TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Selamat & Berkesan Di Rumah

4 min bacaan
Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Selamat & Berkesan Di Rumah

Cara hilangkan batuk bayi tanpa bergantung ubat seperti beri susu ibu, tinggikan kepala serta wap air untuk melegakan saluran pernafasan.

Bila bayi batuk, ibu bapa mesti rasa tak tenang. Walaupun batuk ringan biasanya akan sembuh dengan sendirinya, terdapat beberapa cara hilangkan batuk bayi yang boleh membantu melegakan ketidakselesaan bayi di rumah dengan selamat.

Isi Kandungan

  • Punca Bayi Mengalami Batuk
  • Waspada Dengan Ubat Selsema & Batuk Untuk Kanak-kanak Bawah 2 Tahun
  • Cara Hilangkan Batuk Bayi

Punca Bayi Mengalami Batuk

1. Jangkitan virus

Kebanyakan batuk disebabkan oleh virus seperti selesema atau RSV. Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan bayi, mengakibatkan pengeluaran lendir berlebihan dan batuk yang berpanjangan.

Kebanyakan jangkitan virus akan pulih sendiri dalam beberapa hari hingga seminggu.

2. Udara Kering

Persekitaran yang terlalu kering boleh menyebabkan kerengsaan tekak bayi, terutama pada musim sejuk atau jika berada dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.

Udara kering boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi menjadi kering dan lebih mudah teriritasi mengakibatkan batuk.

3. Alergi

Habuk, bulu haiwan, debunga atau bahan pencemar boleh mencetuskan reaksi alergi pada bayi. Alergi ini boleh menyebabkan hidung tersumbat, mata berair dan batuk kronik.

Sekiranya bayi sering batuk tanpa gejala demam atau selsema, kemungkinan besar ia berkaitan dengan alahan.

4. Asid Refluks

Bayi yang mengalami GERD (gastroesophageal reflux) mungkin batuk akibat asid perut yang naik ke tekak. Ini boleh berlaku terutamanya selepas menyusu atau ketika bayi berbaring.

Selain batuk, bayi dengan GERD mungkin mengalami muntah yang kerap, rewel selepas menyusu atau kesukaran tidur.

5. Asma

Jika bayi mempunyai sejarah keluarga asma, batuk yang berterusan mungkin petanda awal. Asma pada bayi boleh menyebabkan batuk berkahak, nafas berbunyi (wheezing) dan kesukaran bernafas, terutama pada waktu malam atau selepas terdedah kepada faktor pencetus seperti debu dan udara sejuk.

Waspada Dengan Ubat Selsema & Batuk Untuk Kanak-kanak Bawah 2 Tahun

Penting untuk diingat bahawa ubat batuk dan selsema yang dijual di farmasi tidak selamat untuk bayi bawah 2 tahun

kerana risiko kesan sampingan yang serius, termasuk kesukaran bernafas dan gangguan sistem saraf.

Pakar pediatrik menyarankan agar ibu bapa mengelakkan ubat tanpa preskripsi dan memilih kaedah semula jadi untuk melegakan batuk bayi.

Batuk pada bayi memang merisaukan, terutama jika mereka masih kecil dan belum boleh mengambil ubat batuk biasa. Tetapi jangan risau! Berikut adalah beberapa cara selamat dan semula jadi yang boleh anda cuba di rumah untuk membantu melegakan batuk si manja:

Cara Hilangkan Batuk Bayi

1. Berikan Susu Ibu atau Air Secukupnya

Susu ibu mengandungi antibodi semula jadi yang dapat membantu bayi melawan jangkitan. Jika bayi sudah boleh minum air kosong (6 bulan ke atas), pastikan mereka cukup terhidrat untuk mengelakkan tekak kering.

2. Gunakan Humidifier atau Mandi Air Suam

Udara yang terlalu kering boleh menyebabkan batuk bertambah teruk. Gunakan humidifier di bilik bayi atau mandikan mereka dengan air suam untuk menghasilkan wap yang membantu melegakan saluran pernafasan.

3. Tinggikan Kepala Bayi Semasa Tidur

Jika bayi batuk terutama pada waktu malam, cuba letakkan bantal kecil di bawah tilam mereka untuk sedikit meninggikan kepala. Ini boleh membantu mengurangkan lendir terkumpul di tekak.

4. Gunakan Minyak Telon atau Minyak Kelapa

Urut dada dan tapak kaki bayi dengan minyak telon atau minyak kelapa untuk memberi kehangatan dan membantu melegakan batuk. Pastikan minyak yang digunakan sesuai untuk bayi dan tidak menyebabkan iritasi.

5. Madu Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas

Jika bayi sudah berumur 1 tahun ke atas, anda boleh memberi sedikit madu sebagai ubat batuk semula jadi. Madu membantu melembapkan tekak dan mengurangkan kekerapan batuk. (Jangan beri madu kepada bayi bawah 1 tahun kerana risiko botulisme).

6. Berikan Sup Ayam atau Makanan Berkuah

Bagi bayi yang sudah mula makan makanan pejal, sup ayam atau makanan berkuah boleh membantu memberikan kehangatan pada badan dan melegakan tekak.

7. Pastikan Rumah Bebas dari Habuk dan Asap

Habuk, asap rokok atau bau bahan kimia boleh memburukkan lagi batuk bayi. Pastikan rumah sentiasa bersih dan jauhkan bayi daripada sebarang pencetus alergi.

Jika batuk bayi berterusan lebih dari seminggu, disertai dengan demam tinggi, kesukaran bernafas,atau tanda-tanda lain yang membimbangkan, segera bawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga si manja cepat sembuh! 

Mayo Clinic, CDC

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Batuk Tak Berhenti Siang Malam? Kenali Punca, Cara Rawatan Dan Petua Berkesan Untuk Melegakannya

Baca juga: Selain Makan Ubat, Doktor Ini Kongsikan 5 Cara Elak Anak Kerap Selesema!

Baca juga: Sakit Tekak Berlarutan, 15 Cara Hilangkan Sakit Tetak Yang Pasti Berkesan, Jom Cuba!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Selamat & Berkesan Di Rumah
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham