7 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Cara jaga bayi baru lahir bukan perkara yang mudah kerana mereka masih rapuh dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari anda. Ini 6 perkara anda perlu elak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran bayi memang memberikan kebahagiaan dan kegembiran pada rumah kita. Tapi selain mengetahui cara penjagaan bayi baru lahir yang betul, anda juga perlu tahu cara jaga bayi baru lahir yang salah dan apa yang perlu anda elakkan!

Ada banyak cara penjagaan bayi baru lahir  yang perlu dielakkan, ini kerana kebanyakannya adalah cara orang dulu-dulu yang sebenarnya salah kalau diikutkan mengikut pakar perubatan.

Jom kita semak 6 cara jaga bayi baru lahir yang tidak patut anda lakukan ini. Setiap penjagaan yang salah mampu mengundang padah!

7 Cara Jaga Bayi Baru Lahir Yang Perlu Dielakkan

#1. Biarkan mereka tidur meniarap

Ramai bayi yang meninggal semasa tidur kerana persekitaran tidur yang tak selamat. Beberapa kematian ini terjadi kerana bayi terperangkap, lemas dan tercekik. Ada yang maut kerana sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).

Tapi ada cara untuk ibu bapa pastikan bayi mereka tidur dengan selamat. Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika menyarankan bayi perlu diletakkan pada kedudukan terlentang.

Buat “tummy time” semasa mereka berjaga. Ini akan berikan kekuatan pada otot leher dan mengelakkan masalah kepala rata atau cukur bantal. Pastikan anda sentiasa bersama dengan dengan bayi  semasa tummy time.

#2. Biar orang cium bayi anda

Fikir tentang bakteria dan kuman yang akan bayi anda dapat bila bersentuhan. Semasa minggu pertama kehidupan bayi, ini akan menjadi masalah serius untuk si kecil.

Ciuman dan tangan yang tak dibasuh boleh menyebabkan bayi anda mendapat penyakit yang tak diingini. Sistem imunisasi mereka masih belum kuat lagi ketika ini untuk melindungi diri dari sakit.

Minta dengan sopan pada pelawat untuk tak cium bayi anda dan basuh tangan sebelum memegang mereka. Jika mereka sakit, lawat pada hari lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin rasa anda cerewet, tapi jangan ambil risiko!

#3. Tak tukar lampin bayi dalam jangka masa yang lama

Ini mungkin kedengaran seperti tak masuk akal, tapi ia perlu ditekankan.

Bayi anda mungkin masih kecil tapi mereka buang air kecil dan besar lebih dari bayi berusia enam bulan. Periksa lampin bayi anda selalu dan pastikan ia tak kotor dan berat. Ini juga boleh mengelakkan ruam lampin.

#4. Pakaikan pakaian tebal

Bayi mungkin kelihatan sejuk, tapi jagan terlalu ekstrem bila pakaikan mereka baju. Baju yang terlalu banyak boleh menyebabkan mereka demam dan dehidrasi jika anda tak hati-hati.

Pakaikan baju yang berlapis supaya mudah untuk anda tambah dan kurangkan baju mengikut suhu.

Bayi yang memakai baju atau selimut terlalu tebal atau banyak lapisan lebih berisiko untuk mendapat panas berlebihan dan SIDS.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Tidak sendawakan bayi selepas minum

Ramai ibu bapa yang tidak tahu perkara penting ini. Setiap kali bayi selepas menyusu mesti kena sendawakan terlebih dahulu barulah menepuk mereka tidur dengan nyenyak. Kalau bayi menyusu dan terus tidur anda boleh sendawakan bayi dalam posisi yang lebih selesa atau mengiringkan kedudukan bayi. Jangan biar bayi baring terlentang dan ibu pun tidur mati, takut bayi termuntah dan tertelan muntah sendiri. Sangat bahaya!

#6. Syampu rambut bayi 

Bayi baru lahir apalah nak dicuci sangat. Hanya bilas saja bayi ketika mandi. Kalau tak payah guna sabun pun tidak mengapa. Dan elakkan mencuci rambut bayi sehingga berbuih-buih sampai kena mata. tak perlu ya. Seeloknya rambut bayi dicukur bersih, supaya tiada kotoran melekat pada rambutnya. 

#7. Memicit puting bayi 

Ini yang selalu dibuat ibu-ibu dek kerana dengar cakap orang tua-tua. Mak-mak dulu memang sering lakukan perkara ini, nasib baik tiada yang buruk berlaku. Tapi jika sebaliknya, boleh jadi bernanah ya puting bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puting bayi baru lahir sememangnya akan membengkak sedikit, dan orang tua-tua dulu cakap kena picit, sebab ada susu tersumbat. Salah! 

Ia hanyalah satu proses yang semula jadi. Benjolan pada puting bayi tu sebenarnya disebabkan oleh pendedahan terhadap hormon ibu semasa di alam rahim. Ia akan hilang dengan sendirinya apabila kepekatan hormon itu semakin berkurang mengikut peredaran masa.

Jika anda buat tujuh perkara ini pada bayi anda, berhenti sekarang. Mungkin sekarang anda lakukannya tidak memudaratkan tetapi kita tak tahu nanti bagaimana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apa-apa pun ibu tidak seharunya terlalu stres atau paranoid ketika menjaga bayi, dapatkan rehat yang cukup, minta pertolongan bila perlu, ingat pengalaman menjadi seorang ibu memang tidak selalunya manis namun ia sangat berharga!

Semoga ini menjadi panduan bermanfaat untuk ibu-ibu semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Artikel asal ditulis oleh Pavin Chopra dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Baca juga: Bayi Baru Lahir Tak Perlu Pakai Baju Bayi Berlapis-lapis, Ia Membahayakan, Ini Penjelasannya

Baca juga: Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan