X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Mohon Rumah PPR 2025 Untuk B40 RM 124 Bulanan: Permohonan Rumah PPR

4 min bacaan
Cara Mohon Rumah PPR 2025 Untuk B40 RM 124 Bulanan: Permohonan Rumah PPR

Cara mohon rumah PPR mesti menepati syarat warganegara Malaysia, pendapatan isi rumah tidak lebih RM5,000 dan tidak pernah memiliki rumah.

Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Bagaimana cara mohon rumah PPR?

▲▼Isi Kandungan

  • Permohonan Rumah PPR 2025
  • Kategori Rumah PPR
  • Ciri-Ciri Rumah PPR bagi Golongan B40
  • Syarat-Syarat Permohonan Rumah PPR B40
  • Prosedur Permohonan Rumah PPR

Permohonan Rumah PPR 2025

Cara mohon rumah PPR ini senang je, asalkan anda menepati syarat dan tahu langkah-langkahnya.

Cara mohon rumah PPR, pertama sekali, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan seperti pendapatan rendah dan belum memiliki rumah.

Kemudian, daftar di portal rasmi permohonan rumah PPR dan lengkapkan borang yang disediakan.

Anda juga perlu sediakan dokumen seperti kad pengenalan, sijil perkahwinan, slip gaji, dan penyata bank untuk disertakan dalam permohonan.

Setelah mengisi borang dan menghantar permohonan, tunggu untuk proses penilaian dan keputusan.

Jika berjaya, anda akan dipanggil untuk sesi pengesahan dan tawaran rumah. Jika lulus, anda boleh menduduki rumah PPR yang disediakan.

Proses ini memerlukan kesabaran, tetapi peluang untuk mendapatkan rumah dengan harga mampu milik pasti berbaloi!

Kategori Rumah PPR

Program Perumahan Rakyat (PPR) menawarkan dua jenis pilihan iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

  1. PPR Disewa: Rumah disewakan pada kadar RM124 sebulan, bermula dari bulan Februari 2002.
  2. PPR Dimiliki: Membuka peluang untuk memiliki rumah pada harga RM 35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ini memberi peluang kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih mampu, sekaligus memberi stabiliti jangka panjang.

Ciri-Ciri Rumah PPR bagi Golongan B40

Rumah PPR dibina dengan reka bentuk yang sesuai untuk keluarga.

Lokasinya biasanya di bangunan tinggi antara 5 hingga 18 tingkat di bandar besar, atau rumah teres di pinggir bandar, memberikan kemudahan akses kepada kemudahan awam.

Saiz setiap unit adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi, cukup luas untuk keluarga kecil atau sederhana.

Setiap unit PPR dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, dan 2 bilik air, memastikan keselesaan bagi penghuninya.

Selain itu, kemudahan seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, kemudahan OKU, taman permainan, dan kawasan pembuangan sampah turut disediakan untuk memastikan kesejahteraan komuniti di kawasan perumahan tersebut.

Syarat-Syarat Permohonan Rumah PPR B40

Berikut adalah syarat permohonan rumah PPR:

1.Warganegara Malaysia

Warganegara Malaysia bersama pasangan, berumur 18 tahun ke atas.

2.Pendapatan Isi Rumah Tidak Lebih RM5,000

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.

3.Tidak Pernah Memiliki Rumah

Pemohon dan pasangan tidak boleh pernah memiliki rumah sebelum ini.

4.Bujang, Berkahwin Layak

Bujang juga layak memohon, walaupun keluarga berkeutamaan.

5.Patuhi Syarat Tambahan

Syarat tambahan mengikut keperluan Kerajaan Negeri.

Prosedur Permohonan Rumah PPR

  1. Daftar dan buat akaun melalui Portal SPRN: sprn.kpkt.gov.my
  2. Pilih skim yang sesuai, isi dan simpan maklumat peribadi, pendapatan, pasangan dan tanggungan.
  3. Cari dan pilih projek yang diingini, kemudian muat naik dokumen-dokumen sokongan dalam format PDF dengan saiz tidak melebihi 3MB.
  4. Setelah pengesahan, hantar permohonan melalui sistem.
  5. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program PPR, sila hubungi:

Pelan PPR: 03-8891 4052 / 4278 / 4028
Masalah Teknikal/Sistem: [email protected]

Inisiatif kerajaan ini membuka peluang ke arah pemilikan rumah yang berpatutan dan mampu milik, sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

KPKT

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 21 Pokok Hiasan Luar Rumah Yang Menaikkan Seri Kediaman, Tahan Panas Dan Cantik!

Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

Baca juga: Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Mohon Rumah PPR 2025 Untuk B40 RM 124 Bulanan: Permohonan Rumah PPR
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham