Ketika mengandung, ibu hamil disarankan mengambil sejumlah makanan untuk tambah darah merah kerana pada ketika itu, ramai wanita mudah mengalami kekurangan sel darah merah atau dipanggil anemia. Jadi apakah makanan tambah darah ibu hamil yang paling baik untuk diambil?
Mengapa Zat Besi Penting Semasa Kehamilan?
1.Pengeluaran Sel Darah Merah
Zat besi adalah komponen utama dalam hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Semasa kehamilan, isipadu darah ibu meningkat, dan ini meningkatkan keperluan zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah yang sihat untuk ibu dan bayi yang sedang berkembang.
2.Pertumbuhan dan Perkembangan Janin
Zat besi yang mencukupi penting untuk menyokong pertumbuhan janin yang sihat. Janin bergantung kepada ibu untuk bekalan zat besi, terutamanya di trimester kedua dan ketiga kehamilan, di mana pertumbuhan sel-sel darah merah dan tisu janin memerlukan lebih banyak zat besi.
3.Mencegah Anemia
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, iaitu keadaan di mana tubuh tidak memiliki jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Anemia semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti kelahiran pramatang dan bayi dengan berat badan rendah.
4.Tenaga Dan Kesihatan Umum
Zat besi juga penting untuk metabolisme tenaga yang sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan, lemah dan penurunan daya tahan tubuh yang boleh mempengaruhi keseluruhan kesejahteraan ibu hamil.
5.Pemulihan Selepas Bersalin
Kadar zat besi yang mencukupi juga penting untuk membantu ibu pulih selepas melahirkan. Kehilangan darah semasa proses bersalin meningkatkan keperluan akan zat besi untuk menggantikan sel darah merah yang hilang.
Gejala Kekurangan Zat Besi Semasa Kehamilan
1.Keletihan Dan Kebimbangan
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa letih yang kronik dan kurangnya tenaga, walaupun setelah istirehat yang cukup. Ini kerana zat besi penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
2.Selera Makan Terganggu
Ibu hamil dengan kekurangan zat besi mungkin mengalami nafsu makan yang berkurang atau kehilangan selera makan.
3.Kesukaran Bernafas Dan Pernafasan Pendek
Kurangnya zat besi boleh menyebabkan pengurangan kadar oksigen dalam darah, yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas, terutamanya semasa aktiviti fizikal.
4.Sakit Kepala
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan pengurangan oksigen yang mengalir ke otak boleh menyebabkan sakit kepala atau rasa pening.
5.Denyut Jantung Laju
Pengurangan zat besi dalam tubuh boleh menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dalam usaha untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke otak.
15 Sumber Makanan Semasa Hamil Untuk Tingkatkan Pengambilan Zat Besi
#1.Pisang
Pisang membantu tambah sel darah merah kepada wanita hamil. Ambil sekurang-kurangnya dua biji setiap hari kerana folat yang terkandung dalam buah ini boleh membantu perkembangan janin dan dapat menghasilkan sel baru.
#2.Daging merah
Tahukah anda zat besi dari sumber haiwan seperti daging merah mudah diserap ke dalam tubuh berbanding sumber lain? Sebab itu ia dapat mencegah masalah anemia terutama ketika mengandung!
Kredit: Freepik
#3. Brokoli
Brokoli mengandungi antioksidan yang boleh melawan penyakit dan jangkitan sekaligus melindungi kehamilan anda.
#4. Hati ayam
Makan hati ayam dapat tambah kepekatan darah. Namun, jangan ambil terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan tidak bagus untuk kesihatan otak janin.
#5. Kekacang
Ambil kekacang sebagai snek ringan setiap hari sepanjang kehamilan, malah ia juga sumber untuk menambah darah sekaligus mencegah anemia!
#6. Sayur bayam
Kalau anda nak tahu, sayur bayam merupakan makanan paling bagus untuk ibu hamil berbanding sayur yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk memerangi anemia.
#7. Kerang
Kerang sangat terkenal dalam mencegah kekurangan sel darah merah. Namun, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya dan elak makan kerang mentah yang boleh menyebabkan risiko lain pula nanti.
#8. Kuning telur
Kuning telur mengandungi nutrien yang diperlukan ibu hamil untuk menambah sel darah merah. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
#9. Buah delima
Kandungan zat besi dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia sekaligus mempertahan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang kehamilan.
#10. Oat
Ini berita baik buat penggemar oat kerana ia merupakan mineral yang sangat bagus untuk tubuh ketika hamil malah ia juga mudah dicerna. Apa kata anda mula ambil oat hari ini? Mana tahu ia berkesan untuk tambah darah merah anda!
#11. Madu , Kurma & Kismis
Jika anda alami anemia, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan anda. Tapi pastikan ia madu asli ya bukan tiruan!
Ambil juga kurma dan kismis kerana ia dipercayai memberi tambahan tenaga selama kehamilan dan meningkatkan sel darah merah. Didik juga anak kecil anda makan kismis dan jadikan ia snek ringan setiap hari.
#12.Tauhu Dan tempe
Sumber protein yang baik dan mengandung zat besi serta asid folic untuk pertumbuhan janin yang sihat serta mengelak masalah spina bifida.
#13.Suplemen Zat Besi
Bila diperlukan, doktor mungkin akan membekalkan anda dengan suplemen zat besi tambahan untuk memastikan keperluan harian yang cukup.
#14.Labu
Kaya akan zat besi dan beta-karoten, yang penting untuk sistem ketahanan tubuh dan penglihatan.
#15.Daging Ayam
Selain daging merah, daging ayam juga mengandung zat besi dan protein yang penting untuk pertumbuhan janin.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga: Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang
Baca juga: Jenis Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil Yang Ada Masalah Hb Low Atau Anemia
Baca juga: Lobak Putih Untuk Ibu Berpantang, Antara Sayur Terbaik Untuk Ibu Baru Bersalin & Baby
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!