TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hukum Sambut New Year Dalam Islam, Ini Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus

6 min bacaan
Hukum Sambut New Year Dalam Islam, Ini Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus

Hukum sambut New Year dalam Islam adalah harus, selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Setiap kali hujung tahun, pasti ramai yang tak sabar nak menyambut tahun baru, kan? Tapi pernah tak terfikir, apa sebenarnya hukum sambut new year dalam Islam? Jom kita lihat perbincangan ulama tentang perkara ini.

Isi Kandungan

  • Hukum Sambut New Year Dalam Islam
  • Hukum Sambut Tahun Baru Mengikut Ustaz Azhar Idrus
  • Tips Tetapkan Azam Tahun Baru Yang Berkesan

Hukum Sambut New Year Dalam Islam

Sebahagian ulama berpandangan bahawa hukum sambut new year dalam islam adalah haram. Kenapa? Biasanya sambutan ini dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyerupai budaya bukan Islam, seperti:

  • Konsert muzik dengan suasana melalaikan.
  • Pakaian yang tak menutup aurat.
  • Hidangan haram seperti arak.

Menurut ulama seperti Al-Imam Al-Sani’ani RA, perbuatan ini dikira menyerupai golongan bukan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah tergolong darinya.”

Malah, dalam Islam, tahun baru sebenar adalah ketika 1 Muharram. Rasulullah SAW sendiri berdoa pada waktu ini untuk meraikan tahun baru Islam.

Tiada dalil atau riwayat sahih yang menyokong sambutan tahun baru Masihi.

Namun begitu, sebahagian ulama lain ada menyatakan bahawa hukum menyambut tahun baru adalah harus dan mengucapkan ‘selamat tahun baru’ sama ada kepada orang Islam ataupun bukan Islam.

1. Diharuskan Dengan Syarat Tidak Melanggar Batas Agama

Menurut Irsyad al-Fatwa oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyambut tahun baru adalah diharuskan dengan syarat ia tidak melanggar batas-batas agama.

Sambutan haruslah berasaskan adat kebiasaan dan bukan upacara ritual agama lain.

Kaedah menyebutkan:

الأصل في العادات الإباحة إلا ما ورد عن الشارع تحريمه

Maksudnya: “Adat (yang tidak bercanggah dengan syara’) boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan.”

2. Elakkan Majlis Yang Mengandungi Perkara Ditegah Syarak

Mengelakkan diri menghadiri majlis-majlis sambutan yang mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti hidangan arak, pergaulan bebas lelaki perempuan dan hiburan melampau yang melalaikan.

Sesungguhnya seorang muslim akan sentiasa memelihara dirinya daripada apa jua yang melalaikan. Firman Allah SWT:

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Maksudnya: “Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (Surah al-Kahfi: 28)

3. Tidak Melanggar Undang-Undang, Syariat dan Akhlak Muslim

Tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar undang-undang, syariat dan akhlak seorang muslim seperti vandalisme, membuang sampah merata tempat, gangguan terhadap orang lain dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW:

المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya: “Seorang Muslim itu adalah seorang yang kaum Muslimin terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya.” – Riwayat al-Bukhari (10)

4. Mengisi Malam Tahun Baharu Dengan Aktiviti Bermanfaat

Mengisi malam Tahun Baharu dengan menghadiri program-program yang bermanfaat, bukan hiburan semata-mata.

Antaranya seperti solat berjemaah di masjid atau surau, mendengar ceramah agama, forum-forum ilmu, hiburan bermesej yang tidak melalaikan dan berdoa memohon kesejahteraan.

Ini bertepatan dengan sifat seorang muslim yang sentiasa mengisi masanya dengan perkara berfaedah. Firman Allah SWT:

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya: ““Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Asr:1-3)

5. Bermuhasabah Dan Membuat Azam Baharu

Mengajak diri dan keluarga bersama-sama bermuhasabah akan segala apa yang telah dilalui sepanjang setahun yang lepas dan azam baharu untuk dicapai pada tahun mendatang.

Stories Rakan Kongsi
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

Terutamanya dalam menggapai redha dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Ia sebagaimana kata Fudhayl bin Iyadh:

تُحْسِنُ فِيمَا بَقِيَ يُغْفَرُ لَكَ مَا مَضَى وَمَا بَقِيَ , فَإِنَّكَ إِنْ أَسَأْتَ فِيمَا بَقِيَ أُخِذْتَ بِمَا مَضَى وَمَا بَقِيَ

Maksudnya: “Berbuat baiklah dengan masa yang berbaki, moga diampunkan bagi kamu apa yang telah lalu dan apa yang berbaki, namun sesungguhnya jika kamu berbuat buruk pada masa yang berbaki, maka kamu akan dibalas dengan keburukan yang telah lalu dan berbaki.” (Lihat Hilyah al-Auliya, 8/113)

Hukum Sambut Tahun Baru Mengikut Ustaz Azhar Idrus

Menurut Ustaz Azhar Idrus, menyambut Tahun Baru Masihi dengan acara seperti ‘countdown’ adalah haram kerana ia menyerupai amalan orang bukan Islam dan sering dikaitkan dengan perbuatan maksiat.

Beliau menegaskan bahawa perayaan sedemikian tidak mempunyai asas dalam Islam dan boleh membawa kepada perbuatan yang dilarang, seperti pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Sebaliknya, umat Islam disarankan untuk mengisi masa dengan amalan yang bermanfaat dan selari dengan ajaran Islam.

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada video ceramah beliau di pautan berikut:

Tips Tetapkan Azam Tahun Baru Yang Berkesan

Tahun baru mesti sinonim dengan azam, kan? Tapi masalahnya, azam sering tinggal angan-angan bila kita letak target yang terlalu tinggi atau tak tahu cara nak mulakan.

Jangan risau! Berikut adalah 5 tips mudah untuk bantu anda capai azam tahun baru dengan lebih berkesan:

1. Tetapkan Matlamat Yang Realistik

Jangan terlalu bercita-cita tinggi hingga lupa kemampuan diri. Mulakan dengan langkah kecil. Contohnya, kalau nak sihat, cuba kurangkan gula dalam minuman atau berjalan kaki selama 10 minit setiap hari. Bila dah terbiasa, baru tingkatkan usaha anda.

2. Fokus Pada Satu Azam Khusus

Daripada senaraikan terlalu banyak azam, pilih satu yang paling penting untuk anda. Contohnya, kalau impian anda adalah mendaki Gunung Kinabalu, mulakan dengan menjaga pemakanan dan latihan mendaki bukit kecil dahulu. Dengan fokus, hasilnya pasti lebih memuaskan!

3. Kongsi Azam Dengan Orang Terdekat

Walaupun rasa malu nak cerita tentang azam anda, berkongsi dengan orang yang dipercayai sebenarnya boleh jadi motivasi.

Mereka boleh beri sokongan moral dan mengingatkan anda untuk terus konsisten dalam usaha mencapai matlamat.

4. Raikan Kemajuan Dengan Ganjaran

Setiap kali mencapai sesuatu, jangan lupa hadiahkan diri anda. Contohnya, kalau berjaya turunkan 2kg, belilah sesuatu yang anda suka sebagai tanda penghargaan.

Tak salah meraikan diri sendiri, asalkan ia terus memotivasikan anda.

5. Gunakan Planner atau Reminder

Untuk lebih teratur, catat azam anda dalam planner atau aplikasi di telefon. Tetapkan garis masa supaya anda tahu bila setiap matlamat perlu dicapai. Melihat progres anda akan menaikkan semangat untuk terus berusaha!

Sambutan tahun baru bukan sekadar pesta atau ucapan semata-mata. Jadikan ia peluang untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Apa pun azam anda, pastikan ia memberi manfaat dan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih baik. Selamat tahun baru! Semoga azam anda tercapai.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Sambut Krismas, Ini Pendapat Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Hukum Menyambut Hari Ibu Mengikut Orang Barat Adalah HARAM, Ini Penjelasan Mufti WP & Ustaz

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Hukum Sambut New Year Dalam Islam, Ini Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham