9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza - ibu kena alert!

lead image

Warna najis dan tahap kesihatan bayi saling berkait. Sebab itu ibu wajib alert apa warna najis bayi. Barulah anda boleh tahu bayi sihat atau tidak!

Selepas ada anak, setiap parents akan belajar cara membasuh najis. Tapi tahukah anda warna najis bayi membawa maksud tertentu? Ha... untuk new parents, jom kita ambil tahu tentang warna najis dan tahap kesihatan bayi ini.

Setiap warna najis akan membawa maksud sama ada bayi mendapat khasiat dan nutrisi yang mencukupi atau tidak.

Untuk memudahkan kerja ibu check, ini antara 9 warna najis dan tahap kesihatan bayi yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia. 

Sambil cuci najis anak tu, tengok dulu apa warnanya ya!

9 warna najis dan tahap kesihatan bayi

#1 Najis bayi baru lahir - hitam, hijau gelap

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/black.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Pada beberapa hari terawal bayi baru lahir, anda akan nampak najis mereka berwarna hitam (atau hijam kehitaman) yang sedikit melekit. 

Jangan panik. Warna najis dan tahap kesihatan bayi ketika ini masih normal. Najis warna hitam ini dipanggil meconium dan terdiri daripada perkara yang bayi anda telan sewaktu dalam uterus, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion.

Tiada apa yang perlu anda bimbang tentang meconium yang menyebabkan tahi hitam.

Beberapa sebab lain yang menyebabkan tahi bayi kehitaman adalah kerana bayi anda  menyalurkan darah dalam najisnya.

#2 Warna najis bayi yang menyusu badan - kuning mustard/coklat

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/mustardyellow.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan mempunyai najis berwarna seperti ini dalam tekstur cair atau seperti doh. 

Ada kalanya, ia didatangi dengan biji-biji seakan biji sawi. Namun, jangan keliru antara najis bayi yang minum susu badan dan minum susu formula. 

Najis bayi yang minum susu badan tidak busuk. Malah, adalah normal jika bayi tidak berak selama 10 hari (tapi kurang dari 14 hari) jika bayi tak demam, tak meragam, tak muntah dan aktif seperti biasa.

#3 Warna najis bayi yang minum susu formula

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/yellowbrown.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Najis bayi yang minum susu formula akan berwarna kuning kecoklatan dan dalam tekstur seperti peanut butter

Najis ini juga berbeza dari najis #2 kerana ia lebih besar dan lebih busuk. Bayi wajib berak sehari sekali kerana jika tidak, mereka akan terkena sembelit.

#4 Warna najis dan tahap kesihatan: Warna-warni

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/multicoloured.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Warna najis ini bermaksud makanan yang dimakan si kecil anda itu tidak dihadam dengan betul.

Perkara ini berlaku kadang-kadang kerana sesetengah jenis makanan hanya sebahagian saja dicerna, atau tidak dipecahkan sama sekali kerana ia bergerak dengan pantas melalui usus bayi.

Anda mungkin melihat ini lagi jika si manja anda suka makanannya sangat-sangat sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan.

#5 Warna najis dan tahap kesihatan: Warna hijau

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/brightgreenandfrothy.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Warna ini boleh terjadi pada bayi yang diberi makanan tambahan zat besi untuk menambah darah. 

Ia juga mungkin terjadi pada bayi yang baru mula diperkenalkan makanan pejal. Bau najis ini sedikit busuk dan ia agak pekat.

#6 Warna najis dan tahap kesihatan: Warna oren/kuning/coklat

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/wateryyellowgreenbrown.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Jika najis bayi ini cenderung sedikit berair, ia bermaksud si manja anda sudah terkena cirit-birit. Najis ini juga sering terbocor keluar dari lampin bayi.

Cirit-birit pada bayi harus diambil serius kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. 

#7 Warna najis dan tahap kesihatan: Warna merah

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/red.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Najis yang berwarna kemerahan dan sedikit hitam boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan. Ia kerana luka atau darah dari puting ibu. 

Ataupun jika bayi makan ubi bit. Tapi ibu jangan panik. Cara nak mengatasi masalah ini ialah dengan berbincang sama pakar laktasi. Beritahu doktor cara penyusuan anda. 

Tapi jika anda tidak pasti mengapa darah ada dalam najis bayi, segera bawa bayi berjumpa doktor. Ia mungkin kerana alahan (pada susu formula), jangkitan bakteria atau luka di dubur bayi.

#8 Warna najis dan tahap kesihatan: Warna putih

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/white.jpg 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza   ibu kena alert!

Warna najis putih agak luar biasa dan jarang berlaku. 

Tahi mendapat warna dari hempedu, jadi ketiadaan hempedu menyebabkan  tahi kehilangan warnanya, menyebabkan tahi menjadi putih kapur.

Tahi putih juga mungkin petanda masalah pundi hempedu atau hati, jadi adalah terbaik untuk membawa bayi anda ke doktor jika anda mendapati tahi warna ini, hanya untuk keselamatan.

#9 Najis keras

Najis keras akan menyebabkan bayi sukar nak berak. Antara tanda-tanda najis keras ialah najis keluar berketul-ketul seperti batu.

Bayi pula akan kerap kembung perut dan meragam. Anda akan nampak bayi seakan-akan meneran dengan kuat ketika nak buang air besar. 

Ini sama ada kerana bayi kena sembelit, baru belajar nak makan makanan pejal, alahan pada susu formula, kurang air atau kurang serat.