TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Penjagaan Rambut Perlu Betul Bagi Wanita Bertudung

4 min bacaan
Cara Penjagaan Rambut Perlu Betul Bagi Wanita Bertudung

Cara penjagaan rambut bagi wanita bertudung antaranya jangan pakai tudung dengan rambut basah dan kurangkan mengikat rambut.

Cara penjagaan rambut bagi wanita berhijab bukanlah sesuatu yang rumit, tapi memang memerlukan sedikit perhatian ekstra supaya rambut tetap sihat dan kekal cantik di sebalik hijab.

15 Cara Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Dengan sedikit usaha dan perhatian pada cara penjagaan rambut, anda boleh pastikan rambut dan kulit kepala tetap sihat walaupun memakai tudung setiap hari. Ikut tips ni, dan rasai perbezaannya!

1.Jangan Pakai Tudung Dengan Rambut Basah

Mungkin mudah, tapi memakai tudung ketika rambut masih basah bukanlah idea terbaik.

Rambut basah lebih lemah dan lebih mudah rosak, menyebabkan hujung rambut bercabang, rambut kusut, dan kelemumur. Pastikan rambut kering sepenuhnya sebelum pakai tudung.

2.Tukar Inner Hijab Secara Berkala

Inner hijab andaperlu ditukar setiap satu hingga dua kali penggunaan.

Di Malaysia yang panas dan lembap, peluh mudah terkumpul pada tudung dan inner, menarik bakteria dan kotoran. Tukar selalu supaya rambut dan kulit kepala kekal bersih!

3.Kurangkan Mengikat Rambut

Sering mengikat rambut boleh menyebabkan tekanan pada garis rambut dan berisiko menyebabkan keguguran rambut akibat tarikan berulang (traction alopecia).

Cuba biarkan rambut longgar atau pilih gaya yang lebih santai.

4.Tukar Posisi Ikatan Rambut

Jika kamu perlu ikat rambut, pastikan posisi ikatan berubah-ubah setiap kali. Ini membantu mengurangkan tekanan yang sama pada kawasan tertentu di kepala.

Lebih baik lagi, pilih gaya rambut seperti braids longgar yang tetap kemas tanpa memberi tekanan.

5.Pilih Jenis Pengikat Rambut yang Betul

Lupakan tali rambut elastik yang ketat! Guna scrunchies longgar yang diperbuat daripada satin atau sutera.

Bahan-bahan ini mengurangkan tekanan pada rambut, menjadikannya lebih sihat dan mengelakkan rambut putus.

6. Pilih Material Tudung yang Boleh Bernafas

Bahan seperti cotton atau viscose adalah pilihan terbaik untuk tudung kamu.

Fabrik yang bernafas membantu mengelakkan rambut dan kulit kepala berpeluh, serta memberi ruang kepada kulit kepala untuk ‘bernafas’. Ini akan membantu mengurangkan masalah kulit kepala.

7.Keringkan Rambut Sebelum Pakai Tudung

Jangan biarkan rambut basah terlalu lama! Rambut basah boleh mencipta persekitaran yang sesuai untuk bakteria dan kulat, yang akhirnya boleh menyebabkan kegatalan, kelemumur dan pori-pori tersumbat.

Jadi, pastikan rambut kering sepenuhnya atau blow dry sedikit sebelum pakai tudung.

8. Gunakan Masker Rambut 2-3 Kali Seminggu

Rambut kamu juga perlukan rawatan! Gunakan masker rambut 2 hingga 3 kali seminggu untuk memberi kelembapan dan pemakanan tambahan pada rambut.

Ini membantu menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

9. Pilih Syampu yang Sesuai dengan Keadaan Kulit Kepala

Setiap kulit kepala ada keperluannya sendiri ada yang kering, berminyak, atau sensitif.

Pilih syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala kamu. Ini sangat penting untuk memastikan rambut kamu tetap sihat dan bebas masalah.

10. Lakukan Rawatan Kulit Kepala Secara Berkala

Untuk pastikan kulit kepala sentiasa sihat, lakukan rawatan kulit kepala secara berkala.

Rawatan ini membantu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan minyak yang terkumpul, serta merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

11.Cuci Rambut Dengan Teliti

Jangan sekadar basuh rambut secepat mungkin! Pastikan kamu membersihkan rambut dengan teliti setiap kali mencucinya, untuk menghilangkan segala minyak, kotoran, dan sisa produk rambut yang terkumpul.

Ini penting untuk rambut yang lebih bersih dan sihat.

12. Beri Kulit Kepala TLC (Tender Loving Care)

Urut kulit kepala dengan jari (bukan kuku!) untuk meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Kamu juga boleh cuba sikat rambut dengan sikat kayu untuk mengeksfoliasi kulit kepala sebelum mencuci rambut.

13.Tudung Tak Perlu Ketat-Ketat

Suka pakai tudung yang ketat? Mungkin lebih baik cuba gaya yang lebih longgar sedikit.

Tudung yang terlalu ketat boleh menyebabkan tekanan pada rambut dan kulit kepala. Jangan risau, gaya loose tetap bergaya!

14. Kurangkan Produk Kimia

Produk rambut seperti gel atau hairspray boleh buat rambut cepat kering jika digunakan berlebihan.

Cuba kurangkan penggunaan bahan kimia dan beri ruang untuk rambut kamu bernafas!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

15. Dry Shampoo, Sahabat Baik

Kalau rambut rasa lepek atau kulit kepala berpeluh, jangan risau! Dry shampoo datang untuk menyelamatkan.

Ia bantu segarkan rambut tanpa perlu basuh. Praktikal, kan?

hayaahijab, buro247

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

Baca juga: Rambut Gugur Selepas Bersalin: Punca Rambut Gugur, Berapa Lama Ia Terjadi & Cara Mengatasi

Baca juga: Mandian Herba Penting Untuk Segarkan Badan & Hilangkan ‘Bau’ Kurang Enak Miss V

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Penjagaan Rambut Perlu Betul Bagi Wanita Bertudung
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham