11 Makanan Kurangkan Kolestrol Dalam Darah, Amalkan Setiap Hari Elak Risiko Penyakit Bahaya

Makanan kurangkan kolestrol dalam darah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan anda dan elak sebarang risiko penyakit bahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kolesterol merupakan sejenis lemak yang berada dalam aliran darah ataupun sel tubuh badan. Tidak semua kolestrol adalah jahat dan boleh bahayakan kesihatan Justeru amalkan selalu beberapa jenis makanan kurangkan kolestrol ini.

Dalam badan terkandung 2 jenis kolesterol HDL dan kolesterol LDL yang perlu sentiasa kita jaga agar organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik.

Makanan kurangkan kolestrol yang elok diamalkan selalu

  • Kolesterol baik (high density lipoprotein atau HDL). Kolesterol ini dipanggil kolesterol baik kerana ia membawa kolesterol lain kepada organ hempedu untuk diproses dan dibuang dari badan.
  • Kolesterol buruk (low density lipoprotein atau LDL). Kolesterol buruk atau LDL ini boleh menyebabkan salur darah tersumbat jika parasnya terlalu tinggi. Salur darah tersumbat boleh membawa kepada risiko penyakit jantung ataupun strok.

Untuk mengekalkan kesihatan diri, segala-galanya hendaklah bermula dengan pemakanan. Ada beberapa jenis makanan kurangkan kolestrol yang boleh anda amalkan setiap hari iaitu:

#1. Bijirin oat 

Makanan seperti oat mengandungi serat yang larut dan boleh mengurangkan kolesterol jenis tidak baik. Makanan ini mencegah penyerapan kolesterol tinggi ke dalam saluran darah. 

Justeru ia amat bagus untuk diamalkan setiap hari. Jumlah pengambilannya adalah 10 gram sehari. Semangkuk oat mengandungi 3-4 gram serat dan jika anda mengambilnya bersama buah-buahan, kandungan serat anda akan mencapai tahap rekomendasi.

#2. Ikan dan makanan yang tinggi lemak Omega-3

Terdapat sejenis lemak lain yang boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung iaitu Triglycerides.

Ikan yang kaya dengan lemak Omega-3 seperti ikan tuna, salmon, ikan tenggiri, ikan hering dan sebagainya boleh mengurangkan lemak jenis Triglycerides.

#3. Kacang badam dan kekacang jenis lain

Menurut kajian yang telah dilakukan, almond atau kacang badam berupaya mengurangkan tahap kolesterol tidak baik dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, kandungan kalori kacang badam amat tinggi. Maka, segenggam kacang sudah memadai untuk mendapatkan manfaatnya.

#4. Minyak zaitun

Makanan kurangkan kolestrol yang seterusnya ialah minyak zaitun. Ketika memasak, gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak zaitun kerana ia lebih sihat untuk tubuh badan.

#5. Protein jenis whey

Anda boleh mendapatkan makanan yang kaya dengan protein jenis whey ini dimana ia boleh dijumpai di minuman tenusu.

#6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak

Nasihat ini sememangnya tidak asing lagi lebih-lebih lagi kerana kolesterol adalah berpunca daripada makanan yang tinggi dengan kandungan lemak.

Walaupun enak, namun, jika diambil pada kadar yang tinggi dan berterusan, ia boleh memudaratkan kesihatan.

#7. Cuka epal

Campurkan satu sudu cuka epal dalam segelas air setiap hari dapat mengurangkan jumlah kolesterol triglyceride.Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.

Untuk rasa yang lebih sedap, anda boleh menggantikan air suam dengan jus oren atau epal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Bawang merah

Para pengkaji di negara Hong Kong mendapati bawang merah dapat membuang kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.

Anda boleh tambahkan bawang merah, bawang putih dan halia dalam makanan seharian.

#9. Biji ketumbar

Air rendaman biji ketumbar dikatakan mempunyai sifat penyembuh yang baik. Salah satunya adalah untuk kurangkan kolesterol dan menurunkan tekanan darah. Kandungan antioksidan, serat dan asid lemak turut membantu meningkatkan kesihatan jantung.

#10. Sayur terung

Terung juga menjadi salah satu makanan kurangkan kolestrol. Ini kerana ia mengandungi serat makanan yang tinggi. Ia juga mengurangkan risiko daripada masalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#11. Coklat gelap

Koko yang terdapat dalam coklat gelap mengandungi flavanoid, iaitu sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.

Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana.

Senarai buah untuk kurangkan kolesterol

#1. Avokado

Kajian mendapati avokado mempunyai kebolehan mengurangkan kolesterol tidak baik dalam badan.

Ia juga amat berkesan kepada golongan yang mempunyai berat berlebihan dan obes. Anda boleh menjadikannya sebagai hidangan bersama dengan roti atau dihidang secara salad. Rasanya enak dan menyelerakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Buah strawberi

Kandungan polifenol dalam strawberi membantu menurunkan tekanan darah dan kadar LDL serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

#3. Buah tomato

Tomato adalah sumber vitamin A dan C yang mengandungi sebatian antioksidan lycopene. Sebatian berkenaan mempunyai peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol jahat.

#4. Epal

Pengambilan buah epal dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat berkat sebatian fenolik yang terdapat di kulit. Fenolik adalah sebatian antioksidan yang meningkatkan fungsi sel yang sihat dan aliran darah yang baik.

#5. Pisang

Pisang juga antara buah untuk kurangkan kolesterol kerana ia mengandungi serat larut untuk menghalang penyerapan kolesterol.

Bukan itu sahaja, pisang juga membantu membuang kolesterol melalui sistem pencernaan dan menghalangnya bergerak ke aliran darah dan menyumbat saluran darah.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

Baca juga: Pengganti Gula Selamat Untuk Ibu Hamil Jika Diambil Sederhana, 6 Pengganti Gula Ini Boleh Dicuba Ibu

Baca juga:  Senaman Bakar Lemak Boleh Kurangkan Obesiti! Ini Antara Yang Boleh Anda Cuba!