TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak

5 min bacaan
Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak

Ujian pernikahan akan dihadapi oleh setiap pasangan. Ramai mengakui lima tahun pertama adalah fasa mencabar dalam mengharungi rumah tangga

Zaman kini ramai pasangan muda membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Ada yang masih belajar sanggup berkahwin kerana ingin mengelakkan maksiat atau zina. Walau bagaimanapun ujian pernikahan pada usia muda dikatakan cukup hebat.

Setelah berkahwin, bab seterusnya yang perlu difikirkan adalah mengenai anak. Disebabkan oleh faktor kewangan, rata-rata pasangan suami isteri memilih untuk ‘hold’ dahulu dan ingin menikmati masa berdua.

Ujian pernikahan lambat dapat anak, suami isteri akui kesilapan ketika bercakap

ujian rumah tangga

Disebabkan oleh masih belajar di universiti, seorang lelaki, Hazwan Shafiq berkongsikan pengalamannya dengan isteri sehingga perlu menanti bertahun-tahun untuk menimang cahaya mata.

Pada awalnya, dia dan isteri telah sepakat untuk tidak memiliki anak. Bukan itu sahaja, mereka juga mendapat sokongan daripada sebahagian ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Disebabkan oleh setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita merupakan satu doa, tanpa disangka-sangka Allah telah memakbulkannya.

2014 kami kahwin. Tahun pertama kahwin masing-masing sibuk dengan belajar. Selalu sebut taknak anak lagi.

Bila dah habis belajar, kononnya kami dah bersedia nak ada anak bersama. Rupanya Allah dah makbulkan doa kami yang mula-mula dulu. Tahun demi tahun kami berusaha, tapi belum ada rezeki anak.

Tapi kami tetap berusaha. Dua kali isteri saya gugur. Sakit sangat tengok masa dia gugur tu. Sampai saya buat keputusan takpelah tiada rezeki anak pun sebab tak sampai hati tengok isteri sakit keguguran.

Kemudian isteri memang dah berputus asa. Dia siap benarkan saya berkahwin lain. Tapi kami dah buat keputusan untuk cuba berusaha juga. Pantang mengalah dan terus berdoa, berusaha!

Turun naik jumpa doktor pakar selama enam tahun. Dua kali buat IVF di peringkat awal. Kami sentiasa berdoa dan berusaha.

ujian lambat dapat anak

Akhirnya, selepas lapan tahun. Kami dapat dukung dan cium zuriat sendiri. Alhamdulillah. 

Pesanan:

  1. Jangan doa yang pelik-pelik masa kita baru berkahwin
  2. Jika ada, sentiasa mohon ampun daripada Ilahi
  3. Jangan berputus asa daripada berusaha

Kadang-kadang Allah makbulkan doa kita dalam tidak sedar. Saya dan isteri minta doa supaya tidak dapat anak. 

Saya tidak menafikan bahawa perancangan Allah adalah lebih baik. Jadi di sini saya nak tekankan bahawa berhati-hatilah bila berdoa. Ada ketika kita minta sesuatu doa hanya untuk memuaskan emosi kita pada waktu tersebut.

Itu pengajaran yang saya dapat. Berhati-hati dengan doa dan jangan minta yang pelik-pelik.

Ujian pernikahan adalah benar, bercakap dan berdoa yang baik-baik

ujian anak

Perkongsiannya di TikTok telah mengundang komen dan pengalaman sama yang dialami oleh netizen.

Ya, sama macam saya dan suami. Kuasa doa memang benar. Saya dan suami masa awal-awal kahwin dahulu rancang nak santai-santai selama setahun. Maksudnya, lepas setahun baru kami nak ada anak.

Kita sama. Sebab masa tu saya tengah ambil ijazah. Bila betul-betul nak anak dan ikhtiar zuriat sampai tiga tahun lebih. Lepas buat IUI barulah lekat. Alhamduillah sekarang kami ada dua orang anak dah.

Sama macam saya, baru kahwin suami masih belajar. Saya juga ada niat nak belajar. Sekarang dah lima tahun, kami masih tidak ada rezeki zuriat. Tapi kami masih baik-baik sahaja sebab baru dapat duduk sekali.

Sama macam kawan saya. Masa kahwin, dia tengah buat Master dan siap ambil pil perancang sebab nak sambung PHD. Dari 2005 dia kahwin, sampai sekarang belum ada anak. Allah lebih mengetahui.

Ujian dalam rumah tangga: punca pasangan sukar dapat anak

Tidak semua pasangan berkahwin dimudahkan rezeki cahaya mata. Buat pasangan yang berdepan ujian dalam rumah tangga seperti ini, yakinlah bahawa setiap rezeki manusia adalah berbeza-beza.

Lebih tertekan lagi apabila orang sekeliling mula bertanya dan bercakap mengenai anak tanpa memikirkan perasaan suami isteri.

Pakar Obstetriks dan Ginekologi (O&G) terkenal, Profesor Dr Harlina Halizah Siraj menerangkan beberapa punca sukar dapat anak yang dihadapi kebanyakan pasangan kini. Apabila usia perkahwinan memasuki setahun ke atas, masalah belum punyai anak sering menjadi isu.

Menurutnya, punca masalah ini dari segi kesihatan yang utamanya adalah ketidaksuburan.

“Dalam masyarakat kita, isteri memang selalu dipersalahkan dalam soal ini, namun secara umumnya, penyebab ketidaksuburan boleh berlaku kepada isteri, suami atau kedua-duanya.

“Justeru, saya mahu betulkan persepsi salah kepada isteri sahaja yang dipersalahkan, sedangkan orang lelaki ada penyebab sama yang perlu diketahui puncanya dengan menemui pakar O&G untuk mengetahuinya,” ujarnya.

Dr Harlina berkata, tidak tinggal sebumbung dan hubungan kelamin tidak kerap turut mempengaruhi kesukaran mendapatkan cahaya mata sendiri.

“Jika pasangan tidak tinggal sebumbung kerana komitmen kerja yang jauh, sehingga kurang melakukan hubungan kelamin, maka ia mempengaruhi untuk mendapatkan zuriat.

“Selain itu, usia perkahwinan yang semakin lewat pada usia 30-an juga disebabkan bekerja setelah tamat pengajian pada usia 24 hingga 25 tahun, boleh menjadi penyebab kesuburan semakin merosot bagi wanita.

“Kerana menurut kajian, kesuburan wanita paling baik adalah ketika usia 20-an, semakin berusia, semakin kurang kesuburan itu sehingga menyukarkan untuk hamil,” katanya.

Kesimpulannya, ujian setelah menikah akan dihadapi oleh setiap pasangan bagi menguji kesabaran dan keyakinan anda kepada Yang Maha Esa. Sentiasalah berfikiran positif dan jangan mengalah dalam berusaha mendapatkan cahaya mata. Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

TikTok, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fenomena ChildFree, Ramai Pasangan Tak Nak Anak Atas Alasan Kewangan & Tidak Bersedia

Baca juga: ”Saya & Suami Tak Mahu Anak Ramai,” Bayi Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital

Baca juga: Pasangan TTC Paling Lama & Berjaya, Sabar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Selama 22 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak
Kongsikan:
  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham