X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Atasi Sembelit Ketika Mengandung, Adakah Ibu Perlu Henti Ambil Suplemen Zat Besi?

8 min bacaan
Cara Atasi Sembelit Ketika Mengandung, Adakah Ibu Perlu Henti Ambil Suplemen Zat Besi?

Cara atasi sembelit ketika mengandung yang berkesan boleh mengelakkan masalah kesihatan kepada para ibu. Selain ubat, ini tips untuk anda

Selain kencing manis atau hb rendah, masalah sembelit juga kerap kali berlaku pada ibu mengandung. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada pengambilan suplemen yang dibekalkan klinik, ada juga disebabkan oleh perkembangan janin. Justeru apakah cara atasi sembelit ini?

Untuk pengetahuan anda, masalah sembelit ketika hamil berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan.

Ini bermakna makanan akan dicerna dengan lebih perlahan supaya janin di dalam kandungan dapat memperoleh manfaat penyerapan nutrien yang lebih baik.

Isi Kandungan

  • Cara atasi sembelit ketika hamil
  • Petua hilangkan sembelit melalui cara pemakanan
  • Makanan untuk sembelit
  • Buah untuk sembelit
  • Apa itu sembelit
  • Punca susah buang air besar atau berak tak lawas
  • Tanda sembelit
  • Adakah sembelit memberi kesan pada kehamilan?
  • Berak tak lawas atau sembelit boleh menyebabkan buasir
  • Cara merawat sembelit
  • Rasa nak berak tapi tak berak, adakah ia normal?

Cara atasi sembelit ketika hamil

sembelit ketika hamil

Ibu hamil boleh cuba buat beberapa perubahan dalam gaya hidup harian untuk membantu pergerakan usus dan mencegah berak tak lawas semasa kehamilan. Di bawah merupakan beberapa cara atasi sembelit:

#1. Banyakkan minum air masak

Cara atasi sembelit adalah minum air kosong. Ia membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda.

Jika kurang minum air, tubuh akan menyerap air dari najis yang berada di usus besar iaitu di rectum dan kolon.

Kesannya, najis semakin keras dan sukar dikeluarkan.  Ibu juga mungkin terseksa dengan masalah berak tak lawas.

Untuk ibu mengandung, anda dinasihatkan untuk mengambil 8 hingga 10 gelas air setiap hari bagi membantu melancarkan pergerakan usus dan sekaligus mengelakkan masalah sembelit.

#2. Kekal aktif

Cara atasi sembelit ketika hamil adalah dengan kekal aktif dan melakukan senaman ringan. Hal ini bertujuan menggerakkan usus perut. Antaranya adalah berjalan kaki, yoga ataupun berenang.

Luangkan masa 20 hingga 30 minit setiap sesi senaman. Lakukan tiga kali seminggu.

#3. Elakkan pengambilan kafein

Elakkan mengambil terlalu banyak kafein. Ini boleh menyebabkan sebatian diuretik / dehidrasi yang merangsang sembelit.

#4. Mencuba vitamin ibu hamil yang berbeza

Zat besi dalam vitamin pranatal mungkin terlalu tinggi untuk dikendalikan oleh sistem penghadaman anda sehingga menyebabkan masalah sukar membuang air besar.

Justeru dapatkan nasihat daripada doktor untuk jenis zat besi daripada jenama lain yang bersesuaian dengan anda.

Petua hilangkan sembelit melalui cara pemakanan

Petua hilangkan sembelit biasanya berkait rapat dengan cara pemakanan seseorang.

Makan dengan kuantiti yang besar boleh membebankan perut dan menyukarkan sistem pencernaan  untuk memproses apa yang anda makan.

Justeru petua hilangkan sembelit yang paling mudah adalah anda perlu membahagikan pengambilan makanan harian kepada lima atau enam hidangan yang lebih kecil.

Ini membolehkan perut mencerna makanan tanpa perlu bekerja lebih masa dan membantu memindahkan makanan ke usus dengan lancar.

Makanan untuk sembelit

Ada beberapa makanan untuk sembelit yang anda boleh ambil sepanjang kehamilan. Antaranya:

Makanan untuk sembelit adalah jenis yang tinggi serat. Ia juga membekalkan ibu hamil dengan vitamin dan antioksidan. Wanita hamil harus mencuba mengambil 25 hingga 30 gram serat makanan setiap hari untuk kekal sihat.

Makanan untuk sembelit yang boleh anda amalkan setiap hari adalah:

  • Bijirin oat. Menurut kajian, pengambilan bijirin oat sebanyak 7 atau 8 gram ke dalam makanan dapat melancarkan proses pencernaan dan pembuangan najis seterusnya mengelakkan masalah sembelit.
  • Kekacang dan buah kering. Kandungan serat yang tinggi dapat mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.
  • Biji selasih. Bijian yang direndamkan di dalam air akan membentuk gel dan dapat membantu melembutkan najis. Hal ini seterusnya memudahkannya bergerak di dalam usus. 

Buah untuk sembelit

masalah sembelit

Selain daripada makanan di atas, ada beberapa jenis buah untuk sembelit yang boleh anda amalkan iaitu:

  • Epal
  • Pir
  • Buah untuk sembelit: Anggur
  • Kiwi 
  • Strawberi
  • Tembikai
  • Nanas

Buah untuk sembelit ini adalah lebih baik diambil secara segar berbanding mengolahnya menjadi jus.

Hal ini kerana pengambilan buah-buahan segar memberikan anda nutrisi dan fiber yang banyak, berbanding jus buah-buahan yang sudah ditapis.

Apa itu sembelit

Menurut portal MyHealth, sembelit maksud ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.

Pakar Perunding Pembedahan Am Hospital Pakar An-Nur Dr Afizah Salleh berkata, maksud sembelit adalah individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu.

Punca susah buang air besar atau berak tak lawas

Sembelit atau susah buang air besar adalah masalah biasa semasa hamil. Malah, separuh daripada wanita hamil mengalami akan mengalami masalah susah buang air besar ini.

Salah satu sebab untuk sembelit semasa hamil adalah peningkatan dalam hormon progesteron, yang melegakan otot di seluruh badan, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna makanan bergerak melalui usus dengan lebih perlahan.

Selain itu, terdapat perubahan berbeza dalam saluran darah dan jumlah cecair badan anda semasa hamil. Salur darah anda mengembang supaya ia boleh menampung lebih kurang 50 peratus lebih cecair pada masa anda bersalin.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Antara punca susah buang air besar yang lain adalah:

  • kurang senaman
  • dehidrasi
  • Masalah sembelit pada akhir kehamilan mungkin disebabkan faktor lain seperti tekanan, pembesaran rahim, dan sakit pelvis.
  • Makan diet rendah serat (disebabkan oleh loya atau kembung perut), dan mengurangkan aktiviti fizikal kerana keletihan dan ketidakselesaan kehamilan.

Masalah ini mungkin bertambah pada hujung waktu kehamilan dengan tekanan rahim anda yang semakin membesar pada kolon dan rektum.

Suplemen zat besi, terutamanya dalam dos yang tinggi, boleh memburukkan lagi keadaan sembelit ini.

Tanda sembelit

  • Anda hanya membuang air besar beberapa kali seminggu
  • Terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
  • Perut terasa bengkak dan bergas
  • Apabila membuang air besar, najis anda berketul dan keras. Ia sangat kering sehingga menyakitkan

Adakah sembelit memberi kesan pada kehamilan?

cara merawat sembelit

Selalunya ia tidak terjadi. Walau bagaimanapun, kadang-kadang sembelit ketika mengandung boleh menjadi gejala masalah lain seperti:

  • Isu endokrin seperti hipotiroidisme atau diabetes
  • Sindrom usus yang merengsa
  • Halangan usus
  • Gangguan neurologi seperti multiple sclerosis
  • Kanser kolorektal

Jika anda mengalami sembelit teruk disertai dengan sakit perut, bergantian dengan cirit-birit, atau anda mengeluarkan lendir atau darah, hubungi doktor atau bidan anda dengan segera.

Berak tak lawas atau sembelit boleh menyebabkan buasir

Sembelit boleh menyebabkan masalah seperti buasir, iaitu urat bengkak di rektum dan dubur.

Ini adalah perkara biasa dalam kehamilan kerana tekanan semula jadi yang dikenakan pada perut anda. Buasir bertambah teruk dengan meneran semasa membuang air besar atau membuang najis yang keras.

Buasir adalah keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun ia jarang menyebabkan masalah yang serius. Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang sejurus selepas bayi dilahirkan.

Walau bagaimanapun, jika sakitnya teruk, atau jika anda mengalami pendarahan rektum, boleh terus berjumpa dengan doktor pakar.

Meneran dengan pergerakan usus juga boleh menjejaskan otot lantai pelvis yang membantu mengawal pundi kencing anda.

Ini boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil tekanan inkontinensia kencing, apabila air kencing anda bocor semasa melakukan aktiviti, termasuklah ketawa, bersin, atau batuk.

Keadaan ini sudah sering dikaitkan dengan kehamilan dan bersalin kerana tekanan tambahan pada badan anda daripada mengandung dan proses bersalin melalui faraj, tetapi risiko anda untuk mengalaminya boleh meningkat disebabkan oleh sembelit.

Cara merawat sembelit

Anda mungkin pernah dengar tentang remedi-remedi yang boleh dilakukan di rumah yang boleh membantu masalah sembelit.

Tapi tidak semua petua ini selamat untuk ibu hamil! Berikut adalah beberapa cara merawat sembelit yang selamat:

  • Makanan yang ada kandungan serat yang tinggi seperti prun, roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit. 
  • Anda boleh cuba makan laksatif semulajadi seperti senna untuk merangsang pergerakan usus. 
  • Banyakkan minum air dan lakukan senaman yang kerap 
  • Cara merawat sembelit: Makan makanan yang kaya dengan probiotik untuk membantu mengubah flora usus dan merangsang fungsi usus.
  • Anda boleh menggunakan sesetengah laksatif dan pelincir tertentu seperti minyak mineral, bran, dan psilium dengan selamat semasa mengandung.
  • Masukkan jus yang diperah dari setengah biji limau ke dalam segelas air suam dan minum campuran ini setiap pagi untuk meningkatkan pergerakan usus.
  • Sesetengah orang kata sup kobis juga boleh membantu pergerakan usus dan menjadi cara merawat sembelit.
  • Minum segelas susu hangat sebelum tidur dan ini boleh membantu melancarkan pergerakan usus semasa kehamilan. 

Tetapi sebelum mencuba sebarang remedi, bincang dengan doktor anda dulu, ya!

Rasa nak berak tapi tak berak, adakah ia normal?

Jika anda rasa nak berak tapi tak berak, ia bukanlah suatu keadaan yang normal. Biasanya ia berpunca daripada:

  • jangkitan kuman dan bakteria
  • ketumbuhan di dalam usus
  • kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembelit
  • diverticulitis (radang pada kantung usus)
  • usus tersumbat

Semoga bermanfaat.

Cleveland, Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?

Baca juga:  Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit, Cubalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Cara Atasi Sembelit Ketika Mengandung, Adakah Ibu Perlu Henti Ambil Suplemen Zat Besi?
Kongsikan:
  • 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

    5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

  • Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

    Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

    5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

  • Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

    Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.