, atau juruterbang, Kidzania memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bekerja dalam pekerjaan “sebenar” dan mendapat bayaran dalam “Kidzos” (mata wang KidZania).

Pusat edutainment ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun, memberi pengalaman yang menyeronokkan dan mendidik tentang dunia pekerjaan.

Ibu bapa pula boleh bersantai di kafe berhampiran sambil melihat anak-anak mereka belajar dan bermain.

4. Aquaria KLCC 

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Aquaria KLCC adalah salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara, yang menempatkan lebih daripada 5,000 spesies hidupan laut dan darat.

Tarikan utama di sini adalah terowong bawah laut sepanjang 90 meter, di mana anda boleh berjalan di bawah lautan yang dipenuhi dengan jerung, pari, dan hidupan laut yang lain. Ia adalah pengalaman yang mengagumkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kolam sentuh interaktif dan sesi memberi makan juga menambah keseronokan, menjadikannya menyeronokkan dan mendidik untuk seisi keluarga.

5. Farm In The City 

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Untuk keluarga yang lebih suka suasana santai dan alam semula jadi, Farm In The City adalah pilihan yang sempurna. Ia merupakan gabungan zoo haiwan dan taman konservasi, di mana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan haiwan dalam persekitaran terbuka.

Dari memberi makan kambing hingga membelai arnab dan memegang burung, taman ini membawa kanak-kanak lebih dekat dengan alam semula jadi. 

6. Genting SkyWorlds Theme Park 

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: Resorts World, Genting SkyWorlds, 69000 Genting Highlands, Pahang

Tempat mesra keluarga di Malaysia seterusnya adalah Genting SkyWorlds. Ia adalah taman tema yang baru dibuka, menawarkan pengembaraan di puncak gunung untuk seisi keluarga.

Dengan permainan yang diinspirasikan dari filem dan rancangan popular seperti Ice Age dan Rio, taman tema ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Iklim sejuk di pergunungan menjadikannya tempat percutian yang menyegarkan dari panas bandar, dan pemandangan indah dari kereta kabel Skyway menambahkan lagi pengalaman yang tidak terlupakan.

Sama ada anda menaiki roller coaster atau meneroka tarikan mesra keluarga, Genting SkyWorlds adalah tempat yang sesuai untuk bercuti.

7. Zoo Negara (Hulu Kelang, Selangor)

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Lawatan ke Zoo Negara sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak, terutamanya apabila mereka dapat bertemu dengan panda terkenal Malaysia.

Menempatkan lebih daripada 476 spesies haiwan, zoo ini menyediakan pengalaman yang mendidik untuk kanak-kanak belajar mengenai hidupan liar dan kepentingan pemuliharaan.

Jangan ketinggalan menyaksikan pertunjukan haiwan dan sesi memberi makan yang sentiasa menghiburkan. Zoo ini juga menawarkan perkhidmatan tram, memudahkan keluarga untuk menjelajah kawasan yang luas ini.

8. Melaka Wonderland Theme Park 

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Alamat: Lot PT17178, Jalan Tun Abdul Razak, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh

Melaka Wonderland menawarkan lebih dari 12 tarikan yang mengagumkan. Dari Tornado Chaser (pertama di Malaysia), hingga Lazy & Crazy River, dan juga kolam 1 Big Wave yang mengasyikkan, tiadanya kekurangan keseronokan di sini.

Nikmati Adventure Island dan banyak lagi tarikan eksklusif sambil dikelilingi oleh 360 hektar hutan semula jadi yang menakjubkan. Anda dan keluarga juga berpeluang merasai aktiviti tasik seperti Pedal Boat & Tube Ride yang mengujakan.

Selain itu anak-anak juga boleh beri makan kepada ikan-ikan di tasik dan memberi makan kepada arnab.

9. Entopia Butterfly Farm (Teluk Bahang, Pulau Pinang)

11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah

Alamat: 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Entopia by Penang Butterfly Farm adalah tempat ajaib di mana kanak-kanak boleh berjalan di antara rama-rama dan meneroka pameran interaktif.

Pameran dalaman menunjukkan kitaran hidup rama-rama, manakala taman luaran penuh dengan flora dan fauna yang berwarna-warni. Bukan hanya rama-rama, anda juga akan menemui serangga lain, reptilia, dan haiwan kecil. Entopia menyediakan pengalaman yang mendidik namun santai untuk keluarga yang ingin mendekati alam semula jadi.

10. Escape Penang 

tempat mesra keluarga di malaysia

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Untuk keluarga yang gemar pengembaraan, Escape Penang menawarkan hari yang penuh dengan aktiviti mendebarkan. Terletak di kawasan hijau yang subur, taman ini menampilkan ziplining, memanjat pokok, dan laluan halangan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Ia adalah cara yang baik untuk menggalakkan aktiviti fizikal sambil berseronok. Anak-anak pasti akan menyukai gelongsor air dan permainan yang mendebarkan.

Apa yang unik tentang Escape adalah fokusnya pada aktiviti mesra alam yang menggalakkan kanak-kanak menikmati alam luar.

11. Sunway Lagoon (Petaling Jaya, Selangor)

sunway lagoon

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Mencari destinasi yang menawarkan sesuatu untuk semua? Sunway Lagoon adalah percutian keluarga yang lengkap dengan enam zon unik: Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem, Taman Seram, dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Terdapat lebih daripada 80 tarikan yang pastinya tidak akan membuat anda dan seisi keluarga bosan. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk menghilangkan , di mana anak-anak boleh menyejukkan diri di kolam ombak atau bersantai di sungai buatan.

Sama ada anda lebih suka permainan mendebarkan, pengembaraan pendidikan, atau berjalan-jalan santai di alam semula jadi, terdapat sesuatu untuk setiap keluarga di Malaysia.

Destinasi ini adalah tempat yang sempurna untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga anda semasa cuti sekolah. Rancanglah lebih awal dan bersedia untuk pengalaman yang tidak terlupakan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  30+ Tempat Menarik Di KL Yang Mesra Kanak-Kanak & Sesuai Untuk Bonding Dengan Keluarga

Baca juga:  30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

Baca juga:  10 Tempat Percutian Terbaik di Malaysia Untuk Family Day Yang Menyeronokkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 11 Tempat Mesra Keluarga Di Malaysia Yang Menarik Untuk Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham