X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Betulkah Jika Overdue Baby Sebenarnya Seronok Duduk Dalam Perut? Ini 7 Bahaya Lambat Bersalin!

4 min bacaan
Betulkah Jika Overdue Baby Sebenarnya Seronok Duduk Dalam Perut? Ini 7 Bahaya Lambat Bersalin!Betulkah Jika Overdue Baby Sebenarnya Seronok Duduk Dalam Perut? Ini 7 Bahaya Lambat Bersalin!

Bayi seronok sangatkah dalam perut? Ini antara persoalan ibu yang lambat bersalin. Bila tiba due date, masih belum ada tanda. Risau juga dibuatnya.

Selalu kita dengar orang kata baby seronok sangat duduk dalam perut ibu, sebab itu lambat bersalin atau overdue.

Memang tidak dinafikan sebagai ibu mengandung kadang kala kita rasa takut untuk hadapi saat bersalin, dan rasa bersyukur kerana bayi lambat keluar.

Tapi tahukah anda, kandungan lambat bersalin ini ada risiko yang perlu dihadapi oleh ibu dan bayi dalam kandungan? Disebabkan itu ada ditetapkan due date bersalin. Sekiranya melebihi due date yang biasanya doktor hanya bagi seminggu, ibu sepatutnya perlu bersalin.

Lambat bersalin ada risikonya

Lambat bersalin

Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Sharina Mohd Razali, ibu mengandung tidak boleh mengabaikan tarikh akhir kandungan kerana ia amat penting dalam menentukan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.

Katanya, jangan diabaikan perihal berkaitan usia kandungan kerana kandungan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian lebih dan perlu dirujuk ke hospital segera.

Katanya, kandungan overdue jika tidak dipantau akan memberi impak yang besar kepada bayi dan ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi kandungan overdue, memang tidak dinafikan ia juga merisaukan ibu dan mendebarkan.

Sudah pasti kerisauan ini akan membuat ibu mengandung terfikir-fikir mengenai keadaan bayi mereka. 

7 risiko lambat bersalin

Kata Dr Sharina, hanya kira-kira 5 peratus saja ibu yang melahirkan tepat pada tarik jangkaan. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. 

Ada keadaan di mana tarikh jangkaan ditentutkan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.

Katanya, sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, ibu akan diarahkan ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya serta bukaan serviks sama ada ia sudah bersedia untuk dilahirkan atau sebaliknya. 

Ini antara risiko atau bahaya lambat bersalin:

#1. Bayi mati dalam kandungan

Jika lambat dilahirkan bayi mungkin boleh mati dalam kandungan

#2. Fetal distress

Bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.

#3. Tingkatkan risiko bayi alami Sindrom Aspirasi Mekonium akibat tertelan najis

Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke-40.

#4. Air ketuban kurang

Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.

#5. Ibu trauma

Lambat bersalin

Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.

#6. Bayi kekurangan oksigen

Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.

#7. Bahu bayi tersangkut kerana saiz besar

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.

Kenapa alami overdue

Wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah kebanyakannya mengalami overdue: 

  1. Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil
  2. Kehamilan pertama
  3. Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue
  4. Hamil bayi lelaki
  5. Ibu mempunyai berat badan berlebihan
  6. Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).

Apa yang perlu dilakukan sekiranya overdue?

Lambat bersalin

  1. Induce pada minggu ke-41
  2. Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.

Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksaan bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur  membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran. 

Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.

Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.

Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Sharina Mohd Razali

Baca juga: Cara cepat bersalin dengan membrane sweep untuk ibu hamil overdue

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Betulkah Jika Overdue Baby Sebenarnya Seronok Duduk Dalam Perut? Ini 7 Bahaya Lambat Bersalin!
Kongsikan:
  • Dah Rasa Kepala Keluar! Tak Sempat Ke Hospital, Bayi Lahir Dalam Perodua Myvi

    Dah Rasa Kepala Keluar! Tak Sempat Ke Hospital, Bayi Lahir Dalam Perodua Myvi

  • 3 Barang Ibu Bakal Bersalin Wajib 'Spare', Confirm Anda Perlukan Nanti!

    3 Barang Ibu Bakal Bersalin Wajib 'Spare', Confirm Anda Perlukan Nanti!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Dah Rasa Kepala Keluar! Tak Sempat Ke Hospital, Bayi Lahir Dalam Perodua Myvi

    Dah Rasa Kepala Keluar! Tak Sempat Ke Hospital, Bayi Lahir Dalam Perodua Myvi

  • 3 Barang Ibu Bakal Bersalin Wajib 'Spare', Confirm Anda Perlukan Nanti!

    3 Barang Ibu Bakal Bersalin Wajib 'Spare', Confirm Anda Perlukan Nanti!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.