Dah ready untuk Ramadan? Pasti ramai yang tengah cari stok makanan untuk sahur kan! Tapi, hati-hati pilih makanan, sebab kalau salah pilih, boleh jadi cepat lapar dan lesu sepanjang hari. Jadi, apa makanan sahur yang tahan lama dan mengenyangkan?
15 Makanan Sahur Yang Tahan Lama Dan Mengenyangkan
Berikut senarai makanan sahur yang tahan lama dan mengenyangkan:
1.Chia Seed
Makanan sahur yang tahan lama adalah chia seed. Jangan pandang rendah pada biji kecil ini! Hanya 2 sudu chia seed sudah cukup untuk membekalkan serat, protein, omega-3, kalsium, magnesium, dan vitamin seperti B1, B2, dan B.
Ia sangat mengenyangkan, membantu mengelakkan rasa lapar, dan bagus untuk sistem pencernaan. Rendam dalam air atau buat chia pudding dengan buah-buahan dan kekacang – cara yang mudah dan sedap untuk bermula!
2.Kurma
Kurma memang tak asing lagi di bulan Ramadan, dan memang berbaloi untuk dimakan. Dengan rasa manis semulajadi dan kandungan serat yang tinggi, kurma dapat membuatkan kita kenyang lebih lama.
Ia juga baik untuk pencernaan, menjadikannya pilihan terbaik ketika sahur. Ambil beberapa biji kurma dengan air untuk tenaga segera!
3.Telur
Makanan sahur yang tahan lama adalah telur. Ia kaya dengan lemak sihat, vitamin, dan mineral yang membantu kita rasa kenyang lebih lama. Sama ada rebus atau goreng, telur adalah pilihan sahur yang mengenyangkan dan penuh nutrisi!
4.Oat
Oat adalah pilihan sahur yang sangat popular. Ia kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat yang memberikan tenaga berpanjangan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.
Kalau tak suka makan oat kosong, tambah buah-buahan atau kekacang untuk rasa lebih sedap dan berkhasiat. Anda akan penuh tenaga sepanjang hari!
5.Avokado
Makanan sahur yang tahan lama adalah buah avokado.Avokado mungkin tak popular sangat di Malaysia, tetapi ia sangat berkhasiat!
Penuh dengan lemak sihat, serat, kalium, dan vitamin E, avokado akan membuatkan anda kenyang lebih lama dan memberi pelbagai manfaat kesihatan. Cuba jadikan ia sebagai topping pada roti atau tambahkan dalam smoothie.
6.Sayur-Sayuran
Tak perlu takut makan sayur pada waktu sahur! Sayur seperti lobak merah, brokoli, dan kubis bunga kaya dengan air dan serat, menjadikannya mengenyangkan tanpa menambah kalori yang banyak.
Selain itu, sayur-sayuran penuh dengan vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh.
7.Buah Epal
Menu sahur selain nasi adalah buah epal. Epal adalah pilihan sahur yang sempurna kerana ia kaya dengan air, serat, dan rendah kalori.
Ia juga penuh dengan vitamin C dan kalium, yang baik untuk kesihatan tubuh. Kulit epal mengandungi pektin, sejenis serat yang membantu mengawal rasa lapar.
8.Beras Perang
Beras perang adalah sumber karbohidrat yang sangat baik untuk sahur.
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan penuh dengan nutrisi penting seperti vitamin B1 dan B6, magnesium, serta kalsium.
Beras perang juga sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes kerana mempunyai GI yang rendah.
9.Ikan
Menu sahur selain nasi yang lain adalah ikan. Ikan seperti salmon, tuna, dan ikan kembung kaya dengan protein dan omega-3 yang bagus untuk kesihatan jantung.
Selain itu, ikan membuatkan kita kenyang lebih lama dan memberi tenaga yang berpanjangan.
10.Muesli atau Barli
Makanan sahur yang tahan lama yang lain adalah muesli atau barli. Kalau bosan dengan oat atau nasi, cuba muesli atau barli! Kedua-dua bijirin ini tinggi dengan serat dan protein.
Muesli yang mengandungi campuran buah-buahan kering, kekacang, dan bijan sangat sedap dimakan dengan susu. Barli pula boleh dibuat bubur manis atau savouri, sesuai untuk sahur yang mengenyangkan dan berkhasiat.
11.Quinoa
Quinoa adalah bijirin yang tinggi protein dan serat. Ia juga mengandungi semua sembilan asid amino penting, menjadikannya sumber protein yang lengkap.
Sebagai sumber karbohidrat kompleks, ia membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
12.Bubur ayam
Bubur ayam adalah pilihan sahur yang ringan tetapi penuh dengan nutrisi. Ia mengandungi karbohidrat dari nasi dan protein dari ayam, yang membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari.
13.Sayur-Sayuran Berdaun Hijau
Sayur-sayuran seperti bayam, kale, atau sawi kaya dengan vitamin, mineral, dan serat.
Ia juga rendah kalori tetapi mengenyangkan, serta memberi banyak manfaat untuk tubuh. Mengambil sayur dalam sahur juga membantu meningkatkan tenaga sepanjang hari.
14.Kekacang
Makanan sahur yang tahan lama seterusnya adalah kekacang. Hummus (pasta kacang) atau sup kacang adalah makanan kaya protein dan serat yang memberi rasa kenyang.
Kekacang juga mengandungi karbohidrat kompleks yang memerlukan masa lebih lama untuk dicerna.
15.Smoothie Protein
Smoothie bukan sahaja sedap, tapi juga mengenyangkan! Campurkan buah-buahan, sayur-sayuran, dan serbuk protein untuk meningkatkan tenaga. Tambahkan juga sedikit yogurt atau susu untuk tekstur yang lebih creamy. Smoothie ini mudah dihadam dan memberi tenaga yang berpanjangan!
Tips Sahur KKM
Bersahur itu sangat penting untuk pastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa!
Nak bagi tubuh kekal kuat, makan sahur yang sihat memang kunci utama. Pilih makanan yang seimbang karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan, dan jangan lupa banyakkan air kosong untuk kekal hidrat.
Kalau nak tambah jus buah atau susu pun, boleh je untuk tambah tenaga!
Paling best kalau anda masak sendiri di rumah. Boleh sesuaikan rasa ikut selera, dan yang penting, kawal bahan perasa tambahan macam gula, garam, sos, atau minyak.
Kita boleh pilih makanan sahur yang tahan lama dan bahan-bahan yang lebih sihat tanpa kompromi rasa.
Dan satu lagi, cuba ikut konsep Suku Suku Separuh. Apa maksudnya? Mudah je.
Suku hidangan untuk karbohidrat (nasi, roti, atau oat), suku lagi untuk protein (macam telur, ikan, atau kekacang), dan separuh lagi untuk sayur dan buah-buahan.
Dengan cara ini, tubuh anda akan dapat tenaga dan nutrien yang seimbang untuk terus cergas sepanjang hari. Selamat sahur dan semoga puasa lancar!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Menu Sahur 30 Hari Ramadan, Mudah & Mengenyangkan, Anak-Anak Pasti Berselera!
Baca juga: 4 Resepi Sedap Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Bantu Galakkan Mereka Puasa
Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!