TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Anda Kerap Tidur Di Tempat Kerja, Lakukan 7 Tips Ini Untuk Kekal Bertenaga! Barulah Bos Tak Bising!

4 min bacaan
Jika Anda Kerap Tidur Di Tempat Kerja, Lakukan 7 Tips Ini Untuk Kekal Bertenaga! Barulah Bos Tak Bising!

Bila tiba waktu makan tengahari, ada yang mengambil kesempatan untuk lelap sebentar. Walaupun berehat itu bagus untuk mendapatkan stamina, namun jangan sekali-kali 'skip' makan pula kerana itu yang memberikan tenaga tahu!

Tiba waktu tengahari, mulalah kepala rasa pening, mata berkelip-kelip menandakan anda perlukan bantal untuk tidur. Tapi masalahnya sekarang, anda berada di tempat kerja! Kenapa ada sesetengah orang yang kerap tidur di tempat kerja dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya?

kerap mengantuk

Jika anda seorang yang kerap rasa mengantuk di tempat kerja, ini mungkin satu masalah yang bukan sahaja mengganggu prestasi kerja anda malah rakan sekerja juga.

Kalau bos nampak, sudah tentu ia memberikan gambaran yang negatif bagi masa depan kerjaya anda.

Punca Asyik Mengantuk Dan Tidur Di Tempat Kerja

Mengantuk di tempat kerja boleh disebabkan oleh pelbagai alasan, antaranya ialah:
  • kurang rehat pada hari sebelumnya
  • terlalu banyak tidur pada hari sebelumnya
  • lapar terutama menjelang tengahari
  • diet pemakanan, contohnya terlalu banyak karbohidrat
  • terlalu banyak minuman berkafein menyebabkan pola tidur terganggu
  • pengambilan ubat tertentu

etika kerja

  • banyak kerja menyebabkan keletihan
  • persekitaran yang kurang aktif/menarik
  • bosan dengan kerja

Tidur di Tempat Kerja: Risiko Penyakit Berbahaya

Selain itu, kerap mengantuk juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit. Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;

#1 Anemia

Anemia merupakan masalah kekurangan zat besi dalam badan. Pesakit mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah, malah sering rasa mengantuk walaupun mendapat tidur yang mencukupi.

#2 Tekanan Darah Tinggi

Pesakit tekanan darah tinggi selalunya tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. 

#3 Penyakit jantung

Tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah pada waktu siang merupakan antara tanda jantung tidak sihat. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.

#4 Hipotiroidisme

Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia akan mengganggu waktu tidur.

#4 Hiperkalsemia

Penyakit hiperkalsemia merupakan kandungan kalsium berlebihan dalam darah yang menyebabkan gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 – 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kandungan kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.

#5 Hiponatremia

Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya.

Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.

#6 Hipotiroidisme

Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.

Tips Elak Tidur Di Tempat Kerja

Jika anda kerap mengantuk dan tidur di tempat kerja, serta tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengatasinya.

Namun sekiranya ada mengantuk disebabkan penyakit, sila rujuk doktor bagi mendapatkan rawatan. Berikut tips kekal cergas pada waktu kerja:

tips-bersenam

  1. Dapatkan tidur yang cukup 6-8 jam sehari bagi orang dewasa, jadi selesaikan tugasan yang perlu supaya tidak mengambil masa yang diperuntukkan untuk berehat ya!
  2. Makan pada waktunya supaya badan sentiasa bertenaga. Sekiranya anda rasa mengantuk, sediakan kudap-kudapan bagi mengalih perhatian anda dari tertidur.
  3. Jangan tidur kalau belum mengantuk sebaliknya hanya berbaring rehat sebentar sekiranya badan terasa letih.
  4. Bersenam dapat memberikan stamina sekiranya badan terasa lemau, dan memberikan kesegaran kepada mata. Tubuh yang melakukan gerakan aktif akan mengurangkan risiko mengantuk walaupun sekadar berjalan sebentar.
  5. Penjadualan masa yang baik, seperti menyiapkan kerja sebelum waktu tidur atau menguruskan anak-anak secepat mungkin, pasti tidak akan mengganggu rutin yang baik dalam kehidupan seharian. Misalnya tidur pada waktu malam, agar tidak mengantuk pada siang harinya.
  6. Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti lain seperti mendengar muzik.
  7. Jika anda mengantuk kerana makan ubat, elakkan makan ubat semasa bekerja, atau sebaiknya berehat di rumah sahaja.

Jangan kerap jadikan kopi sebagai penyelamat anda pula, terlalu banyak kafein dalam badan juga tidak bagus untuk tubuh. Semoga bermanfaat ya! 

Usia kandungan 23 minggu, kenapa saya kerap mengantuk?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hmetro/bidadari

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-untuk-buat-anak-cepat-mengantuk

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jika Anda Kerap Tidur Di Tempat Kerja, Lakukan 7 Tips Ini Untuk Kekal Bertenaga! Barulah Bos Tak Bising!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham