Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis OKU atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang diiktiraf dan diberikan perhatian agar mereka dapat menikmati hak yang sama dalam kehidupan. OKU bukan sahaja merujuk kepada seseorang yang mempunyai kecacatan fizikal, tetapi juga mereka yang mempunyai kecacatan dalam aspek lain seperti mental, pembelajaran, penglihatan, pendengaran, atau bahasa.
7 Jenis OKU Malaysia
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan jenis OKU atau Orang Kurang Upaya kepada tujuh kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
1. Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai jenis OKU pendengaran, iaitu:
- Minima (Mild) – (20 – < 30 dB) (untuk orang dewasa)
- Sederhana (Moderate) – (30 – < 60 dB)
- Teruk (Severe) – (60 – < 90 dB)
- Sangat Teruk (Profound) – (> 90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
- Buta (Blind)
- Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
- Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
- Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
3. Kurang Upaya Fizikal
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
4. Masalah Pembelajaran
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
5. Kurang Upaya Pertuturan
Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
6. Kurang Upaya Mental
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
7. Kurang Upaya
Pelbagai Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami dua jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.
Kelebihan Kad OKU
Kad OKU bukan sekadar kad yang menunjukkan status, ia adalah kunci kepada banyak kemudahan yang dapat membantu individu OKU menjalani kehidupan yang lebih mudah dan berdaya saing.
Bagi ibu bapa, kad ini memberi rasa aman dan keyakinan kerana mereka tahu anak mereka mendapat sokongan yang diperlukan. Jadi, jangan ragu untuk mendaftar kad OKU untuk anak anda ia bukan sahaja memberi manfaat, tetapi juga membuka lebih banyak peluang untuk mereka mengejar impian dan menjalani kehidupan yang lebih berwarna-warni!
Dengan kad OKU, anak-anak bukan sahaja diberi peluang untuk berkembang, tetapi mereka juga boleh menikmati kehidupan yang lebih mudah dan penuh dengan pengalaman baru. Itu adalah hadiah yang paling berharga yang dapat anda berikan sebagai ibu bapa!
1.Diskaun dan Keistimewaan
Anak OKU boleh menikmati diskaun untuk tiket masuk ke taman tema, pusat membeli-belah, restoran, dan pengangkutan awam. Ini menjadikan aktiviti keluarga lebih berpatutan dan menyeronokkan.
2.Kemudahan Pengangkutan
Kad OKU memberi diskaun untuk tiket bas dan tren, serta akses kepada kemudahan khas di tempat pengangkutan awam, memudahkan perjalanan keluarga.
3.Rawatan Perubatan
Kad ini memberi akses kepada diskaun atau pengecualian bayaran di hospital dan klinik kerajaan, membantu ibu bapa menguruskan kos perubatan anak OKU.
4.Sokongan dan Bantuan
Kad OKU membuka peluang untuk mendapatkan bantuan, latihan kemahiran, dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan dan badan kebajikan.
5.Akses Tempat Awam
Kad ini juga memberi akses kepada kemudahan khas di tempat awam, seperti parkir OKU dan laluan mudah alih, menjadikan aktiviti harian lebih lancar.
Bilakah Saya Perlu Buat Kad OKU Anak?
Kesimpulannya, lebih cepat anda mendaftar Kad OKU untuk anak anda, lebih banyak manfaat yang mereka akan terima. Kad ini bukan sahaja membuka peluang untuk sokongan pendidikan dan perubatan, tetapi juga memberi kemudahan dalam kehidupan harian mereka. Jika anak anda memerlukan bantuan khas, jangan tunggu lagi mohon Kad OKU untuk memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya!
Jika anak anda didiagnosis dengan kecacatan fizikal, mental, penglihatan, pendengaran, atau pembelajaran, itu adalah masa yang tepat untuk memohon Kad OKU. Kad ini membuka banyak manfaat seperti diskaun di tempat awam, kemudahan pengangkutan, dan akses kepada pendidikan atau rawatan khas.
Ia juga memberi peluang kepada anak anda untuk menerima sokongan kewangan dan bantuan kerajaan. Proses permohonan kad ini mudah dan cepat, jadi sebaik sahaja anak memenuhi syarat OKU, buatlah kad ini untuk memastikan mereka mendapat kemudahan yang mereka perlukan.
Cara Menyokong Anak OKU
Menyokong anak OKU memerlukan kasih sayang, kesabaran, dan perhatian. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu mereka berkembang:
- Berikan Kasih Sayang: Pelukan dan kata-kata semangat membuat mereka merasa dihargai dan selamat.
- Sediakan Rutin Konsisten: Rutin harian yang tetap memberi kestabilan dan rasa kawalan.
- Komunikasi yang Sesuai: Gunakan bahasa isyarat atau gambar untuk memudahkan komunikasi.
- Ajar Kemahiran Sosial: Galakkan interaksi sosial melalui permainan atau aktiviti berkumpulan.
- Pilih Pendidikan Sesuai: Pilih program pendidikan khas yang sesuai dengan keperluan mereka.
- Berikan Peluang Aktiviti Baru: Aktiviti seperti seni atau sukan membantu perkembangan mereka.
- Jaga Diri Sendiri: Pastikan ibu bapa juga memberi masa untuk diri sendiri bagi menjaga kesejahteraan.
- Libatkan Komuniti: Didik orang sekeliling untuk memberi sokongan kepada anak OKU.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kad OKU Untuk Anak Autisme, Ini 10 Kelebihan Parents Kena Tahu
Baca juga: Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents
Baca juga: Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!