TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Tanda, Punca Dan Cara Berkesan Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Legakan Si Manja!

5 min bacaan
Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Tanda, Punca Dan Cara Berkesan Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Legakan Si Manja!

Risau baby tak berak? Ketahui tanda sembelit, punca berdasarkan jenis susu, serta bila ibu ayah perlu bawa bayi berjumpa dengan doktor

Baby tak berak atau sukar membuang air besar mungkin sedang mengalami masalah sembelit. Ada bayi bawah 6 bulan yang membuang beberapa kali sehari, manakala ada juga hanya sekali sehari atau setiap 2 hari.

Apa yang penting, najisnya lembut dan mudah keluar. Walaupun sembelit lazim berlaku, ia kadangkala boleh jadi tanda masalah kesihatan tertentu.

Isi Kandungan

  • Baby Tak Berak Tandanya Sembelit?
  • Jenis Penyusuan dan Masalah Sembelit Bayi
  • Kaedah Rawatan Atasi Keadaan Baby Tak Berak
  • Baby Tak Berak: Bila Perlu Bawa Jumpa Doktor?
  • Baby Tak Berak Berpunca Keadaan Perubatan

Baby Tak Berak Tandanya Sembelit?

Bayi yang tidak membuang air besar selama beberapa hari boleh membuat ibu bapa risau, tetapi penting untuk memahami bahawa setiap bayi mempunyai corak buang air besar yang berbeza.

Ada bayi yang berak setiap hari, manakala ada yang hanya beberapa kali seminggu. 

Jika bayi anda tidak berak lebih daripada lima hari, nampak gelisah, perutnya keras atau menangis sambil meneran, itu mungkin tanda bayi sembelit.

Meneran

Pernah lihat bayi anda meneran sambil muka merah padam macam sedang angkat dumbbell? Ia sebenarnya normal, terutamanya bagi bayi baru lahir.

Bayi kecil masih belajar bagaimana mengawal otot di sekitar perut mereka, jadi sedikit “drama” ketika membuang air besar adalah biasa.

Namun, jika najis yang keluar berbentuk keras seperti ketulan kecil, ini bukan lagi perkara biasa. Ia tanda sembelit dan mungkin bayi anda perlukan bantuan untuk melegakan keadaannya.

Jenis Penyusuan dan Masalah Sembelit Bayi

Menyusu Badan

Tahukah anda? Bayi yang menyusu badan jarang mengalami sembelit kerana susu ibu mudah dicerna dan mengandungi enzim yang membantu melancarkan pencernaan.

Jika bayi menyusu badan tidak berak selama beberapa hari tetapi masih aktif dan tidak menunjukkan tanda tidak selesa, ini biasanya tidak membimbangkan.

Susu Formula

Bayi yang diberi susu formula lebih cenderung mengalami sembelit kerana susu formula sukar dihadam berbanding susu ibu.

Jika bayi anda sembelit, cuba periksa jenama susu formula yang digunakan dan pastikan anda mencampurkannya dengan betul mengikut arahan pada bungkusan

Elakkan Ini:

Sebagai ibu bapa, niat kita adalah untuk membantu bayi dengan cepat, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dielakkan:

  • Jangan sesekali memberikan julap atau ubat untuk sembelit tanpa mendapatkan nasihat doktor. Ubat yang salah boleh memudaratkan sistem pencernaan bayi.
  • Bayi yang belum cukup umur untuk makan pepejal (sebelum 6 bulan) boleh menghadapi masalah pencernaan kerana usus mereka belum matang.
  • Walaupun air penting, bayi di bawah 6 bulan yang hanya menyusu badan atau susu formula tidak memerlukan air tambahan kecuali diarahkan oleh doktor.

Kaedah Rawatan Atasi Keadaan Baby Tak Berak

1. Urutan Perut

Urut lembut perut bayi menggunakan gerakan bulat mengikut arah jam. Teknik ini membantu merangsang otot di usus bayi, sekali gus memudahkan pergerakan najis.

2. Senaman Kaki “Basikal”

Baringkan bayi dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Aktiviti ini menyeronokkan dan sangat membantu usus mereka untuk “berfungsi”.

3. Mandi Air Suam

Mandi air suam boleh membuatkan bayi lebih relaks. Kadangkala, ia juga membantu melonggarkan otot di sekitar usus mereka.

4. Puri Buah

Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas, puri buah seperti pir, prune atau epal sangat bagus untuk mengatasi sembelit.

Buah-buahan ini tinggi serat dan boleh membantu melancarkan pencernaan bayi.

Baby Tak Berak: Bila Perlu Bawa Jumpa Doktor?

Walaupun kebanyakan kes sembelit bayi boleh diselesaikan di rumah, ada waktu di mana anda perlu segera mendapatkan bantuan doktor:

  • Bayi tidak berak lebih dari 7 hari.
  • Najis berdarah atau berbentuk sangat keras.
  • Bayi menangis teresak-esak setiap kali cuba membuang air besar.
  • Ada simptom lain seperti muntah, demam atau tidak mahu menyusu.

Doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal dan jika perlu rawatan khas akan diberikan untuk melegakan sembelit bayi anda.

Baby Tak Berak Berpunca Keadaan Perubatan

Walaupun jarang, sembelit pada bayi kadangkala boleh disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu, seperti:

Hirschsprung’s Disease

Keadaan di mana sebahagian usus besar tidak mempunyai sel saraf yang berfungsi. Ini menyebabkan najis tersumbat di dalam usus.

Hypothyroidism

Masalah hormon tiroid yang rendah boleh melambatkan proses pencernaan bayi.

Alergi Susu Lembu

Bayi yang alah kepada protein susu lembu mungkin mengalami masalah sembelit selain simptom lain seperti ruam kulit atau muntah.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Baby tak berak tidak semestinya sesuatu yang perlu dirisaukan, tetapi penting untuk memerhati tanda-tanda lain seperti ketidakselesaan atau perubahan pada najis.

Jika anda ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keadaan bayi anda normal dan sihat.

Healthy Children, NHS

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Dah Menyusu & Tukar Lampin, Ini Cara Mengatasinya

Baca juga: Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

Baca juga: Warna Najis Bayi Berlendir Kuning, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Tanda, Punca Dan Cara Berkesan Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Legakan Si Manja!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham