Dehidrasi pada anak adalah salah satu situasi yang sangat membimbangkan. Dan rata-rata ibu bapa tidak tahu anak mengalami dehidrasi walaupun wujud tanda-tanda.
Sebab itu pentingnya ibu bapa peka simptom dehidrasi pada anak kecil. Malah jangan malas untuk beri anak minum air, lebih-lebih lagi di musim panas, ketika anak aktif bermain, ketika anak demam dan sebagainya.
Mengapa dehidrasi pada anak merbahaya? Ia boleh menyebabkan efek pada organ tubuh hingga tidak dapat bekerja dengan baik. Dan apabila ia terjadi anak menjadi lemah dan boleh mengancam nyawa.
Bahaya Dehidrasi Pada Anak

Dehidrasi lebih mudah terjadi kepada anak adalah kerana kekebalan sistem imun bayi masih berada pada tahap yang lemah dan mudah terkena infeksi.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, ibu bapa harus perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak supaya lebih peka dengan tahap kesihatan si kecil.
Berikut perkongsian daripada beliau sendiri di lama Facebooknya:
Bunyi loceng berdering hampir dua kali, lantas membuatkan perhatian kami semua teralih ke arah pintu masuk.
Semua staf berada dalam zon merah kecemasan pada waktu itu mengerti bahawa itu adalah signal yang pesakit kritikal akan tiba pada bila-bila masa.
Maksudnya, pesakit perlukan rawatan segera kerana ia mungkin melibatkan soal hidup dan mati.
Kemudian pintu sliding terbuka luas, paramedic bergegas lari sambil menggendong anak kecil yang kelihatan sangat lemah dan hampir tak sedarkan diri.
Ibunya di belakang menuruti sambil menahan tangisan.
Biasanya kejadian seperti ini berlaku pada kanak-kanak yang mengelami dehidrasi teruk.
Di mana muka menjadi pucat, dada berombak naik turun manakala hujung kedua tangan dan kaki dingin kesejukan.
Langkah Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa

Jarum branula wajib dimasukkan segera untuk prosedur pemberian cecair ke dalam saluran darah pesakit.
Namun begitu, yang menjadi penghalang terbesar adalah hampir keseluruhan salur darah pada anak kecil itu tidak kelihatan. Ia mengecut!
Sebenarnya masalah ini boleh dielak dari awal jika anak itu dibawa lebih awal ke hospital. Tapi, ya tak semua mak ayah tahu tanda-tanda dehidrasi ini.
Puncanya boleh jadi disebabkan demam, keracunan makan lalu muntah, cirit- birit berterusan dan lain-lain.
Paling tidak berpeluh melampau kerana terdedah pada cuaca panas bagi tempoh yang agak lama.
Tanda Awal Dehidrasi Pada Anak

Jika anda melihat anak seolah-olah tidak bermaya terutama semasa demam, sebaiknya perhatikan juga tanda-tanda lain ini.
Sekiranya jelas tanda awal ini, sebaiknya bawa si kecil segera ke hospital supaya tahap kesihatannya dalam keadaan yang baik sekaligus ibu ayah tidak perlu bimbang keadaan mereka.
Berikut ini tanda awal dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak yang jelas kelihatan. Perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman
- Bibir dan lidah anak kering
- Air mata hampir tiada bila menangis
- Jumlah lampin anak yang ditukar mula berkurang
- Kulit kelihatan kering. Semasa sentuh terasa sejuk dan dingin
- Mata mula menjadi cengkung
- Dalam usia bayi, ubun-ubun kelihatan ke dalam sedikit.
- Asyik merengek tanda tidak selesa
- Keadaan yang lemah dan nampak tidak bermaya
Tanda Dehidrasi Yang Serius
- Terlalu lemah sehingga tidak sedarkan diri
- Anak menangis tapi air mata tidak keluar
- Tak mampu untuk minum
- Kulit abdomen kendur bila dicubit
- Mata berubah terlampau cengkung
- Mulut, lidah terlalu kering. Permukaan lidah sampai putih melekit.
Cara Menangani Dehidrasi Pada Anak
- Jika anak mengalami cirit-birit, demam atau berpeluh berlebihan, berikan susu formula atau susu badan lebih dari biasa.
- Apabila cairan tubuh berkurang kerana muntah, jangan terus memberi anak cairan dalam jumlah yang banyak sekaligus. Tapi, cuba berikan cairan dalam jumlah sedikit namun lebih kerap.
Dehidrasi ini boleh juga berlaku disebabkan cuaca panas, jadi berikan anak minuman air putih dengan lebih banyak.
Ini kerana pemberian cairan yang cukup dapat membantu menurunkan suhu tubuh bayi selain pemberian ubat daripada doktor.
Apapun, segera bawa anak berjumpa doktor sekiranya dehidrasi mereka berada pada tahap yang serius atau tidak beransur baik.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah Perlu Peka Keadaan Ubun Ubun Bayi, Jika Mendap Ia Mungkin Tanda Dehidrasi
Baca juga: Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi
Baca juga: Bahaya Kekurangan Air Dalam Badan (Dehidrasi) Ketika Hamil, Ini Tanda-Tanda Ibu Perlu Alert!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!