Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

Wanita hamil kembar 4 di China melahirkan 2 bayi lebih awal dan pramatang manakala, 2 lagi bayi masih di dalam kandungannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita di China yang hamil kembar empat melahirkan dua daripada bayinya pada minggu lalu, manakala dua lagi masih berada di dalam kandungan.

Menerusi laporan portal South China Morning Post yang memetik w.dzwww.com, kelahiran pertama bayi lelaki wanita itu adalah pada 22 Mac lalu di Hospital Qilu Universiti Shandong di Jinan, wilayah Shandong di timur China selepas hamil 25 minggu dan 6 hari. Bayi kedua pula dilahirkan pada empat hari kemudian.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bukan tiga, rupanya kembar empat
  • Wanita hamil kembar alami masalah serviks

Bukan tiga, rupanya wanita hamil kembar empat

Kedua-dua bayi tersebut diletakkan di dalam inkubator. Seorang doktor dari hospital tersebut, Ma Yuyan dilaporkan berkata, doktor berusaha menangguhkan kelahiran dua lagi bayi berikutan bayi pramatang cenderung mengalami komplikasi.

“Dua bayi pertama itu dilahirkan sangat awal. Sekiranya keempat-empat bayi ini dilahirkan dalam masa yang sama, mereka akan mengalami banyak komplikasi selain berisiko untuk mereka meneruskan hidup,” ujarnya.

Dalam laporan itu juga, bapa tersebut yang dikenali sebagai Chu belum berpeluang melihat bayinya.

“Bayi saya di dalam inkubator dan saya belum bertemu dengan mereka lagi,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki tersebut memberitahu, dia mengurut kaki isterinya selama 1/2 jam setiap hari kerana kakinya bengkak ekoran kehamilan tersebut.

“Isteri saya menanggung kesusahan yang sangat payah. Saya berterima kasih kepadanya,” kata Chu.

Chu juga memberitahu, isterinya yang berusia 22 tahun pada mulanya dimaklumkan mengandung kembar tiga kerana janin keempat tidak kelihatan sewaktu pemeriksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan tersebut berasal dari kawasan luar bandar Jining di Shandong dengan pendapatan isi rumah sebanyak 5,000 yuan (AS$786 atau kira-kira RM3,310.63) sebulan. Chu bekerja di sebuah syarikat logistik.

Bagi kos perubatan, mereka memaklumkan ia dianggarkan 10,000 yuan (AS$1,573 atau kira-kira RM6,630.81) untuk setiap bayi dan setiap hari diletakkan di dalam inkubator. Ia sekali gus memberi beban kewangan yang berat kepada keluarga tersebut.

Wanita hamil kembar alami masalah serviks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Ma, wanita tersebut hadir bagi mendapatkan rawatan perubatan untuk masalah serviks ketika dia mengandung 22 minggu. Kemudian dia menjalani prosedur bagi menguatkan serviks.

Selepas tiga minggu, anak pertama yang juga lelaki dilahirkan dengan berat 700 gram. Doktor melakukan prosedur kecemasan sekali lagi dan empat hari kemudian, bayi lelaki kedua pula dilahirkan pramatang dengan berat 800 gram.

“Kami tidak mengesyorkan wanita mengandung dengan janin banyak berikutan kelahiran pramatang adalah tinggi, ketuban pecah sebelum adanya tanda bersalin serta masalah kesihatan seperti hipertensi dan diabetes“.

“Kami menasihati pasangan ini mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan janin berdasarkan penilaian yang ketat. Secara umumnya, kembar dua selamat,” katanya.

Kelahiran selang waktu ini jarang berlaku di China dan seluruh dunia. Pada 2017, seorang wanita di Yichang, Hubei iaitu tengah China melahirkan seorang bayi lelaki 6 hari lebih awal daripada dua kakaknya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Awal Scan Ingatkan Kembar, Doktor Terkejut Bayi Lahir Kepala Dua Pada Satu Badan

Baca juga: Malaysia Catat Sejarah, Kali Pertama Pembedahan Kembar Siam Pramatang Dijalankan

Baca juga: Dr Hamid Arshat Kongsikan Petua Dapat Anak Kembar, Walaupun Tiada Baka Anda Masih Ada Peluang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan