Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

undefined

Tahukah anda bahawa masalah kulit bayi terjadi kerana sikap ibu bapa yang gemar memandikan anak menggunakan sabun? Kesannya, kulit menjadi lebih sensitif!

Sudah menjadi kebiasaan bagi anda yang baru sahaja bergelar ibu ayah akan berhadapan dengan masalah kulit bayi baru lahir. Oleh itu, ibu dan ayah disarankan untuk lebih peka dengan keadaan kulit bayi baru lahir yang sememangnya sangat lembut dan sensitif.

Jika anda ternampak keadaan kulit bayi anda jauh daripada sempurna dengan tanda-tanda aneh, lepuh, diikuti dengan bintik-bintik, itu sememangnya keadaan yang biasa berlaku. Jangan panik lagi, pantau dahulu dan jika perlu untuk berjumpa dengan doktor, sila lakukan dengan kadar segera. 

Oleh sebab itu, amat penting untuk ibu ayah meneliti kandungan dalam produk mandian yang digunakan dengan sebaiknya kerana jika salah beli, ia boleh menyebabkan iritasi dan berisiko naik ruam merah pada kulit bayi baru lahir.

Jenis-Jenis Masalah Kulit Bayi

Untuk pengetahuan ibu ayah baharu, kulit bayi baru lahir yang sebelum ini terbiasa dengan persekitaran seperti air ketika di dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering setelah dilahirkan.

Mungkin peralihan ini akan mengambil masa yang agak lama. Namun, jangan terlalu bimbang kerana kulit bayi baru lahir akan terus berkembang setelah dilahirkan.

Walaupun kulit bayi baru lahir boleh menyerap kelembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, perlu diingatkan juga bahawa kulit bayi baru lahir juga akan mudah menjadi kering. Di sini kami sertakan antara jenis-jenis masalah atau penyakit kulit yang sering berlaku pada bayi baru lahir. Ia termasuklah:

#1. Kulit Kering/Mengelupas

masalah kulit,  penyakit kulit, jenis penyakit kulit, penyakit kulit pada bayi, gatal pada bayi, alergi kulit pada bayi

Salah satu jenis penyakit kulit yang sering berlaku pada bayi baru lahir adalah kulit kering dan menggelupas. Kulit bayi baru lahir akan kelihatan kering dan mengelupas pada beberapa hari yang pertama. Terutamanya di bahagian tapak kaki dan pergelangan kaki.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana selepas beberapa hari, pengelupasan serta masalah kulit kering kulit bayi baru lahir ini akan hilang.

Cara rawatan: Jangan mandikan bayi terlalu lama kerana air hanya akan menanggalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bayi. Menggunakan air suam dan sabun mandi bebas wangian adalah lebih baik. Seterusnya, sapukan losyen atau krim dengan kadar segera selepas selesai memandikan bayi.

#2. Ruam Lampin

masalah kulit,  penyakit kulit, jenis penyakit kulit, penyakit kulit pada bayi, gatal pada bayi, alergi kulit pada bayi

Ruam lampin adalah keadaan di mana ruam kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan lampin, alat kelamin, dan punggung bayi1. Ruam lampin pada kulit bayi baru lahir selalunya berlaku disebabkan oleh:

  • Pemakaian lampin kotor terlalu lama.
  • Geseran daripada lampin yang dipakai.
  • Jangkitan yis.
  • Jangkitan bakteria.
  • Reaksi alergi terhadap lampin yang dipakai.
  • Cirit-birit.
  • Antibiotik dari susu ibu.

Cara rawatan: Ibu ayah perlu menukar lampin bayi dengan kerap dan pastikan kawasan ruam sentiasa berada dalam keadaan kering untuk mengurangkan risiko penyakit pada kulit bayi. Perlu diingatkan juga untuk menggunakan krim ruam yang baik.

Ibu boleh cuba guna nappy cream terbaik untuk bayi yang kami ada senaraikan di sini untuk melegakan masalah ruam lampin dengan secepatnya.

#3. Ekzema

masalah kulit,  penyakit kulit, jenis penyakit kulit, penyakit kulit pada bayi, gatal pada bayi, alergi kulit pada bayi

Ekzema pada bayi biasanya terjadi pada kulit bayi baru lahir seawal usianya 2 bulan. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal pada bayi dan ruam merah kadang kala kelihatan seperti kulit bayi baru lahir dilihat seakan melecur yang berair2.

Jika ekzema dibiarkan berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Cara rawatan: Ibu ayah disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk menentukan keadaan sebenar. Doktor mungkin akan memberikan rawatan seperti ubat pencegah gatal (antihistamin), losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, krim steroid (untuk kes-kes yang lebih teruk) dan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman. Anda juga boleh mengetahui kemungkinan sebarang alergi kulit pada bayi sehingga menyebabkan ekzema berlaku pada si kecil.

Walau bagaimanapun, rawatan yang disediakan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

#4. Ruam Panas

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Kenali heat rash atau ruam panas, gatal atau lepuh kecil iaitu keadaan kemerah-merahan pada kulit atau bahagian badan kulit bayi baru lahir yang bersentuhan dengan pakaian.

Apabila cuaca terlalu panas, bayi akan berpeluh dengan banyak dan akan menyebabkan liangnya tersumbat. Ruam panas akan berlaku apabila peluh tidak dapat keluar3. Bayi juga akan lebih senang mengalami ruam panas berbanding orang dewasa kerana liang roma mereka lebih kecil.

Cara rawatan: Pastikan pakaian bayi anda longgar dan mempunyai pengudaraan yang baik. Pastikan ibu bapa elak dari menggunakan krim atau losyen di kawasan yang terjejas.

#5. Cradle Cap

Keruping buaian atau cradle cap adalah keadaan di mana tompok-tompok atau kerak berminyak akan kelihatan pada kulit kepala bayi yang akan nampak seperti kelemumur4.

Keadaan kulit bayi baru lahir ini tidak menyakitkan atau gatal. Ia hanya menyebabkan kulit seperti sisik putih atau kuning yang sukar untuk dibuang.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu mencuci bahagian yang terjejas setiap hari dengan menggunakan syampu atau minyak mineral yang berubat. Selain itu, gunakan juga losyen khas untuk keruping buaian, kemudian sikat rambut bayi anda dengan menggunakan sikat yang lembut untuk menanggalkannya.

#6. Milia

masalah kulit

Ini adalah keadaan yang sering dilihat pada kulit bayi baru lahir iaitu Milia. Milia merupakan biji-biji putih kecil yang berada di sekitar hidung, dagu, atau pipi, mahupun pada bahagian atas badan dan lengan bayi5.

Keadaan kulit bayi baru lahir ini disebabkan oleh serpihan kulit kecil yang terperangkap di bawah permukaan kulit mereka.

Oleh itu, jangan sesekali memicit atau mengorek biji-biji putih tersebut kerana ia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu ataupun bulan. Tunggu sahaja, okay?

Cara rawatan: Anda perlu kerap membasuh muka bayi anda setiap hari dengan air suam dan sabun bayi yang lembut kemudian lap kering secara perlahan-lahan. Jika boleh, sila elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak pada kawasan yang terjejas.

Punca Masalah Kulit Bayi Baru Lahir

Kanak-kanak atau bayi baru lahir boleh mengalami masalah kulit kering yang disebabkan oleh pelbagai punca. Walaupun kulit kering tidak berbahaya, ia membuatkan bayi berasa tidak selesa dan jika tidak dirawat akan berlaku iritasi.

Banyak bayi baru lahir mengalami kulit kering sejak lahir terutamanya selepas usia 40 minggu. Situasi ini adalah normal dan akan hilang selepas beberapa lama.

Namun, terlebih kerap mandi atau menggunakan terlalu banyak sabun turut menyebabkan kulit anak menjadi kering. Sebenarnya, penggunaan sabun ke atas bayi akan membuang minyak dan menghilangkan kelembapan semula jadi pada kulit mereka.

Faktor lain yang menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca. Jika cuaca terlalu panas, sejuk atau tinggi kelembapan boleh menyebabkan kulit kering.

Penyakit genetik seperti ekzema atau keadaan lain yang jarang berlaku seperti ichthyosis juga boleh menyebabkan kulit kering dalam kalangan kanak-kanak.

Cara Memilih Produk Yang Sesuai Untuk Kulit Bayi Baru Lahir

Tidak dinafikan, untuk  first-time moms di luar sana pasti pening bagaimana caranya untuk memilih sabun atau produk yang sesuai untuk kulit bayi baru lahir, kan?

Memanglah dekat label ditulis ‘organik’ atau ‘semulajadi’ – tapi sejauh mana kebenarannya? Mana tahu itu ‘fake’? Nanti kulit anak pula menghadapi iritasi.

Di sini kami sediakan beberapa tips atau cara untuk ibu bapa di luar sana memilih sabun atau produk yang sesuai untuk kulit bayi baru lahir:

#1.Sabun bayi lembut

Pastikan anda memilih sabun bayi yang bukan toksik, lembut, dan juga bebas daripada sebarang bahan kimia merbahaya. Ini kerana sabun yang kuat boleh merosakkan kulit bayi anda atau menyebabkan mereka mendapat ruam. Sabun lembut biasa juga boleh digunakan sebagai sabun untuk bayi anda.

#2. Elakkan daripada menggunakan sabun berlebihan

Ada perbezaan di antara membersihkan kulit bayi baru lahir dan kulit orang dewasa. Sabun yang mempunyai buih berlebihan mempunyai bahan kimia tambahan yang mungkin akan membahayakan kulit bayi anda.

#3. Jangan menggunakan sabun mandi bayi yang ada wangian, pastikan fragrance-free!

Anda disarankan menggunakan sabun bebas bau untuk bayi. Jika bayi tak suka bau sesetengah sabun yang anda pilih, mereka akan mula menangis kerana mereka tiada cara lain untuk menunjukkan bahawa mereka tidak suka.

Sabun yang mempunyai wangian mengandungi kimia kasar yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi. Lagipun, bayi anda sudah memiliki bauan tersendiri dan memang dah wangi. Tak perlulah mandikan mereka dengan sabun wangi lagi.

#4. Sabun bayi untuk kulit yang mempunyai alergi

Jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif atau menghidapi kulit kering atau ekzema, anda perlu mencari sabun hypoallergenic.

#5.Baca kandungan sabun terlebih dahulu

Untuk memastikan sabun bayi adalah hypoallergenic dan tanpa toksik, anda perlu menganalisa bahan-bahan dalam sabun terlebih dahulu. Selain itu, periksa bahan-bahan dalam internet untuk melihat jika sabun tersebut boleh menyebabkan apa-apa reaksi alergi.

Jauhi daripada sabun yang mengandungi alkohol, glicol, propylene dan bahan kimia lain.

Sabun yang diperbuat dari bahan semula jadi adalah yang terbaik untuk kulit bayi sensitif. Sebab itulah anda disarankan untuk mencari sabun yang mengandungi bahan seperti almond, susu, koko, mentega, madu dan minyak zaitun.

Kalau nak tahu jenama apa elok untuk kulit bayi baru lahir, KLIK SINI.

Cara Untuk Memastikan Kulit Bayi Baru Lahir Sentiasa Sihat

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

#1.Mandikan anak anda dengan segera dan kawal suhu air

Ketika memandikan anak, ibu ayah perlu memastikan air berada pada suhu suam dan selesa, iaitu tidak terlalu sejuk atau panas. Jika musim sejuk, kelembapan adalah rendah. Jadi, anak tidak perlu dimandikan setiap hari.

#2. Selepas mandi, sapukan pelembap 

Ibu ayah perlu menggunakan pelembap secara berkala bagi membantu mengurangkan risiko terkena penyakit kulit pada bayi. Anda hendaklah mencuba jenama dan jenis pelembap yang berbeza sebelum menemui yang paling sesuai dengan kulit anak.

Bukan itu sahaja, sebelum membeli sebarang jenis produk, anda harus membaca labelnya terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat bagi kulit bayi yang halus.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut, ibu ayah perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar kulit:

  • Kulit kering tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat tanpa pemeriksaan doktor.
  • Tompokan kulit kering kelihatan merah dan gatal.
  • Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
  • Waspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sikat Rambut Bayi Terbaik: 7 Jenis Sikat Yang Selamat Untuk Kulit Bayi

Baca juga: Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!