Vaksin polio puntuk bayi penting untuk melindungi mereka daripada polio, sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh virus. Polio boleh menyebabkan lumpuh kekal atau kematian dan bayi yang tidak divaksin berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Apa Itu Vaksin Polio?
Ibu bapa perlu memastikan anak menerima imunisasi Polio (IPV) atau vaksin polio untuk bayi yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan.
Lengkapkan semua imunisasi untuk melindungi anak anda daripada penyakit polio.
Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan.
Vaksin polio melindungi kita daripada polio, sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan boleh menyebabkan lumpuh kekal.
Jenis Vaksin Polio
Terdapat dua jenis vaksin polio untuk bayi, ia adalah:
1.Vaksin Polio Inaktif (IPV)
Ini mengandungi virus yang telah dibunuh, jadi ia tak boleh menyebabkan polio.
Vaksin ini diberikan melalui suntikan berperingkat dan ia biasanya diberikan kepada kanak-kanak di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, dan banyak lagi, di mana risiko untuk terkena polio adalah rendah.
2.Vaksin Polio Oral (OPV)
Ini mengandungi virus yang dilemahkan dan diberikan dalam bentuk cecair melalui mulut.
Namun, vaksin ini tidak lagi digunakan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat kerana ada risiko jarang ia boleh menyebabkan polio jika virus tersebut tersebar lama dalam masyarakat dan berubah menjadi lebih kuat.
Tetapi, ia masih digunakan di beberapa negara dengan risiko polio yang tinggi kerana ia lebih murah dan mudah diberikan kepada ramai orang.
Bila Kanak-kanak Perlu Dapatkan Vaksin Polio Untuk Bayi?
Kanak-kanak biasanya akan menerima vaksin IPV pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 hingga 18 bulan, dan 4 hingga 6 tahun.
Kadang-kadang, vaksin ini diberikan bersama-sama dengan vaksin lain dalam satu suntikan. Jika begitu, anak anda mungkin akan dapat dos kelima, dan jangan risau, ia tetap selamat!
Anak yang akan pergi ke negara berisiko tinggi boleh mendapat vaksin dalam tempoh lebih singkat, dengan dos pertama seawal usia 6 minggu.
Namun, mereka tetap perlu menerima dos terakhir pada usia 4 tahun atau lebih (setidaknya 6 bulan selepas dos sebelumnya).
Mengapa Vaksin Polio Untuk Bayi Penting?
Vaksin ini sangat penting kerana ia melindungi kita daripada polio yang boleh menyebabkan lumpuh atau kematian.
Walaupun polio dah tiada di banyak negara seperti Amerika Syarikat, virus ini masih ada di negara lain dan boleh dibawa oleh pelancong.
Kesan Sampingan Vaksin Polio Untuk Bayi?
Biasanya, vaksin ini hanya menyebabkan kesan sampingan ringan seperti demam, sakit, kemerahan, atau bengkak di tempat suntikan.
Seperti vaksin lain, ada sedikit risiko pengsan dan peluang sangat kecil untuk reaksi alahan.
Bila Vaksin Boleh Diberi?
Kalau anak anda ada selsema biasa atau demam ringan, vaksinasi tetap boleh diteruskan. Tapi kalau mereka sakit teruk, doktor mungkin akan cadangkan untuk menangguhkannya.
Jika anak anda pernah mengalami reaksi alahan yang serius selepas vaksin sebelumnya atau terhadap antibiotik seperti neomisin, streptomisin, atau polimiksin B, bincang dengan doktor dulu.
Cara Jaga Anak Selepas Vaksin IPV
Kalau anak anda rasa sakit atau demam selepas suntikan, anda boleh tanya doktor tentang ubat yang sesuai, seperti paracetamol atau ibuprofen, dan dos yang betul.
Untuk mengurangkan rasa sakit di tempat suntikan, cuba letakkan kain lembap panas atau pad pemanas di kawasan tersebut. Bila anak bergerak atau guna lengan atau kaki yang disuntik, ia boleh bantu kurangkan sakit.
Bila Perlu Hubungi Doktor?
Segera hubungi doktor jika:
- Anda tak pasti sama ada vaksin perlu ditangguhkan atau tidak.
- Anak anda mengalami masalah selepas menerima vaksin.
Vaksin polio adalah cara terbaik untuk melindungi anak-anak kita daripada penyakit serius. Jangan ragu untuk berbincang dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kes Pertama Polio KEMBALI, 23 Orang Kanak-Kanak Tidak Divaksin Lengkap!
Baca juga: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia
Baca juga: Jadual Vaksin Bayi Dan Kanak-Kanak Di Malaysia Menurut KKM, Ibu, Pastikan Anak Dapat Vaksin Lengkap!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!