X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Waktu Imsak Boleh Makan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

4 min bacaan
Waktu Imsak Boleh Makan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Waktu imsak boleh makan atau tidak? Ia bukan penanda puasa, jadi masih boleh makan. Namun, berhenti segera apabila azan Subuh berkumandang.

Setiap kali Ramadan menjelang, persoalan mengenai waktu imsak sering menjadi perbualan. Ramai yang keliru sama ada waktu imsak boleh makan atau tidak. Adakah masih dibenarkan untuk makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang?

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Waktu Imsak?
  • Bolehkah Masih Makan Selepas Waktu Imsak?
  • Adakah Sah Puasa Jika Makan Selepas Imsak?

Apa Itu Waktu Imsak?

Secara bahasa, “imsak” berasal daripada perkataan Arab إمساك yang bermaksud menahan diri.

Dalam konteks puasa, imsak merujuk kepada waktu seseorang perlu bersiap sedia untuk berhenti makan dan minum sebelum masuknya waktu Subuh.

Namun, dari segi hukum, waktu imsak bukanlah waktu sebenar bermulanya puasa. Sebaliknya, ia hanyalah sebagai peringatan bahawa azan Subuh hampir tiba.

Oleh itu, seseorang masih boleh makan dan minum selagi belum masuk waktu Subuh.

Dalil yang menjelaskan perkara ini ialah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 187:

وَكُلُوا۟ وَاشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِ ۖ
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah hingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.” (Surah al-Baqarah: 187)

Ayat ini menunjukkan bahawa waktu sebenar seseorang perlu berhenti makan dan mula berpuasa adalah apabila masuknya fajar atau Subuh, bukan waktu imsak.

Bolehkah Masih Makan Selepas Waktu Imsak?

Berdasarkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang masih boleh makan dan minum selepas waktu imsak selagi azan Subuh belum dikumandangkan.

Hadis sahih daripada Abdullah bin Umar r.a. menjelaskan bahawa Rasulullah SAW sendiri memberikan kelonggaran untuk makan dan minum sehingga masuk waktu Subuh:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: “إِنَّ بِلاَلًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ”.
Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebagai tanda imsak), maka makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1919 & Muslim, No. 1092)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa selagi azan Subuh belum berkumandang, seseorang masih boleh makan dan minum. Ini membuktikan bahawa waktu imsak bukanlah penentu bermulanya puasa, tetapi lebih kepada waktu berjaga-jaga.

Adakah Sah Puasa Jika Makan Selepas Imsak?

Ya, puasa tetap sah jika seseorang makan selepas waktu imsak selagi belum masuk waktu Subuh.

Namun, para ulama menggalakkan agar seseorang berhenti makan lebih awal sebelum azan Subuh bagi mengelakkan was-was dan untuk lebih bersedia dalam berpuasa.

Sebaiknya, seseorang tidak melengah-lengahkan waktu sahur hingga saat-saat akhir.

Rasulullah SAW sendiri menggalakkan umat Islam untuk melewatkan sahur, tetapi tidak sampai waktu azan Subuh:

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، قَالَ: تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ ﷺ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟ قَالَ: قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.

Maksudnya: “Kami bersahur bersama Nabi ﷺ, kemudian Baginda bangun untuk solat. Aku bertanya, ‘Berapa lamakah jarak antara azan (Subuh) dan sahur itu?’ Baginda menjawab, ‘Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.'” (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1921 & Muslim, No. 1097)

Hadis ini menunjukkan bahawa waktu sahur yang paling afdal adalah mendekati waktu Subuh, tetapi masih mempunyai sedikit masa untuk bersedia sebelum azan dikumandangkan.

  1. Waktu imsak bukan waktu bermulanya puasa, tetapi hanya sebagai peringatan bahawa azan Subuh semakin hampir.
  2. Seseorang masih boleh makan dan minum selepas waktu imsak selagi belum masuk waktu Subuh.
  3. Dalil al-Quran dan hadis menunjukkan bahawa puasa bermula apabila masuknya waktu Subuh, bukan waktu imsak.
  4. Walaupun dibolehkan makan selepas imsak, lebih baik berhenti awal bagi mengelakkan keraguan dan mempersiapkan diri untuk berpuasa dengan lebih tenang.

Sebagai umat Islam, adalah penting untuk memahami hukum yang sebenar waktu imsak boleh makan atau tidak agar ibadah puasa kita lebih sempurna.

Jangan tersalah faham bahawa waktu imsak menandakan bermulanya puasa, sebaliknya ia hanyalah waktu berjaga-jaga untuk bersiap sedia sebelum masuknya fajar.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Baca juga: Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

Baca juga: Boleh Ke Mandi Wajib Selepas Sahur? Ini Penjelasan Mufti WP

Stories Rakan Kongsi
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Waktu Imsak Boleh Makan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham