Bayi 4 bulan mati tercekik selepas ditinggalkan minum botol susu bersendirian

Ibu bapa, jangan biarkan bayi anda menyusu berseorangan dengan botol yang disandar di atas selimut digulung mahupun bantal botol susu! Ambil pengajaran dari kisah ini...

Seorang bayi tercekik susu selepas dia dibiar minum bersendirian dengan botol susu yang disandar di atas selimut yang digulung.

Alex Masters, seorang bayi berusia 4 bulan mati lemas dengan kedua-dua belah paru-parunya penuh dengan susu. Ketika itu, bayi itu sedang dijaga oleh penjaganya yang bernama, Claire Sawyer.

Setelah menjaga Alex semalaman, Claire terbangun kerana mendengar tangisan Alex. Claire pun meletakkan Alex ke dalam car seat dan memberikan sebotol susu yang disandar di atas selimut digulung pada bayi tersebut.

Tapi sambil menunggu itu, Claire telah tertidur di sofa kerana terlalu mengantuk. Apabila terjaga dari tidur, Claire mendapati bibir Alex sudah membiru.

Alex digegaskan ke hospital Lincoln County di mana dia didapati telah meninggal dunia biarpun banyak cubaan untuk memulihkannya. Penyelidik di Lincoln Cathedral Centre menentukan sebab kematian sebagai bayi tercekik susu.

bayi tercekik susu, bantal botol susu, tercekik, anak tercekik, bayi tercekik, risiko tercekik

Risiko bayi tercekik susu adalah tinggi jika mereka tidak diawasi ketika minum susu dari botol yang disandar atas selimut atau bantal susu. Sumber gambar: Strong4Life.

Ketua penyelidik Stuart Fisher menasihatkan semua penjaga dan ibu bapa supaya tidak meninggalkan bayi mereka tanpa pengawasan ketika mereka sedang minum susu dari botol. Ini sangat berbahaya dan risiko bayi tercekik susu adalah tinggi.

Lebih-lebih lagi dengan adanya inovasi baru iaitu bantal botol susu yang memudahkan tugas penjaga atau ibu bapa.

Apabila menggunakan bantal botol susu ini, mereka tidak perlu memegang botol susu anak semasa anak menyusu.

Jangan sekalipun berlengah ketika mengawasi bayi terutamanya jika dia sedang menyusu dari botol yang dibiar bersandar di atas selimut mahupun bantal,” ujar Stuart.

Risiko bayi tercekik susu jika tanpa pengawasan

Ya, memang tugas memberi susu akan menjadi lebih senang jika botol bayi disandar pada bantal atau selimut digulung supaya bayi itu boleh menyusu sendiri tanpa bantuan.

Tetapi apabila botol susu disandar begitu sahaja tanpa pengawasan, ini boleh meningkatkan risiko bayi tercekik susu.

Berikut apa yang boleh berlaku jika bayi dibiarkan menyusu sendiri tanpa diawasi:

1. Tercekik

Apabila menyusu dengan kedudukan botol yang dinaikkan, bayi tidak dapat mengawal berapa pantas dia menelan susu.

Tidak kira susu ibu mahupun formula yang diberi melalui botol, ianya masih boleh menyebabkan bayi tercekik susu, terutamanya jika susu keluar dengan deras dan lebih cepat daripada kemampuan bayi untuk menelan.

Susu itu juga boleh mengalir ke saluran yang salah, atau terhirup ke dalam paru-paru.

2. Mati lemas

bayi tercekik susu, bantal botol susu, tercekik, anak tercekik, bayi tercekik, risiko tercekik

Apabila kedudukan botol dinaikkan, bayi tidak dapat mengawal berapa deras susu itu keluar dan ini boleh meningkatkan risiko bayi tercekik susu. Sumber: Baby Center Community.

Bayi itu juga berisiko sesak nafas jika kedudukan botol(secara tidak sengaja) beralih dan menutup muka bayi ketika dia bergerak. Bayi yang tidak dapat mengalihkan botol susu itu boleh kekurangan nafas dan akhirnya meninggal akibat sesak nafas.

3. Kerosakkan gigi

Biarpun anak akhirnya akan kehilangan semua gigi susunya, ibu bapa masih perlu menjaga kesihatan gigi anak.

Apabila bayi menyusu sehingga tidur, gigi mereka terdedah kepada gula dari susu. Tetapi jika bayi anda minum secara tegak dan terjaga semasa menyusu, air liur yang terhasil boleh “membersihkan” gula dari gigi.

Dalam kedudukan terlentang, air liur hanya akan bertakung dan gula dari susu akan berada pada gigi anak untuk masa yang lama.

Sebaik-baiknya, jangan biar anak menyusu hingga tertidur, dan pastikan ibu bapa rajin mencuci gusi dan gigi bayi selepas menyusu.

4. Jangkitan telinga

Menyusu dari botol dengan pemegang dan dalam posisi terlentang mungkin boleh menyebabkan jangkitan telinga.

Menurut laman web Pusat Perubatan Kanak-kanak Intermountain, apabila bayi anda tidur terlentang sambil menyusu dari botol, susu itu akan berkumpul di bahagian belakang mulutnya.

Jangkitan boleh berlaku jika susu itu mengalir ke saluran salah sehingga ke telinganya. Pertumbuhan bakteria akan berlaku dan masuk ke dalam tiub Eustachian dan mengakibatkan jangkitan.

bayi tercekik susu, bantal botol susu, tercekik, anak tercekik, bayi tercekik, risiko tercekik

Pada pendapat saya, biarpun sibuk mana pun, luangkan masa untuk menyusukan anak dan jangan biarkan mereka menyusu sendirian.

Kalau boleh, jangan pakai bantal botol bayi atau selimut yang digulung, supaya anak boleh menyusu sendiri. Kenapa tak dukung sahaja anak kesayangan anda?

Lagipun mereka tidak kecil selama-lamanya. 

Kita semua manusia juga. Badan kita pandai penat dan kita juga boleh terlelap dengan sekelip mata. Kadang-kala kita senang terlupa apabila perlu menjaga lebih dari seorang anak dan banyak tugas rumah yang belum selesai lagi.

Jadi janganlah ambil risiko ini dengan membiarkan mereka minum susu tanpa pengawasan kerana kemungkinan bayi tercekik susu adalah tinggi.

Sebarkanlah artikel ini agar lebih ramai ibu bapa tahu bahayanya meninggalkan anak menyusu bersendirian tanpa pengawasan dengan menggunakan bantal botol susu.

 

 

 

 

 

 

Sumber: The Sun, Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu dan Ayah, Siapkan Diri Anda dengan Teknik CPR untuk Bayi