10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Serius

lead image

Tahukah anda tentang 10 tanda-tanda masalah kehamilan ini? Ianya penting untuk anda ketahui bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang proses mengandung.

Saat mengetahui yang anda hamil adalah saat yang paling menggembirakan. Bakal ibu akan mengalami banyak perubahan secara fizikal dan emosi dalam masa yang singkat.

Dalam kesibukan menyesuaikan diri dan membuat persiapan sebelum anak dilahirkan, kadang-kadang ia sukar untuk menentukan tanda-tanda masalah kehamilan.

Sudah tentu bakal ibu dan wanita yang sihat mahu pengalaman kehamilan yang normal dan melahirkan anak tanpa sebarang masalah.

Tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi masalah kehamilan, sama ada untuk menghubungi doktor anda, atau untuk bergesa-gesa ke hospital bergantung kepada:

9 tanda yang anda bakal bersalin dalam masa terdekat ini!

1. Kelahiran pramatang

Antaranya ialah kesakitan abdomen berserta dengan sakit yang memulas-mulas yang berulang dan berlarutan.

Ada juga yang merasakan kesakitan itu melarat sehingga ke pinggang.

Rahim akan mula mengecut dan pangkal rahim akan mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu.

Jika tidak dikawal, ini boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan keluar sebelum tiba masanya. 

Tetapi banyak ibu baru boleh terkeliru antara kontraksi sebenar dengan yang palsu.

Kontraksi palsu ini dipanggil kontraksi Braxton-Hicks. Ia adalah kontraksi yang tidak dapat diramal, tidak berpola, tidak bertambah sakit dan biasanya akan mereda.

Kontraksi yang sebenar akan berulang dalam kitaran kira-kira 10 minit atau kurang, dengan peningkatan dari segi kesakitan dan kekerapan.

Tindakan yang perlu diambil: Ibu hamil perlu mementingkan keselamatan bayinya.

Jika ibu hamil mengalami kontraksi terutamanya sebelum tarikh untuk melahirkan anak, hubungi doktor dengan serta-merta.

Doktor akan memeriksa ibu hamil dan bergantung kepada keputusan doktor, dia mungkin perlu rehat di wad untuk pemerhatian.

Doktor akan cuba untuk memanjangkan kehamilan untuk mengelak kelahiran pramatang.

2. Lendiran dari faraj

masalah kehamilan

foto kredit : showboxshowbox

Lendiran dari faraj sama ada ianya berbentuk lendir pekat, cecair yang cair atau bercampur dengan darah.

Apatah lagi darah yang keluar adalah darah yang merah!

Semuanya tidak boleh dipandang ringan, kerana ia boleh menunjukkan jangkitan faraj, air ketuban bocor, atau kelahiran pramatang.

Tetapi darah bercampur lendir atau spotting selepas minggu ke-37 dan peningkatan lendir adalah normal dan mungkin menunjukkan bahawa anda akan bersalin.

Tindakan yang perlu diambil: Beritahu doktor jika ada sebarang lendiran dari faraj, terutamanya untuk lendir yang berair atau berdarah.

Doktor akan memutuskan jika anda perlu diwad dengan segera ataupun tidak.

3. Pendarahan

Trimester pertama: Pendarahan disertakan dengan sakit perut semasa trimester pertama mungkin tanda kehamilan ektopik (kehamilan diluar rahim, yang boleh mengancam nyawa!).

Trimester pertama atau awal trimeter kedua: Pendarahan banyak disertakan kesakitan abdomen yang memulas-mulas mungkin menunjukkan keguguran.

Trimester kedua atau ketiga: Pendarahan mungkin menunjukkan plasenta previa (implantasi plasenta yang rendah) atau gangguan plasenta (plasenta yang terpisahkan dari lapisan rahim).

Rupanya mungkin dalam bentuk spotting (warna merah jambu, merah atau coklat) atau pendarahan berat (dalam bentuk ketul-ketul ataupun tidak).

Tindakan yang perlu diambil: Sebarang pendarahan semasa mengandung adalah tanda masalah kehamilan dan memerlukan perhatian segera.

Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, jangan berlengah.

Terus pergi ke wad kecemasan dan telefon doktor anda ketika dalam perjalanan ke hospital.

4. Bayi kurang aktif dan tidak bergerak

Sekiranya bayi anda kurang aktif, ini mungkin tanda bayi tidak menerima oksigen dan nutrien yang secukupnya dari plasenta.

