Tanda-tanda penyakit pneumonia yang harus diawasi pada kanak-kanak

lead image

Ingat, jangan ambil mudah jika batuk berpanjangan selama beberapa hari. Ini mungkin tanda-tanda penyakit pneumonia; radang paru-paru yang menjadi antara penyakit paling membawa maut di dunia.

Pneumonia atau radang paru-paru adalah antara punca utama bagi kematian bayi dan kanak-kanak di Filipina. Mujurlah penyakit ini boleh dielak dan dirawat.

Atas sebab itu, ibu bapa harus lebih peka dalam mengenal tanda-tanda penyakit pneumonia dan mengetahui langkah-langkah mudah yang mampu mencegah penyakit ini.

Definisi

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara akan dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.

Tanda-tanda penyakit Pneumonia

  • Kesukaran bernafas
  • Demam dengan suhu bawah 38.5 C
  • Rasa tidak selesa
  • Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
  • Batuk kering dan tanpa henti
  • Bernafas dengan laju dan berdehit
  • Sakit perut
  • Sakit dada
  • Menggigil
  • Muntah
  • Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
  • Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)

Tanda-tanda penyakit pneumonia berbeza-beza bergantung pada bahagian paru-paru yang telah dijangkiti kuman. Paru-paru dengan jangkitan di bahagian tengah dan atas akan mengakibatkan kesukaran bernafas; manakala paru-paru dengan jangkitan di bahagian bawah mampu mengakibatkan muntah, loya dan sakit perut.

Punca penyakit

Pneumonia boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit.

Bakteria yang mengakibatkan penyakit pneumonia adalah streptokokus dan mikoplasma (pneumonia yang biasa digelar “walking pneumonia”). Virus pula adalah virus demam selesema (influenza) dan virus sinsitium pernafasan (RSV).

Bagi individu dengan sistem ketahanan badan (imun) yang lemah, penyakit pneumonia boleh diakibatkan oleh organisma “pneumocystis jiroveci”. Organisma ini mengakibatkan serangan radang paru-paru pada pesakit HIV. Atas sebab itu, doktor akan meminta anda menjalani ujian HIV.

Jangkitan

Kanak-kanak boleh dijangkiti radang paru-paru apabila:

  • Menghidu udara yang telah dijangkiti pneumonia atau bakteria tertentu.
  • Menghidap jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema
  • Mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak
  • Dalam kes sawan dan strok, jangkitan terjadi akibat menarik nafas dengan jus gastrik dalam perut, perut dipenuhi makanan, atau muntah dalam paru-paru.

*Perhatian: Virus atau bakteria yang mengakibatkan penyakit radang paru-paru sering ada dalam hidung. Apabila virus atau bakteria ini merebak ke paru-paru, individu yang sihat juga mampu dijangkiti pneumonia. Ia sering terjadi selepas selesema atau ketika menghidap penyakit paru-paru obstruktif yang kronik.

Pneumonia boleh tersebar melalui komuniti (seperti di sekolah atau tempat kerja) atau tersebar melalui tempat penjagaan kesihatan (seperti di hospital). Kedua-dua konsep penyebaran memerlukan rawatan yang berbeza. Dalam artikel ini, perbincangan akan difokuskan pada penyebaran melalui komuniti kerana kanak-kanak lebih cenderung dijangkiti di sekolah berbanding di fasiliti penjagaan kesihatan.

Faktor & Individu Yang Berisiko

  • Individu dengan sistem ketahanan badan yang lemah. Individu dengan HIV atau AIDS, sedang menjalani kemoterapi, pemberian steroids jangka masa panjang, dan baru menjalani proses pemindahan organ.
  • Individu dengan penyakit kronik seperti sakit jantung, asma, atau penyakit paru-paru obstruktif kronik.
  • Usia – Bayi, kanak-kanak dan orang tua yang berusia 65 tahun ke atas adalah individu dengan sistem ketahanan badan yang lemah, atau memiliki isu kesihatan sedia ada yang memudahkan jangkitan pneumonia.
  • Individu yang menerima rawatan di hospital, seperti yang berada dalam wad ICU dengan alat bantuan pernafasan.

Komplikasi

  • Sukar bernafas. Kes pneumonia yang serius boleh mengakibatkan sesak nafas. Maka, pesakit harus dihantar ke hospital untuk alat bantuan pernafasan.
  • Paru-paru bengkak dan bernanah, akibat nanah dalam rongga paru-paru. Nanah dibuang dengan menggunakan antibiotik, kaedah mengeluarkan air atau pembedahan dengan tiub panjang dan jarum.
  • Ada bakteria dalam saluran darah; bakteremia. Bakteria dalam darah mampu merebak ke paru-paru, mengakibatkan kes kegagalan organ berfungsi.
  • Cecair bertakung dalam paru-paru. Cecair harus dikeluarkan dengan segera sebelum jangkitan lain menyerang

Hubungi Doktor Jika…

Demam adalah salah satu tanda-tanda penyakit yang boleh dipantau, bagi mengesan penyakit pneumonia. Pantau suhu badan anak-anak anda setiap pagi dan petang. Hubungi doktor jika suhu badan anak anda mencecah 38 C (bagi bayi baru lahir) dan 38.9 C ke atas (bagi bayi 6 bulan ke atas & kanak-kanak).

Ujian dan Diagnosis

Pneumonia boleh dikesan menerusi pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor. Doktor akan mendengar bunyi pernafasan dan bunyi “crackling”. (bunyi crackling salah satu tanda pneumonia)

Pneumonia juga boleh dikesan melalui pemeriksaan X-ray dada, ujian darah, ujian kahak (sampel cecair dalam paru-paru, atau kahak dianalisis); dan ujian oksimetri nadi (mengukur tahap oksigen dalam darah).

Pesakit yang lebih tua atau pesakit dengan masalah kesihatan yang serius pula boleh menjadi imbasan CT pada bahagian dada dan ujian cairan pleura (membantu mengenal pasti jangkitan).

Rawatan dan Ubat-ubatan

Bakteria penyakit radang paru-paru boleh dibunuh dengan mengambil antibiotik mengikut jadual, seperti yang ditetapkan doktor.

Antara ubat-ubatan lain yang boleh membantu melegakan tanda-tanda penyakit adalah:

  • Ubat batuk untuk membebaskan cecair paru-paru
  • Ubat demam seperti anti-pyretics, ibuprofen dan Jangan beri ubat aspirin pada kanak-kanak, ia boleh mengakibatkan sindrom Reye.

Kanak-kanak harus segera menerima rawatan di hospital, jika…

  • Berusia lebih muda daripada 2 bulan
  • Sukar untuk bernafas
  • Dehidrasi
  • Sering kali mengantuk
  • Memiliki tahap oksigen dalam darah yang rendah
  • Suhu badan yang lebih rendah daripada biasa

Rawatan Di Rumah

Dalam kes walking pneumonia, jangkitan biasanya tidak teruk. Maka, kanak-kanak masih berupaya untuk ke sekolah. Namun, kanak-kanak yang tidak sihat dinasihatkan agar kekal di rumah dan berehat.

Apa yang boleh dilakukan di rumah:

  • Beri kanak-kanak minum air dan makan sup reneh dengan banyak, untuk mengeluarkan toksin dari badan.
  • Jika kanak-kanak sakit dada, demah dadanya.
  • Pastikan kanak-kanak mengambil ubat-ubatan dengan betul, untuk menghapus bakteria.

Langkah Pencegahan

Apabila kanak-kanak telah diberi antibiotik, peluang untuk menyebarkan bakteria radang paru-paru pada individu lain adalah tipis. Namun, pastikan setiap individu di rumah menjalankan perkara ini:

  • Basuh tangan dengan kerap dan betul
  • Elakkan daripada guna cawan, pinggan atau perkakas yang sama dengan pesakit
  • Memiliki sistem imunisasi yang terkini, untuk mengelak jangkitan lain
  • Meningkatkan sistem imun kanak-kanak yang dijangkiti dengan memberi mereka tidur dan senaman yang mencukupi, malah diet yang seimbang.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!