Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

lead image

Kepada ibu-ibu yang tertanya-tanya bagaimana pantang bersalin, berikut adalah panduan lengkap yang kami sediakan untuk rujukan anda. Jom baca!

Pantang bersalin, kenapa penting untuk ibu berpantang selepas bersalin?

“Hai Liah! Seronok bercuti panjang untuk pantang bersalin?” Sarah menyapa sahabatnya yang sedang cuti bersalin. “Seronok? Kalau boleh aku nak pergi kerja hari ni juga!” bisik Aliah semula.

“Aik? Dapat cuti pun tak seronok?”

“Aku tak tahanlah Sarah. Hari-hari makan ikan rebus dan halia tumbuk lada hitam. Nak jamah goreng pisang pun tak boleh. Seafood? Jauh sekali. Nak berjalan sikitpun kena bebel. Takkan la aku ni nak berbaring 24 jam. Kebas punggung. Ni ha, jamu ni. Dah naik kembang tekak ni meminumnya, kau tahu?” Jawab Aliah masih berbisik.

“Ahaha … apalah kau ni Liah. Orang bersalin memanglah macam tu. Berpantang bagai. Kalau tak, kau tu akan tua sebelum waktunya, tahu?”

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2013/09/bg3.jpg Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

Kredit: spmodels.net

Pasti ramai ibu selepas bersalin yang akan merungut sebegini, kan? Jika anda tidak mahu berpantang dengan betul, kesannya bukan akan dapat dilihat sekarang.

Tapi ia akan memberi kesan pada anda dalam jangka masa panjang, kelak!

Pantang bersalin: Memang ada banyak pantang-larang anda perlu ikut

Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.

Antara yang biasa diamalkan dan terbukti baik untuk proses pemulihan termasuklah:

Cara berpantang selepas bersalin yang perlu diamalkan

1. Memakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj.

Ada pelbagai jenis bengkung yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

src=http://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2013/09/bengkung 300x210.jpg Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

2. Bertungku

Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia walaubagaimanapun harus dilakukan dengan lembut dan elakkan daripada menekan rahim.

3. Minum jamu dan ubat periuk

Pengambilan jamu dan ubat periuk bukan saja membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan, ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksin serta memudahkan membuang air besar.

4. Berurut

~ selain memulihkan aliran darah, berurut ketika dalam proses pantang bersalin membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut d isamping memberi ketenangan kepada ibu.

Oleh sebab itu ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin.

5. Makan banyak sayuran dan ulam-ulaman

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2013/09/red tomato besides green vege.jpg Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu mempercepat proses pemulihan. Begitu juga dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut.

6. Makan sup ikan haruan

Ikan haruan telah diketahui ramai tentang khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran.

Apa yang patut dielak dalam proses pantang bersalin:

1. Minum minuman sejuk

src=http://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2013/09/glass of cold water 300x199.jpg Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

 

Ibu-ibu selepas bersalin dan dalam proses pantang bersalin digalakkan untuk mengelak minum air berais kerana ia mampu membuatkan urat-urat badan mengembang dan mengakibatkan rasa sengal-sengal pada badan.

Jadi sepanjang dalam proses berpantang itu, tahan diri daripada minum air berais, ya!

2. Makan sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’ dan berangin

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin termasuk kacang panjang, terung, timun, buah lai, nangka dan ubi kayu adalah antara contoh makanan yang “sejuk” dan berangin.

Makanan berangin membuatkan ibu-ibu rasa tidak selesa akibat perut kembung atau badan berangin.

3. Makanan pedas dan berminyak

Mengelak makanan pedas dan berminyak ketika dalam proses pantang bersalin mampu mengurangkan kekerapan meneran untuk membuang air besar. Meneran ketika membuang air besar akan menyulitkan keadaan.

Sudahlah sakitnya lebih teruk dari bersalin!

4. Makanan laut dan ikan yang ‘gatal’

src=https://images.scrippsnetworks.com/up/tp/Scripps   Food Category Prod/864/87/0203090 630x355.jpg Pantang selepas bersalin yang wajib dilakukan oleh wanita demi kesihatan

Salah satu sebab mengapa ibu lepas bersalin harus pantang memakan makanan laut dan ikan yang gatal adalah kerana ingin mengelakkan kegatalan pada luka bersalin.

5. Banyak bergerak

Jangan banyak bergerak ketika pantang bersalin! Ini untuk mengelakkan luka bersalin daripada lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak disebabkan pergerakan, terutama aktiviti lasak.

Pantang bersalin yang pelik dan bercanggah dengan fakta sebenar

1. Jangan terlalu banyak minum air

Petua ini ternyata salah! Ibu perlu menggantikan cecair dalam badan yang hilang ketika melahirkan, pendarahan dan menyusu bayi dengan minum banyak air.

Tanpa air yang cukup, susu akan berkurang dan membantutkan proses penyusuan bayi.

2. Elak lalu di bawah ampaian

Biasa didengar pantang ini, namun tidak diketahui sebabnya.

3. Jangan menjahit atau membaca

Dipercayai keadaan ibu yang lemah akan mengakibatkan rabun mata jika mereka menjahit dan membaca. Namun, tiada kajian yang dapat mengesahkan hal ini.

4. Elakkan makan mee

Berpantang memakan mee dikatakan dapat mengelakkan urat-urat bersimpul. Tidak dapat dipastikan bagaimana keduanya dikaitkan namun mee adalah karbohidrat yang boleh menjadi sebahagian daripada menu.

Pantang bersalin memang susah namun ia tetap perlu diamalkan

Walaupun kelihatan rumit, amalan berpantang dan pantang bersalin masih diteruskan, sama ada secara tradisional mahupun moden.

Jika diperhatikan, pantang larang ini membantu pemulihan dalaman dan luaran selain memberikan rehat yang cukup serta menyokong proses pemulihan.

Mungkin ibu-ibu masa kini merasakan berat untuk berpantang. Namun mereka juga tidak sanggup mengambil risiko, apatah lagi kesan meninggalkan pantang hanya dapat dirasakan apabila memasuki usia emas.

Bagaimana pengalaman ibu-ibu di luar sana berpantang? Kongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂

 

 

 

 

 

Rujukan:

Berpantang selepas bersalin
Amalan berpantang – adakah perlu selepas bersalin
Info-info dalam pantang
Pantang selepas bersalin ikut hari