Apabila anda perasaan bayi kurang aktif atau tiada pergerakan langsung, minum sesuatu yang sejuk atau makan sesuatu yang manis, kemudian baring secare mengiring dan mula hitung pergerakkan bayi.

Anda sepatutnya mengalami sekurang-kurangnya 10 kali tendangan atau lebih, dalam tempoh dua jam.

6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

Tindakan yang perlu diambil: Jika anda mengalami jumlah tendangan yang kurang dari yang sepatutnya, hubungi doktor anda.

5. Jangkitan pundi kencing atau yis

Jika kencing anda rasa panas, anda kencing dengan sedikit atau tidak kencing lansung, ini boleh menunjukkan jangkitan pundi kencing atau jangkitan yis.

Jangkitan pundi kencing adalah jangkitan yang biasa berlaku ketika hamil.  

Tindakan yang perlu diambil: Dapatkan pengesahan dari doktor tentang jenis jangkitan dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.

6. Loya dan muntah-muntah yang teruk

Jika anda rasa loya dan muntah sehingga anda tidak dapat mengekalkan apa-apa makanan atau minuman dalam perut anda, ketahuilah bahawa keadaan ini adalah berbahaya.

Jika anda tidak boleh makan atau minum apa-apa, anda berpotensi untuk mengalami dehidrasi dan mungkin kurang sihat (kerana kekurangan nutrien yang diperlukan).

Ini boleh menyebabkan komplikasi pada janin, masalah kehamilan dan kelahiran pramatang.

Kekurangan Air (Dehidrasi) Ketika Hamil: Tanda-Tanda Bahaya dan Cara Mengatasi

Tindakan yang perlu diambil: Terdapat ubat selamat yang boleh dimakan untuk mengawal loya dan mengelak rasa muntah.

Doktor juga boleh boleh menasihati beberapa perubahan diet yang boleh membantu.

7. Pra-eklampsia

masalah kehamilan

foto kredit : New Kids Center

Sakit kepala yang teruk, sakit perut, gangguan penglihatan, dan bengkak-bengkak terutamanya semasa trimester kedua atau ketiga adalah tanda-tanda preeklampsia.

Masalah kehamilan serius ini berpotensi membawa maut kepada ibu dan bayi.

Pra-eklampsia, yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan protein berlebihan dalam air kencing, biasanya berlaku selepas minggu kehamilan ke-20.

Tindakan yang perlu diambil: Penjagaan pra-natal yang baik boleh membantu mengenal pasti pra-eklampsia di peringkat awal untuk mengelakkan komplikasi serius. 

Jangan terlepas temujanji dengan klinik kesihatan atau doktor anda!

8. Trauma di kawasan perut

Salah satu fungsi cecair amnion adalah untuk melindungi bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, sebarang trauma yang serius ke bahagian perut masih boleh membahayakan bayi atau masalah kehamilan lain seperti plasenta yang tercabut dari dinding rahim.

Tindakan yang perlu diambil: Tiada cara lain. Ianya sangat serius. Jadi, anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

9. Pengsan, loya, palpitasi tanda masalah kehamilan

masalah kehamilan

Foto kredit: HealthyWomen

Rasa pengsan, pening kepala yang kerap, denyutan jantung yang cepat, atau palpitasi jantung adalah tanda-tanda masalah kehamilan yang tidak patut diabaikan.

Walaupun dalam kebanyakan kes, keadaan ini mungkin disebabkan apabila ibu hamil tidak mendapat makanan atau minuman yang secukupnya.

Anda mungkin mengalami anemia, hipertensi, atau masalah lain.

Tindakan yang perlu diambil: Hubungi doktor anda dengan segera.

10. Penyakit selesema AH1N1

Penyakit AH1N1 sudah terbukti sangat berisiko bagi wanita hamil dan boleh mendatangkan masalah kehamilan.

Beritahu doktor sekiranya anda fikir anda mungkin terjangkit penyakit AH1N1 atau jika anda mempunyai simptom-simptom:

  • selesema,
  • demam,
  • sakit tekak,
  • batuk,
  • hidung berair,
  • keletihan,
  • sakit badan dan menggigil kesejukkan
  • muntah atau cirit-birit.

Wanita hamil lebih senang terjangkit kerana kehamilan akan menambah tekanan pada sistem imun mereka. 

Tindakan yang perlu diambil: Hubungi doktor anda dengan segera.

Sumber: Smart Parenting