Ramai wanita hamil yang sedang menunggu masa untuk bersalin, jadi sudah tentu anda mencari tips mudah bersalin normal tanpa perlu ada koyakan, jahitan dan bukaan cepat untuk memudahkan perjalanan bersalin anda nanti.
Memang banyak pengalaman cara bersalin normal yang dikongsikan di blog dan sebagainya, tetapi mungkin ada daripada anda yang ingin tahu daripada pengalaman ibu-ibu sendiri yang baru beranak normal.
Membaca pengalaman sendiri daripada ibu-ibu bersalin normal mungkin lebih menyakinkan anda untuk menghadapi saat bersalin nanti. Jadi ikuti perkongsian daripada ibu-ibu sendiri yang memberikan tips atau cara bersalin normal mereka.
Isi Kandungan
Posisi Untuk Memudahkan Kelahiran
Ramai di kalangan wanita di Barat yang melahirkan bayi secara terlentang dan ada juga segelintir yang melahirkan anak dengan cara meniarap. Pada peringkat awal, baring secara telentang adalah tidak digalakkan kerana ia mampu mengurangkan bekalan darah kepada bayi dan membuatkan kelahiran mengambil masa lebih lama.
Melakukan posisi atau kedudukan lain selain berbaring seperti berjalan merupakan cara yang lebih baik untuk percepatkan proses kelahiran. Antara kedudukan dan posisi yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut :
#1. Kedudukan Tangan dan Lutut
Untuk membuka pelvis dengan baik, buat kedudukan seperti merangkak dengan tangan dan lutut di atas lantai. Malah pada kedudukan ini juga, degupan jantung bayi akan bertindak balas dengan lebih baik tambah-tambah lagi jika posisi kedudukannya adalah pada kedudukan yang tidak betul.
Kedudukan ini juga mampu membantu ibu hamil menghilangkan tekanan dan kesakitan pada tulang belakang serta meningkatkan tahap oksigen bayi.
#2. Kedudukan Duduk
Duduk di atas kerusi atau mana-mana tempat mampu melegakan tekanan di pelvis terutama apabila kedudukan bayi berada di bawah. Terutama jika anda duduk di atas mangkuk tandas di mana ia mampu membantu melegakan perineum dan mengurangkan koyakan.
#3. Kedudukan Bola Bersalin
Anda juga boleh menggunakan bola bersalin melalui beberapa teknik atau cara antaranya adalah seperti duduk atau bergoyang di atasnya atau bersandar. Cara ini dapat melegakan tekanan belakang dan menggalakkan bayi untuk masuk lebih dalam ke pelvis.
#4. Kedudukan Mencangkung
Pada kedudukan ini pula, ia dapat membantu membuka pelvis dengan lebih baik dan memberikan ruang untuk memudahkan bayi masuk ke dalam laluan pelvis dengan lebih mudah. Anda boleh melakukannya dengan mencangkung sambil berpaut pada dinding, kerusi atau objek kukuh yang lain.
#5. Kedudukan Baring Secara Mengiring
Antara kelebihan kedudukan ini adalah ia dapat memudahkan bayi untuk menerima oksigen, mengurangkan tekanan darah anda dan mendapat rehat yang baik ketika berlaku kontraksi. Berbaring di sisi badan ini juga membantu bayi untuk turun dan keluar dengan lebih mudah.
#6. Kedudukan Tegak
Kedudukan ini membantu bayi untuk turun ke bawah dengan lebih cepat dan berkesan. Malah, dengan menggoyangkan pinggul dengan kedudukan berdiri atau tegak ini berupaya mempercepatkannya lagi. Ambil langkah ini untuk cara mudah bersalin iaitu berdiri, berjalan, dan bergoyang untuk mempercepatkan lagi proses kelahiran bayi anda. Malah ianya juga membantu melegakan sakit pinggang anda.
#7. Kedudukan Menerjang
Kedudukan lunges atau kaki depan dibengkokkan ini mampu melegakan sakit kontraksi, membuka pelvis, serta memberi lebih ruang kepada bayi untuk bergerak turun ke laluan bersalin dengan lebih dalam.
#8. Kedudukan Menaiki Tangga
Langkah menaiki tangga turut berupaya membantu bayi untuk turun lebih bawah disebabkan pelvis yang terbuka memberi laluan kepada dengan membantu bayi untuk menolak serviks lebih mudah. Ia juga dapat membuatkan bayi berpusing untuk mencari kedudukan atau posisi yang terbaik untuknya.
#9. Kedudukan Kelahiran Mencangkung
Kedudukan ini merupakan kedudukan untuk bersalin yang paling popular kerana mampu melebarkan pembukaan serviks ibu hamil. Ianya juga membantu mengelakkan kelahiran yang memerlukan forcep atau vakum.
#10. Kedudukan Berbaring
Kedudukan ini memberikan anda kelegaan ketegangan dan ketenangan kepada otot kerana dapat merehatkan diri buat seketika. Anda bukan sahaja boleh melakukannya dengan berbaring di atas katil sahaja, ia juga boleh dilakukan dengan bersandar di kerusi, berbaring dan mana-mana tempat yang membuatkan anda berasa selesa.
#11. Kedudukan “Birthing Stool”
Cara kedudukan “Birthing stool” adalah dengan duduk di atas kerusi yang dibina untuk membolehkan seseorang wanita hamil mencankung di atasnya, merangkak, atau menggunakannya untuk menyokong lengan berdasarkan reka bentuknya.
#12. Kedudukan Palang Bersalin
Palang bersalin ini dapat membantu ibu hamil untuk duduk, mencangkung dan bersandar pada bila-bila masa sahaja. Kedudukan ini membantu membuka pelvis dengan cepat serta membuatkan bayi turun ke bawah dengan lancar menggunakan graviti.
#13. Kedudukan Melutut
Kaedah ini turut membantu melegakan sakit kontraksi dan mengurangkan sakit belakang. Malah kedudukan ini juga membantu bayi untuk beralih ke arah kedudukan yang betul dan ianya merupakan kaedah popular yang sering digunakan ibu hamil.
Tips Mudah Bersalin Tanpa Koyak, Bukaan Pun Cepat!
Topik ini mungkin biasa anda baca, tetapi jika ia daripada pengalaman sendiri ibu-ibu ia mungkin lebih membuatkan anda bersedia kerana ibu-ibu itu sendiri yang berkongsi pengalaman mereka.
Antara tips mudah bersalin yang diberikan termasuklah:
#1. Set minda terima rasa contraction
Anda dinasihatkan set minda untuk terima rasa contraction. Bila kesakitan datang, jangan keraskan badan. Apabila sampai waktu meneran, akan merasai contraction yang panang iaitu lebih 50 saat bukan 30 saat. Teran apabila contraction yang panjang itu berlaku.
Ketika meneran, tekan punggung di katil. Elakkan meronta kerana hanya akan buat anda penat dan bayi ‘keluar masuk’.
Hairol Nadia : Mula2 kena set minda diri boleh terima rasa contraction.. Bila sakit datang jangan lawan, jangan keraskan badan.. Layan baca doa Nabi yunus mintak diringankan sakit, DiPermudahkn semua.. Minta ampun ngan Allah..bila dah sampai masa meneran..dia akan rasa contraction yang panjang.. 50second like that la lebih kurg.. Bukan yang 30 second.. Bagi saya la.. Baru teran.. Sambil teran sambil tekan punggung di katil.. Bila mai sakit ni kadang tak boleh nak fikir dah ngan waras.. Kadang tindakan dari kita di luar kawalan macam menjerit-jerit meronta-ronta tu hanya akan buat diri penat, stress baby keluar masuk.. Fokus teran follow arahan.. Jangan kan baby 1st no 3 4 pun Kalau tak boleh ikut arahan tak leh kontrol atau lama Sangat memang dorang gunting nak mudah cepat proses.
#2. Perbanyakkan baca surah Al – Fiil
Irmayati Busrion: Perbanyakkan baca surah al fiil,jadi membuka semua lubang laluan, saat teran, bersolawat banyak-banyak,dan zikir lah dalam hati,jangan hembus nafas keluar atau menjerit..bila terasa sangat sakit, sentiasa bergantung kan harapan dan kekuatan kepada Allah,in Shaa Allah..semua baik-baik saja dan tidak akan pernah di gunting dan jahit!
#3. 10 cm baru teran, teran ketika ada contraction, jangan keluarkan suara
Anis Amer: Apa yang saya praktikkan, 10cm baru teran Teran masa ada contraction Ikut arahan Dr perlu teran ka curi nafas ka Penting untuk curi nafas Penting jangan keluar suara Kepala angkat dagu di dada Tangan pegang buku lali/betis Jangan angkat bontot.
#4. Kerap bersama suami dengan posisi doggy
Saya baru lepas bersalin 6/10. bersalin 39w 4d. baby 3.5kg. normal tak koyak, saya bagi tips, sis kena selalu bersama dengan suami di posisi doggy maaf agak lucah tapi ni real, bagi sye minum air kelapa muda sehari 2 atau 3 kali rajin kan berjalan buat workout insyaallah allah akan permudahkan lepas tu selawat ayat dalam gmbar ni amal kan insyaallah senang jalan dan semoga bermanfaat untuk semua aamiin
#5. Makan sayur bendi
Siti Fatimah: Kerapkan makan sayur bendi..lendir bendi memudahkan tuk bersalin..buatlah singgang bendi ke
#6. Banyakkan berjalan, turun naik tangga
C’Lynn Jeswel: Banyakkan berjalan sis..saya pun dah selamat bersalin 38 week 4 days tanpa koyak 12/10
#7. Jangan angkat punggung waktu meneran
Ini memang biasa kita dengar dan baca. Paling senang minta midwive ingatkan anda jangan angkat punggung sebab dalam keadaan sakit kadang kala anda tak perasan sama ada anda angkat punggung atau sebaliknya.
Zara Rania: Jangan angkat punggung waktu meneran…
Lakukan semua tips mudah bersalin serta segala posisi kedudukan ini untuk memudahkan urusan bersalin normal atau beranak normal. Proses bersalin normal anda juga lebih senang dan cepat jika mengamalkan senaman memudahkan bersalin serta tips mudah bersalin seperti yang telah kani terangkan di dalam ini.
- thebump.com (2020, Mac 3) The Best Labor and Birthing Positions for You and Baby www.thebump.com/a/birthing-positions
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu
Baca juga: Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat – Apa Perlu Buat?
Baca juga: Elak Buat Persediaan Bersalin Pada Last Minute, Ini 3 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Tahu!